Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, March 30, 2006

Selamat Tinggal Dunia Remaja!

Assalamualaikum...

nak story wa tatau nak tulis ape...

baru keje nak masuk 3 bulan... alhamdulillah at last dapat gak keje... Rezeki tuhan nak bagi..Terima kasih atas doa baba, mama, opah, tuk, mak2 sedare.. pak2 sedare n cousin2 yg lain.... Ini pon rezeki keluarga... x expect dpt keje sini.. mmg x penah ngidam pon... apetah lg nak g interview...

Tapi itula... rezeki Tuhan nak bagi..die bagi je kan? Janji kene ade usaha berterusan dan x putus-putus meningkatkan kemajuan diri. Apa peluang yang ada grab... sebab kite takkan tahu mane satu jalan untuk hidup.. tp kene doa n mintak supaya Allah sentiasa guide kite.... InsyaAllah... Dia Maha Pemurah...

Untuk adik-adik sedare yang lain... sentiasalah berusaha... jangan rase sedih.. jangan rase rendah diri hingga boleh menyebabkan kite rase kalah.... x kisah org nak tgk apa.. nak pandang macam mane...janji kite tahu apa yg kite buat... Sebabnya... apa yang terjadi sebenarnye itulah yang akan membantu kite sentiasa kehadapan...

Wassalam.


Aju
Network Analyst

Schlumberger, Putrajaya
wanzulhamli@yahoo.com.my

Welcome To Semenyih!



pasti ada yg tertanya2 apa kak ngah ngan abg taq buat and kat mana sebenarnya diorang neh. erm, okay la... pic neh kawe snap masa pi semenyih 2 minggu lepas. dah lama tak pi jalan2 umah sue (maklum-lah exam!) so sekali teringat nak makan gulai kari n ikan kicap, call sue n kak ngah terus ambil komuter ke kajang. kebetulan abg taq nak ke sana juga so kawe tumpang je la dia. sempat gak kami singgah di pasar kajang untuk beli lauk2 sket.

ok, berbalik pada cerita pic kat atas tadi... kalau nak tau, inilah rumah yg bakal didiami oleh kak ngah dan abg taq selepas kahwin nanti. kawe dah view kawasan tuh, lawa dan best sgt!! dengar2 nya cik nah pun ada beli umah kat area situ gak (lom siap). kat depan - betul2 ngadap umah - boleh nampak pemandangan bukit-bukau yg saujana mate memandang! harus la semenyih jadi tanah merah kedua nanti... hehehe...

kawe : kalau semenyih jadi TM-2 pun best gak... bertambah meriah cawangan anak cucu arwah tok wan nanti...

Tuesday, March 28, 2006

Lawak Hari Ini : Mee Kuning

Bihun sangat cemburukan mee walaupun duduk di rak bersebelahan di supermarket. Mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum.

"Dasar si kuning gemuk..ingat orang suka sangat kat dialah tuh!!"

Hari2 berlalu...namun mee buat derk je dengan segala karenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dan berteriak, "Hoi si kuning gemuk! Jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu, aku tak kenal ko!!!"

Monday, March 27, 2006

Renungan : Arwah Ibu Lawat Mayat Anak

Kiriman : Kak Ngah

*memula ingat nak boh gambar mayat or sewaktu dengannya, tp masa dok surfing kat net tadi rasa seriau lak so atas sebab2 tertentu, pepandai la bayangkan sendiri ek! haks.. haks...

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wednesday, March 22, 2006

Jadikan Rukun Tetangga Jentera Perangi Dadah

*petikan ruangan forum Utusan Malaysia
rabu, 22 Mac 2006

MEMBANTERAS dadah adalah satu perang psikologi yang perlu melibatkan seluruh rakyat di luar bandar dan bandar. Oleh itu perlu ada jentera sukarela yang melibatkan rakyat.

Jentera sukarela ini mengawal selia, menjalankan gerakan dan menganjurkan kegiatan komuniti setempat melibatkan remaja dari seawal usia 10 tahun sehingga 30 tahun atau lebih. Badan sukarela itu perlulah diletakkan di bawah seliaan jabatan atau agensi kerajaan yang merancang perang dadah.

Rukun Tetangga contohnya boleh diberi tugas ini dan perlu diaktifkan semula di seluruh negara untuk menjadi mata telinga dan jentera membantu jabatan dan agensi kerajaan.

Membasmi

Sekarang ada Rukun Tetangga, tapi tugasnya tidak diperluaskan untuk tujuan membasmi dadah. Tidak ada jabatan yang terlibat dengan pembasmian dadah menggunakan Rukun Tetangga untuk untuk menjalankan gerakan bersama membasmi dadah di peringkat setempat.

Oleh itu pihak kerajaan hendaklah merancang strategi dari peringkat pusat sehinggalah melibatkan ke setiap rakyat yang berada dalam setiap kawasan kampung dan perumahan di bandar.

Bentuk tugas modus operandi itu perlulah difikir bersama secara terperinci. Gembleng pemikiran secara beramai. Libatkan golongan NGO, ahli akademik dan agensi awam termasuk Jabatan Narkotik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Pemadam.

Mengikut Pengarah Jabatan Narkotik PDRM, untuk menjaga pengawasan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand, 90,000 anggota polis tidak mencukupi. Begitu besar ancaman yang dihadapi.

Saya mengutarakan cadangan ini kerana Tanah Merah, tempat tinggal saya, adalah salah sebuah
daerah hitam dadah.

Sudah terlalu lama kita berusaha menangani masalah ini, tapi tidak nampak keberkesanan yang ketara. Kita perlu mempunyai perancangan yang lebih strategik dengan melibatkan seluruh rakyat, bukan hanya jabatan dan agensi tertentu sahaja.

- MEJAR (B) WAN ABDUL RAHMAN WAN MAHMOOD,
Tanah Merah, Kelantan.

Monday, March 20, 2006

Memujuk Keluarga MCC Yang Belum Bersama MCC

Adalah diminta dan diharapkan ahli2 MCC selalu berfikir mencari idea bagaimana caranya kita nak ajak pujok keluarga2 MCC yg lain untuk join kita bersama dalam aktiviti MCC setiap tahun ini. Keluarga nya ialah Keluarga Tok Ngah Hjh Esah Batu Melintang, Keluarga Tok Da Hassan Kampong Sat, Keluarga Tok Teh Hamzah di Temangan dan Nilai, dan Keluarga Ayah Ki dan Ayah Sham. Kalau mereka ni join alangkah riohnya MCC disetiap tahun aktiviti.

Babalong harap yang remaja2 cuba cari idea yang sesuai dengan kehendak remaja sendiri. Bagi babalong selalu bagi tahu, tapi jawabnya, bagi mereka tak kesesuaian masa.

Kalau sesiapa ada idea menulis dengan tujuan untuk mengajak mengeratkan silatulrahim keluarga MCC, silalah tulis dan hantar kepada keluarga berkenaan dengan menceritakan pentingnya kita bersama dalam MCC, terutamanya cucu2 dan cicit MCC itu perlu sentiasa bersama eratkan dan mengenali antara satu sama lain dalam kekeluargaan kita.

Kita yang membentuk MCC ini jangan merasa negatif dan fed-up untuk memujuk mereka. Sebenarnya mereka agaknya kurang maklumat yang baik tentang MCC ini.

Babalong cadangkan kita sekali lagi jemput mereka2 ini bermesyuarat disatu masa yang sesuai bagi menerangkan tujuan MCC kita ini.

sekian dahulu.

Baba Long
warman_40@yahoo.com

Friday, March 17, 2006

Anas's Commision Parade & PD Trip



ok, memandangkan tgh havoc pasal trip pi PD sempena dengan anas's commision parade pada 14hb nih, di sini kawe masukkan sedikit info ttg *apt. ancasa yg telah dibook oleh kak long. sebanyak 2 buah bilik telah ditempah. sapa-sapa yg masih nak join dan belum confirm boleh la berbuat demikian seberapa cepat yg boleh. contact je kak long or sue cam biasa kay.

*sorry tak sempat nak translate





Ancasa Resort Allsuites Port Dickson, Malaysia

Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.



Ancasa Resort Apartments, located at the popular beachfront along the eight and a half mile of Pantai Teluk Kemang in Port Dickson, has opened its doors to holidaymakers and beach lovers. With much emphasis given to the ethnic and natural finishing of its interior decor, the resort is further enhanced by a beautiful Nusantara garden.

Ancasa Resort Allsuites Port Dickson - Accommodation



Comprises of 135 units apartments complete with separate dining and living areas, of which 31 units are one-bedroom, 64 two-bedroom and 40 three-bedroom, the spacious units are furnished with ethnic interior decor and natural textiles that gives one a sense of a home away from home.

Facilities

++ individually controlled air conditioning in bedroom
++ colour tv with in-house movie channels & satellite TV channel
++ fridge
++ international direct dialing telephone (IDD)
++ private balcony
++ coffee & tea making facilities
++ BBQ Pits
++ Parking
++ Swimming (Outdoor)
++ Tennis Courts
++ Watersports
++ ironing facilities (upon request)
++ hairdryer (upon request )
++ microwave rental RM 50 per stay
++ hotplate rental RM 20 per stay



apalagi, jom reramai kita pi PD!

Monday, March 13, 2006

Tahniah, Alan!



MCC dengan besar hati ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan mohd. fadzlan b. failul rahman (alan) yang telah memperoleh 10A (6A1 dan 4A2) di dalam peperiksaan SPM nya yg baru sahaja diumumkan pagi tadi. semoga kejayaan yg dicapai beliau ini menjadi pembakar semangat dan sumber insipirasi kepada anak2 MCC yg lainnya. tahniah, alan!

ucapan2 dr ahli MCC :

"you deserved it, lan!"
-
kawe@MCC

"alan, congratulation with 10 A's. terror u!"
- sue

"Alan, tahniah!!!!!! Berbalooiii pg Sungai Congkak......"
- kak ngah

"perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh 40 juta kali.....dasyatt seyhhhh...alan...makan ape sebelom SPM...Ubat batuk cap ibu dan anak ke? Anyway, CONGRATULATIONS!!!!"
- aju

"alan ooghh.10A.u are d record holder dlm mcc. oversea dlm tangan.anyway alan CONGRATULATION! ! ! !"
- baba long

"pewittt...cayala dpt 10A!!!congrate la alan!! x pe next year tunggu result nana lak...."
- nana

Syukur Alhamdulilah! Semoga membakar semangat adik adik yang lain untuk mencapai kejayaan.Amin.
- baba chik

congrats Alan! bangganya aku!!
- kak long

tahniah to alan.gle gempak siot!
- imi

Friday, March 10, 2006

Renungan Orang Nak Kawin...



*gambar sekadar hiasan keh... takder kaitan ngan artikel kat bawah. long sorry ya! cantik kan pic kawin depa neh? :o)

Khas buat mereka yang nak kawin...
Yang dah kawin tu... pikir2 kalu nak kawin LAGI...

Ada kebenarannya..............!!!

Ok.. sekarang nie ramai yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan... . ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.


So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimaner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi :

At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi register kat jabatan, and biler korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.

kos kadi : RM80++

2. Kursus rumahtangger:

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never ask for the sijil kursus... . whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam:

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan... .. pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey. At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen (mungkin mahal sikit)

4. Photographer:

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai... . dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

Kos : RM800

5. Kompang / Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.

Kos : RM300

6. Dekorasi blok dan pelamin

Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal... . kalau tak pun jadi macam lori cina mampos... . letak kacang samer kuaci sudah original beb... . tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam macam design macam macam pattern.

Kos : RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan? Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald's.

Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kerete

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa Kancil... ... sampai besok pun takleh masok!

Kos: RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band.
At least 6 mths mesti nak kener book.

Kos : RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, etc etc.

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous (lain-lain)

Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...

Kos : RM2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110

Belom termasok hantaran lagi beb... . korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin... SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer... zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini.

Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak. Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal.
Hah... korang bacalah:-

Sebab


1. Anak pompan sorang
2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompan paling jambu dalam family
4. Anak pompan kerja high post
5. Anak pompan biasa pakai barang branded
6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala
9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
10. Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-


1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-


1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-


1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur.Murah nah?"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2.

Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini',.. tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah. Entahlah... . dunia... dunia... "

p/s: kawe pun tak tau nk ckp aper.. tapi pada kawe menda2 cmni pun ader betul ader salahnya.. sajer post gurau2 hehe jgn marah yer org2 yg dh plan nak kawen? pesanan kawe, mendirikan masjid tu pahle nyer bessaaarrr! Cewwaaahh!!!


kawe@MCC

Thursday, March 02, 2006

Teringat Masa Dulu-Dulu



Teringat masa dulu2
*untuk bacaan pada masa lapang...

Lahir pada tahun 80-an?

Tahun 80-an... pakai kasut bata Bm2000, beli aiskrim pasal nak kayu dia je buat bintang ninja, nak jadi ninja mcm sasuke, kalau pompouan nak jd osim, main volleyball siap sumber sop lg. hahahaha...

enjoy... sure kalian teringat balik zaman2 skolah dulu...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

a. Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.


b. Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure kalian igt...


c. Program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan?

d. Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek k! at kantin.

e. Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

f. Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa...

g. Internet? email? mendalah ape tu?

h. CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

i. Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang (chocolate balls yang ada mainan kat dlm die), 'telur' keras warna-warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

j. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

k. Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

l. Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm.. ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Hmm... budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi.... bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir. Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum


2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je


4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone


5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari


6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...


7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa... hehehe.

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!