Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Wednesday, February 15, 2012

KENANGAN PERKAHWINAN PAK SU ANAS


Catatan oleh : Nek Wan (Yang telah mengikuti rombongan perkahwinan ke Keningau baru-baru ini)



Rombongan kami bertolak dari LCCT pukul 4.30 ptg dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang jam 6.55 petang. 15 minit lebih awal yang jangkakan. 

Sesampai di sana kami di sambut olih pegawai tentera Kapt Zamri dan isteri. Beliau adalah kenalan Kak G, kakak Anas di Kemaman. 

Sebenarnya kami menunggu seseorang (CIK NIK)  tapi tak nampak batang hidungnya. Kami singgah makan di restoran yang sedaaaaap sangat. Tapi yang specialnya sbb TOK BABA yang belanja..... TQ TOK BABA..  

Kami bermalam di Kinarut rumah Anas, bertilamkan tilam gomen. Penoh setiap bilik. Tapi tilam baru wei tak da peta2 lagi..... mungkin terlalu excited. Ada yang bangun jam 3 pagi lagi.. iaitu Nek Umi. Sbb tuan presiden dah warning awal2 lagi........ 10 minit sorang je guna bilik air...... tapi yang lucunya dia sendiri yang subuh gajah.. he he he he sebab tunggu giliran...



Pagi esok nya kami bertolak seawal pukul 6.30 pagi lagi. Bayangkan di Semenanjung orang tengah berdengkur....... dengan perjalanan memakan masa 2 jam ke Keningau dengan membawa bakal pengantin hehehe...... seronok.. tak sakit pinggang pun.. jalan raya dan pemandangan sepanjang perjalanan sangat2 cantik dan indah dengan cuaca yang dingin dan di kelilingi dengan bukit bukau. 

Kami sampai lebih kurang jam 8 pagi di Pekan Keningau. Singgah nak beli barang pengantin tapi sempat juga mengisi perut maklumlah subuh sepi lagi keluar rumah mana ada makan..... kami meneruskan perjalan ke Sundotong iaitu kampong pengantin perempuan. 

Perjalanannya aaaaaamat menyukarkan turun bukit naik bukit, nasib baik bolih turun....... sempat juga makan buah langsat manis 2-3 kilo gak.... (SESAT). <--- apa ni Cik Wae tok pehe hehehe….



Kami buat persiapan untuk akad nikah di Masjid Al Taqwa Keningau. Berlepas ke rumah pengantin peerempuan untuk majlis akad nikah. Lebih kurang pukul 10 pagi majlis akad nikah. Selesai kami dijamu dengan makan ringan... mee goreng dan kuih muih... yang seronoknya kami makan dengan lahap al maklumlah lapooooor engkau.....



Kami ke rumah mak saudaranya untuk persiapan berlaghok pulok... jalannya laaaaagiiiiii susoh. Kene jemerang sungai...... bermulalah perarakan pengantin mengelilingi kampong. 

Kami diiring dengan kereta polis, kumpulan gong..... kunonnya ala2 VIP…. merasalah jugak di eskot polih... hehehe... kami di sambut dan di layan begitu baik sekali dan rata2 berpuas hati... tapi bayangkan kalau keluarga tak datang..... sian anas sorang2 tentu dia sedih. Kalau semua ada lagi meriah.  

Majlis amat meriah. Ada karaoke. Ada joget. Pantun dan tarian Semazau. Sempat jugak Nek Nah dan Nek Wan berSemazau. SENOROKKKKKKK bak kata Auntie Min kita.. 

sebelum tu Nek Wan di jemput untuk berpantun.... kami bertolak balik ke KK jam 4 petang.



Kini tiba nak bawa VIP tengok Gunung Kinabalu. Balik dari Kundasang kami sempat bershopping di Bazar Filipina.. dan yang pastinya kedai JEMILAH. Nampaknya Nek Umi lah yang bershopping sakan. Maklumlah terlalu excited dari kampong lagi.



Ayahngah, Nek Umi, Nek Ma, Nek Wan dan Su Sarah bertolak balik ke KL pada pukul 9.30 malam hari ahad dan sampai lebih kurang 11.45 malam. Macam biasala kami di ambil olih warga Semenyih. 

Itulah serba sedikit cerita dan kenangan semasa kenduri perkahwinan Pak Su Anas…. InsyaAllah kalu ada masa dan keadaan mengizinkan akan ada juga kenduri sambut menantu di kampong tapi masa dan tarikh belum tahu lagi... minta maaf banyak2 kalau perkataan dan tulisan ada yang tak berapa betul tu.. maklumlah orang tua yang menulis. Bahasanya pun tua...



NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU... insyaAllah kami akan datang lagi......... sesungguhnya penuh keajaiban dengan anugerah ILLAHI YANG MAHA BESAR..



Coretan kenangan dari NEK WAN

14 Feb 2012 

p/s : pada yang ingin berkongsi lagi cerita atau sebarang perkembangan, sila emel kepada mail2mcc@yahoo.com.my cerita berserta gambar anda. Terima kasih - MODERATOR