Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Monday, February 13, 2006

Wan Long & Pasar Mini Kasturi

A'kum!

now hampir ke pukul 3.30 pagi. ntah kenapa mata kawe masih lom ngantuk time2 gini. tgh siapkan keje sebenarnya. tiba-tiba teringat ttg gambar2 yg kawe amik masa balik ke tanah merah 2 minggu lalu. gambar2 nie kawe snap masa kat kedai wan long (pasarmini kasturi).

kawe suka suasananya. awal pagi - mmg dah jadi kebiasaan kalau di kg, menu makan paginya - nasi. selalunya kawe lebih suka memilih nasi kerabu atau berlauk. kalau dulu nak cari nasi atau menu kuih pepagi kena lah menapak gi kedai org lain (ingat lagi, kawe selalu berbasikal ke seberang jalan waktu sekolah dulu untuk beli nasi for makan pagi - rutin!). berbeza sekarang, tak perlu susah2, kat kedai wan long tu kawe tgok semua ada. nasi himpit, nasi kerabu, nasi lemak, nasi dagang, karipap, pulut pagi, donut - cakap aje nak makan apa...

sepanjang hampir sejam kawe lepak di situ, org yg datang tak putus2. tak menang sebenarnya. dr anak-anak kecil hinggalah ke orang tua.

"kak, berapa sebungkus nih?".

"seghiiya*, dik...".

*seringgit

murah bukan?

itulah kelebihannya kalau di kg. apa pun murah - kelantan especially. tu pun masih ada yg kata kelantan ni mundur la, apa la. sedih gak bila dengar. tapi nak buat cemana dah org kelantan sendiri tak nak tolong bangsa dier...

tepuk dada, tanya selera la kan.

berbalik citer pasal kedai wan long tadi, ni nak citer sejarah sikit. asalnya, pasarmini kasturi dibuka oleh ciknah. so now telah diambil alih oleh wan long. walaupun kedainya simple dan 'biasa-biasa' saja, tapi disebabkan oleh lokasinya yg strategik dan nama 'wan long' sendiri yg mmg dah dikenali oleh org kg, maka pasarmini berkenaan nyata menjadi pilihan utama.

pengalaman melihat kegigihan wan long dan anak-anaknya memberi kawe satu seribu macam rasa. awal2 pagi dah start berniaga, buka kedai dsbg nya. itu adalah sebahagian dr secebis kisah kehidupan sebenarnya. dr zaman mengajar di tadika hinggalah mempunyai bussiness kedai sendiri, terlalu byk pahit-maung yg telah wan long lalui. berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul. maaf, kawe bukanlah nak fokus pada cerita kesedihan - sekadar flashback.

kawe harap, pasarmini wan long akan bertambah maju mudah-mudahan. maybe sebaik sahaja selesai 2 perkara - rumah siap & wedding kak A. to wan long, wish u all the best!!

Friday, February 03, 2006

Gathering II - MCC@Tanah Merah



tarikh : 30 januari 2006
hari : isnin
jam : 8.30 malam
perkara : majlis BBQ keluarga MCC di tanah merah


meriah!! - hanya itu yg dapat kawe gambarkan ttg gathering BBQ di tanah merah pada malam isnin yg lepas. cuma sayang keluarga cik nah tak dapat turut serta. tak pasti pula kawe kenapa. ada komitmen lain barangkali. apa pun, malam tuh mmg enjoy habis. cayalah MCC!

majlis start kira-kira pukul 8.30 malam (lepas isyak). masing2 mula sibukkan diri buat itu-ini. tak payah dikerah. erm, bagus juga. semangat macam ni la yg kita hendak. ada yg sibuk dok panggang daging, sementara yg lain pula sediakan tempat dan bahan makanan. air pula di sponsor khas oleh baba long (promosi jus nenas - sedapp!!).

macam2 gelagat yg dapat diperhatikan. paling kecoh bila kak long turun padang dengan membawa nabil yg comel lote tu ke tapak BBQ. masing2 tak lepaskan peluang nak bergambar dan mintak autograf... eh, silap, lepaskan geram (apalagi sesi dukung-mendukung nabil pun bermula).

majlis dimulakan dengan pembacaan doa oleh ayah ngah. habis jer doa masing2 dah tak sabar nak menjamah hidangan (actually ada yg dah makan sebelumnya termasuklah tukang baca doa tuh - sapa nak jawab?).

antara lauk-pauk selain daging bakar yg disediakan malam tue ialah masakan kampung special oleh cik wan, mama dan mok catering selain sponsor2 lain termasuk hidangan puding jagung yg sedap ya amat oleh cik uly (nanti bley tempah sebakul ngan dia deh!).

ayah su.

sian dia balik lambat malam tuh. khabarnya ke batu gajah ada kenduri bersama cik su. nasib baik hidangan byk lagi. selesai makan2 ada plak tayangan vcd oleh pok su. biasalah dia. suka buat tayangan percuma - iklan... iklan...

oh, yer ada satu lagi kejadian yg tak dpt dilupakan mlm tu (nasib baik baba long remind - gegegege... gelak cara baru). kejadian nie ala-ala misteri nusantara la jugak. duh, tegak bulu roma jap. nak dijadikan citer kawe ngan beberapa org sepupu-sepapat yg lain (ajue, anaz, aiman - hero2 semuanya) sedang ralit dok tgok wayang di ruang berasingan.

nak tau citer apa?

PHSM II - punyalah berani tgok citer 'pontianak' memalam. tiba-tiba...

"dumm... dummmm...".

masing2 tergamam. alamak, bunyi apa tuh?

ajue yg dok paling tepi kat sofa org yg paling awal bangun. masing2 muka dah pucat lesi. panik gak la 5 saat. apa taknya tiba-tiba aje bunyi org ketuk2 dinding dr luar umah mok.

apalagi... tak yah tunggu 'maya karin' bagi salam, semua dah pecut 100 meter!

apa yg berlaku...?

hah, tue kena la tanya baba long... gegegegege... (gelak cara baru).

suasana riuh di tapak BBQ sambil diperhati mandur (wan long)

anak-anak buah MCC yg maha rajin... cayalah!

apabila 'pakar' turun padang... cik ngah senyum jah!

bahagian dapur dan catering makanan... jadi tuke pege saji je pun oklah...

baik2 tuang air tuh. tumpah nanti make daging cekik baru tau...

pose ala-ala manja dr cik uly & adlan... harap2 come la muko aku nih!

tiga dara pingitan - nanik, kak teh dan shasha

nie aku buat2 pose tunjuk gear box nih, masuk blog lagi la muko aku... glamer!

"world peace!" dr mok

aktiviti seterusnya?

hehehe... tunggu saja bulan 5!