Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Tuesday, May 20, 2008

Tiba-Tiba Teringat....

Lately ni banyak betul keje. Projek tu, projek ni. Nak tak nak kawe kena habiskan juga few dateline yang terbengkalai before hujung bulan. Bulan depan dah mula suasana baru. Yeayy! *tak sabarr... :)

Tengah dok belek-belek fail tadi, terjumpa gambar-gambar Nabil, Aisy dan Sarah kat dalam hard drive. Terus buat Kawe rasa teringat kat depa. Duh, macam mana lah rupa mereka sekarang agaknya ya? Nabil sure ingat-ingat lupa Ayah Shah nya nih, Aisy dah jumpa hari tuh, memula cam malu-malu dan takut juga, pas tu lelama okay. Sarah, adik Kawe pula kadang-kadang ralat juga rasa sebab Kawe jauh kat sini. Lama sekali baru balik Tanah Merah baru jumpa dan ada masa nak bermesra-mesra ngan dia.

Apa pun buat hilang rindu Kawe (dan juga yang lelain), Kawe letak pic-pic meka bertiga kat sini. Sengaja Kawe buat dalam mood hitam-putih sebab nak nampakkan klasik sikit. Hehe. Enjoy!

p/s : Oh, ya... flight Kawe ke KL 23hb. malam. Habis je ofis petang tu terus gegas pi airport. So, sesapa yang nak pesan buat pala tu bagitau la awal2 ya! Hik! Jumpa di KL semua....

Kawe - Mana nak cari baju gold nih, tak jumpa-jumpa lagi... huhuhu...

Salam,
Kawe@MCC
Moderator

Nabil... muka nakal. Baru pas main lari-lari. Kat KLIA kalau tak silap pic ni. Malam Kawe nak berlepas ke Germany...

Sarah... Ayah Ngah yang snap pic nih. Before raya puasa tahun lepas. Tengok betul-betul, cam muka Kawe masa budak2 dulu plak. Ada satu pic tuh memang sebijik. Ngan rambut curly-nya, pose yang sama, atas kusi juga... haks!

Aisy... hah, yang ni either Kak Ngah or Abang Taq yang snap. Kawe tak sure bila, ambil dari thumdrive Kak Ngah masa balik cuti hari tu. Cute kan meka ni semua... lalalaa... windunyaaa!!

Tuesday, April 29, 2008

Dari Meja Moderator : Macam-Macam MCC!

Kawe masuk ofis lambat hari ni. On pc, baca paper (kat net), macam biasa. Belek-belek blog MCC. Alamak, dah lama tak update rupanya. Macam-macam peristiwa yang berlaku (tak sempat Kawe nak hightlight semua). Maaf ya!

Apa khabar? Kawe pasti semua MCC dalam keadaan ceria-ceria belaka.

Oh- Hanya tinggal beberapa hari lagi bulan Mei bakal menjelma.

1 Mei- Hari Buruh. Cuti panjang tuh. Bertuah jadi orang Malaysia ni kan. sepanjang tahun kita dianugerahkan dengan bermacam-macam cuti.

Hmm... ada yang dah tak sabar-sabar ya?

Ada dua perkara menarik Mei ini sebenarnya yang ingin Kawe highlight kepada semua. Pertama- wedding Fadzli & Maria.

Menarik tentang Fadzli, beliau adalah sepupu lelaki pertama yang bakal naik ke jinjang pelamin (kalangan keluarga Tok Wan Haji Wan Mahmood) manakala sepupu yang ketiga berkahwin selepas Kak Long (Ninie) dan Kak Ngah (Azya). Alhamdulillah. Makin meriah dan bertambah havoc lah MCC selepas ini ya!

Tahniah buat pasangan Fadzli & Maria!

Dan kedua, (Kawe pasti semua orang dah tahu dan tak sabar nak tunggu) - Hari Keluarga MCC 2008. Edisi yang menyaksikan buat pertama kali, Hari Keluarga MCC diadakan 'di luar kawasan'. Julung kalinya, edisi kali ini bakal berlangsung di Sg. Congkak di Ulu Langat, Selangor.

So, MCC. Jom ramai-ramai kita gegarkan Sg. Congkak tahun ini pula ya.

*maklumat lanjut- sila hubungi Uncle Man atau Sue Dah.

Awal-awal lagi Kawe dah book flight sebenarnya untuk memastikan Kawe takkan termiss dua agenda utama ni. Tapi sebut pasal cuti ni kan, cuti Kawe pun masih tak approved lagi (sebenarnya). Duh, bagaimana ya? Takpe, wait and see aje lah. Kalau Kawe tiba-tiba muncul di kedua-dua majlis/acara (atau salah-satunya) hah, ada la tuh rezeki agaknya. *Senyum*

So, MCC. Sila tick buku atau kalendar anda sekarang ya. Alasan kalau munasabah masih boleh diterima. Tapi harap-harapnya, semua dapat hadir lah kan untuk turut sama memeriahkan majlis-majlis ini. Bukan selalu kita dapat berkumpul camni kan (ingatan untuk diri sendiri juga).

Harapan Kawe, moga-moga perhimpunan keluarga kali ini akan lebih menitik-beratkan hubungan famili itu sendiri. Main-main juga, boleh. Itu penting. Tapi kalau diadakan sesi dialog, luahan pendapat, penceritaan kisah-kisah hidup ahli keluarga yang dulu-dulu (atau permainan yang lebih bersifat persahabatan/setiakawan) Kawe rasa alangkah lebih moleknya.

Kawe harap sangat kalau pihak AJK tertinggi boleh masukkan dalam program edisi kali ini, sesuai dengan lokasi hutan rimba (lebih tenang dan sesuai untuk aktiviti merapatkan keluarga) berbanding game-game yang (lebih) memerlukan tenaga dan mempunyai elemen fight.

Ok, cukup pasal hari keluarga-

Khas buat MCC yang termiss cerita-cerita dan perkembangan terbaru, di sini kawe selitkan beberapa keping gambar-gambar menarik sekitar majlis meraikan Hari Ulangtahun Pertama Adik Aisy kita yang comel-lote tuh (yang telah berlangsung baru-baru ini di kediaman Uncle Man dan Sue Dah di Kesuma Lake).

Buat Aisy, semoga cepat2 la besar dan dapat join team kami yang gila-gila ni ya! Haks... :) Btway enjoy the gambar ya!

Ops! Maaf atas kelewatan. :)

Jumpa lagi!