Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Saturday, September 30, 2006

Cerita MCC - 3 Dalam 1

ada tiga posting tertangguh sebenarnya yg patut kawe masukkan before puasa hari tuh. satu tuh agak lama juga, hmmm... pasal trip ke kebun sue n ayah sue. ikutkan dah kat ngan sebulan lebih kot. atas2 sebab2 tertentu sue mintak kawe jgn posting dulu, or lebih tepat lagi jgn hebahkan dulu pasal kebun dia ngan ayah sue nih - segan katanya. amanah org, kita kena la respect yer tak. hik. lagi satu pasal gambar2 keletah nabil masa kat wad. ikutkan nak tunggu gambar2 dr kamera aju tapi maybe dia lupa e-mel kat kawe kot. last, sekitar majlis tahlil arwah babalong yg ke 40 hari di tanah merah. alhamdulillah, masing2 menunjukkan komitmen yg padu. biasalah, kalau takder kerjasama camtu bukan MCC namanya yer tak. kawe pasti mama long happy hari tu kerana byk tangan yg membantu. ok lah, tak nak citer panjang, kali ni kawe upload tiga citer sekaligus... gigih tak? MCC punya pasal... huhuhuhu...


eh-eh, kawe lupa lah bila tarikhnya masa pi kebun hari tuh tapi kalau tak silap wk end lah (sabtu). memula sampai tuh, jangan kata kawe, sue pun terkejut tengok suasana kebun, kawasan tanah yg bakal diusahakan. rasa2 sapa yg tengok pic ni pun tahu bagaimana perasaan kami ketika itu...

"biasalah, tanah terbiar. kena lah pandai2 usaha...", uncle man cuba meng'cool'kan perasaan.

mmg betul pun. tapi sepanjang yg kawe dok perati, tak mustahil sebab di sekitar kawasan itu dah banyak2 tanah2 yg awalnya terbiar aje tapi now dah jadi cam port hujung minggu plak. ala-ala eco-resort lagi. ada yg siap buat rumah dan overnight kat kebun masing2. macam2 pokok buah-buahan ada - rambutan, langsat, pisang, nangka, strawberry (eh-eh... kalau dah strawberry tu kes tipu la tuh...).


apa pun itu cerita dua bulan lepas. hehehe... kawe pasti suasana pun dah bertukar. mmg dalam kepala macam2 dok fikir - nak tanam apa ya?

kata uncle man, nanti nak ajak camping memalam sambil sama-sama dok cucuk tanam. hmm, adventure tuh. buat sue dan ayah sue (dan uncle man sekalilah), dah berbuah pokok2 nanti bleh la kita pakat2 gi kenduri kat sana ye? tahniah dan good luck buat mereka!


ok, itu satu. jeng... jengg... ni kisah nabil masuk wad lak. tak habis2 budak kecik ni - sakit manjang. cian dia. huhuhu. hari tu kena chicken pox (pada yg nak tgok sekali lagi muka ensem nabil waktu kena chiken pox, klik sini). balik je kenduri tahlil hari tuh, masuk hospital plak. demam katanya. apa pun now bil bil dah ok (eh, rindu la lama tak tengok bil bil!). takpe esok reramai nak pi buka umah cik nah kan? confirm memasing dok ligan dia habis-habisan....

*alamak... mana pic nabil kat hospital hari tu takde plak... (aju, nanti send gambar ya, pls! thx...)

ok, citer ketiga ialah sekitar kenduri tahlil arwah babalong yg ke 40 hari. tupp.. tupp... tak sedar pantas masa berlalu. begitu cepat masa meninggalkan kita kan. sengaja kawe tanguh posting yg last nih. berat rasa nak tulis apa-apa. apa pun terima kasih kepada semua warga MCC, khususnya ahli keluarga yg telah sudi balik ke kampung dan sama-sama membantu mamalong dan ahli keluarga yg lain, gotong-royong semua. err, sempat juga kawe show video hari keluarga petang tuh. actually masih dlm proses editing lagi tp nak wat cemana, memasing dah tak sabar nak tgok. apa pun jgn lupa beli yg original nanti deh!

ops! sorry promosi jap. berbalik citer majlis tahlil tadi, awal2 lagi MCC dah 'turun padang' pakat dok gotong-royong 'peluh-pelai' (duh, sayu kawe guna perkataan nih...) semuanya. patutnya makan kenduri tengahari tapi cam tak ramai yg dtg. maybe masing2 budget dtg malam kot coz ada dua sesi - lunch ngan dinner.

untuk sesi sebelah malamnya diadakan sedikit tahlil dan keluarga mama long juga telah berbesar hati menghadiahkan surah yasin kepada para tetamu yg hadir. moga roh babalong ditempatkan di kalangan mereka-mereka yg beriman dan soleh hendaknya. amin!

*kredit to abang jurufoto kita, aju kerana telah mengambil gambar2 yg lawa ini... cayalah!

ok, itu adalah sebahagian dr cerita-cerita yg sempat kawe cover sepanjang dua bulan lepas. meriah kan hidup MCC, macam-macam warna kita rasa. kata orang, patah tumbuh hilang berganti. setiap kejadian ada rahmat disebaliknya. juga kejadian yg menimpa kawe baru2 ini. kawe pasti pasti ada sesuatu yg Tuhan nak tunjuk kat kita. itulah kehidupan namanya. sabar, itu aje jalan terbaik. terima kasih pada yg memberi sokongan kat kawe - terharu sebenarnya.

ok la, tak mahu cerita pjg lagi. pada semua warga MCC, jumpa di rumah cik nah besok, 30 september 2006 untuk berbuka puasa ya. jangan lupa bawak la apa-apa juadah. kalau tak sempat tuh, alah stop je kat memana PR (pasar ramadhan). senang, pakai tunjuk2 ikut jari je, pas tu pandai2 la kalau nak claim 'air tangan' sendiri pun apa salahnya - janji sedap deh!

oh, sebelum terlupa - buat ayah ngah - papa kawe, selamat hari ulangtahun yg ke 50!! (29 september 1956) moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu...

jumpa lagi.

Monday, September 25, 2006

Sejarah Terawih

MENURUT buku Ensiklopedia Malaysiana, terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas, mengambil udara baru dan seumpamanya. Dalam erti kata yang khusus, terawih ialah ibadat sembahyang pada bulan Ramadan.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Saidina Umar bin Al-Khatab ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat terawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan.

Pada zaman ini di kebanyakan negara umat Islam menunaikan solat terawih secara berjemaah di masjid selepas solat Isyak.

Pengikut Mazhab Maliki bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah 1,080 rakaat. Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.

Di Masjid Al-Haram Mekah, sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Solat terawih dikategorikan sebagai sunat muakkad yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riak atau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah. Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian) dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah).

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.