Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Monday, November 03, 2008

Hobi Baru Kawe

Sedari dulu Kawe juga teringin mempunyai kamera sendiri. Lebih-lebih lagi setelah tengok Aju dan Abe Sham 'berlumba-lumba' beli kamera dan mengambil gambar. Seingat Kawe, Ayah Ngah iaitu papa Kawe juga dulu pun ada mempunyai kamera sendiri. Yashica kan, pa? Betulkan kalau Kawe silap ya. Dah lama sangat kamera tu. Tak tau dah mana peginya.

Terfikir juga, bila agaknya dapat merasa pegang DSLR sendiri? Asyik dok tangkap gambar pakai kamera fon je (N95). Hik!

Alhamdulillah, rezeki Kawe sampai juga. Baru-baru ni Kawe dah pun (berjaya) membeli Sony Alpha A300 (yang sekian lama dicita-citakan). Plan-nya nak beli sebelum raya, tapi mungkin belum rezeki agaknya, takpelah raya haji nanti bleh Kawe bawa balik kamera tu untuk snappy-snappy kat Tanah Merah. Insya-Allah.

Ada beberapa faktor yang buat Kawe tergerak untuk mendapatkan jenama Sony ni. Salah satunya ialah kerana jenama itu sendiri- Kawe percaya dengan kemampuan Sony, tambah videocam yang Kawe guna sebelum ini pun dari jenama yang sama juga.

Kedua, berbeza dengan jenama lain (setahu Kawe lah) Alpha mempunyai 'live view', iaitu fungsi melihat di skrin sama dengan kamera digital biasa. Bezanya, skrin yang boleh diselaras dan ditarik keluar. Haks- cemana nak terang ya- Sue ngan Uncle Man dah tengok kan mesti tau... hehehe.

Niat Kawe dengan adanya kamera ini, dapat juga Kawe bersama-sama Aju dan Abe Sham pas ni join berfoto sambil belajar-belajar. Sesiapa MCC yang ingin melawat flickr atau photoblog Kawe sila klik alamat di bawah ya!

Sebelum terlupa, tahniah buat Nanik yang bakal dihantar posting ke Sabah (Kawe baca Sue tulis kat tagboard). Jangan sedih- tiap rezeki itu ada hikmahnya. Mana tahu, dapat belajar cakap Sabah plak pas ni. Ambil yang positif ya!

Lawat flickr Kawe. Klik :

http://www.flickr.com/photos/stabuxguy

Lawat photoblog Kawe.
Klik :

http://www.photoblog.com/stabuxguy

Terima kasih. :)

p/s : jangan lupa dapatkan majalah Gaya Travel Nusantara [ klik ] keluaran November/Disember di pasaran- ada cerita Germany dan Bali Kawe di dalamnya!

Monday, October 27, 2008

MCC - Generasi Lama Vs. Generasi Baru

Hi, salam semua- selamat pagi!


Apa khabar? Macam mana hujung minggu? Ke mana? Sebarang cerita menarik untuk dikongsi? Jangan lupa e-mail Kawe ya!

Semalam dok belek-belek balik fail-fail lama kat dalam laptop, terjumpa pulak gambar lama MCC kat tangga rumah Mok. Ironi sangat, sebab Kawe pun ada snap satu pic MCC ramai-ramai (generasi baru) masa raya lepas- juga di tempat dan lokasi yang sama!

Jom sama-sama kita lihat fotonya-

Foto Baru

Foto Lama

Kurang pasti Kawe bila foto ini diambil, mungkin ada sesiapa di kalangan MCC yang bisa bantu?

Kawe@MCC