Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Monday, April 27, 2009

Selamat Datang, Baby Icha!

Akhirnya, gambar yang ditunggu-tunggu pun tiba. Berkat kesabaran, Baby Icha kini dah pun selamat dan sihat-walafiat, alhamdulillah- berkat doa dan kesabaran Fadzli dan Maria, serta MCC keseluruhannya.

Gambar yang diberikan Cik Nah sewaktu Kawe berkunjung ke Semenyih minggu lalu. Satu-satunya gambar yang dapat diberikan buat masa ini, pesan Fadzli yang disampaikan Cik Nah.

Tatapilah. Comel Baby Icha ni. Nanti dah sihat dan keluar wad betul-betul, kita pakat-pakat amik lagi gambar dia banyak-banyak wokey?

Buat MCC sekalian, jangan lupa 'gathering' terakhir 2hb ni di rumah Cik Nah di Shah Alam sebelum kemuncak Hari Keluarga Kali ke-5 Jun nanti.

Antara agenda menarik, tayangan dvd Hari Keluarga 2007. Jumpa di sana!

Cadangan Program Malam Seribu Bintang/Hari Keluarga Membunga Clan Club 2009 dari ahli keluarga Tanah Merah

1. Nyanyian opening – Lagu Tema MCC (Shah)

- diminta MCC menghafal lirik

2. Nyanyian lagu Warisan – Sudirman (Shah & ahli-ahli MCC wakil ikut generasi)

3. Segmen Khas – “Siapa Membunga?” –Klip eksklusif temubual veteran MCC menceritakan tentang Che Membunga

4. Anugerah Khas – Ayah Chik (bacaan biodata & penyampaian hadiah)

5. Klip khas – ucapan alu-aluan kepada Tuan Haji Abdullah & keluarga Ayah Man (pertama kali join MCC)

6. Nyanyian penutup oleh Wae Long – “Selamat Berpisah MCC”

7. Persiapan Malam Seribu Bintang dibuat lebih awal;

- Malam malam sebelum waktu Marghrib
- Dewan disiapkan lebih awal (pada yang terlibat)
- Kosongkan aktiviti petang (selepas waktu Asar) bagi memberi peluang kepada persiapan/persediaan Malam Seribu Bintang

8. Catwalk “Pakaian Terbaik” Membunga's Next Top Model (Fancy Dress)

- dipilih oleh juri khas – kena catwalk sebaik terpilih
- seramai 10 orang perserta dengan dihakimi oleh 3 orang juri (luar)

9. Karaoke* – Peserta bersedia dan daftar awal untuk menyanyi (urusetia dapat sedia cd/lagu
lebih awal)

10. Persembahan kumpulan ditiadakan

Cadangan permainan :

1. Mencari telur penyu (Wae Long) – individu

2. Teka benda dalam sampul (Wae Long) – individu

3. Cari benda tersembunyi (Wae Long)

- individu
- Malam (10 jenis barang)
- Satu klu, satu barang

*Senarai di atas adalah cadangan semata-mata dan belum diputuskan bagi kemasukan program sebenar. Kepada sesiapa MCC yang mahu mengemukakan cadangan tambahan/idea bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mail kepada mail2mcc@yahoo.com.my selewat-lewatnya sebelum 1hb Mei 2009. Kerjasama anda amatlah dihargai. Terima kasih.