Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Wednesday, June 15, 2011

Jun : Bulan MCC Kahwin!

Kena dengan tarikh dan musim cuti sekolah, sedar atau tidak, kunjungan Kawe balik ke Kelantan tempohari, tiga ahli keluarga Membunga telah selamat menjadi pengantin baru.

Mereka ialah Ayah Sue Ise (Badlisyam, anak arwah Tok Do), Wan Rasyidah (Anak Ayah Mae Taman Barakah) dan juga ahli MCC terdekat, Nurul atau mesra kita panggil Nuyu. Maaf untuk ahli keluarga Ayah Mae kerana Kawe tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis perkahwinan puteri beliau. Apapun tahniah buat kesemuanya- moga sama-sama beroleh keberkatan. Selamat menjalani alam baru berumahtangga. Doa Kawe dan MCC di sini, semoga kekal bahagia ke anak cucu mudahannya!

Di sini Kawe siarkan beberapa keping gambar istimewa sekitar majlis perkahwinan ketiga-tiganya. :-)




Kawe@MCC : SELAMAT PENGANTIN BARU!

Thursday, May 26, 2011

PERHATIAN : Update Tentang Hari Pernikahan Nuyu Di Tanah Merah

Kad Undangan


Perhatian kepada semua ahli Membunga, INI ADALAH UPDATE TERKINI tentang AJK dan perjalanan majlis Perkahwinan Nuyu. Harap maklum.

Atur acara :-

Jumaat, 3 Jun 2011
Majlis Tahlil (selepas solat Jumaat)

Malam - Akad nikah
Tempat : Masjid

Sabtu, 4 Jun 2011
Kenduri

AJK :-

Ketua Penyelaras : Ayah Teh
Pengapit Pengantin - Fifi
Ketua AJK Bilik Pengantin : Sue Dah
Ketua Meja Makan Pengantin : Mama Long
Ketua "Siso" : Cik Nah Baba Chik
Jurufoto : Aju *kepada yang ada kamera sendiri, dialu-alukan untuk membawa ya!
Hantaran : Cik Wae
Khemah : Ayah Sae
Tempahan Makanan: Cik Nah Ayah Kie
Ketua "Jong Kako" : Pakcik Yie
Audio : Tokkdy
Video : Zafir
Ketua Sambut "Pa" : Kak Long Norhikmah
Ketua Pengemasan : Emae
Kebersihan : Iwan
Penyambut Tetamu - Cu Ba/Ayah Kie
Baju staff/AJK - Shah
Parking : Uncle Jan (Mahzan)
Ketua Kanak-Kanak : Adlan & Irin
Bendahari : Tok Ayoh Su (sesiapa yang guna duit sendiri dulu untuk beli apa-apa barang, boleh 'claim' dengan Tok Ayoh Su)
Teh & Cik Uly : Serba-serbi :-)

*untuk AJK kecil diminta ketua cari sendiri.

Untuk makluman, tak kira la ada nama ke takde, semua datang la tolong apa-apa yang boleh. Diharapkan semua berjalan lancar. Segala pertolongan hanya Allah yang bisa membalasnya. Terima kasih semua - ikhas dari Teh & keluarga