Thursday, May 31, 2007
Thursday, May 24, 2007
Tag Koordinator
11:01 AM
No comments
Tuesday, May 22, 2007
Sunday, May 20, 2007
Saturday, May 19, 2007
Tips Berpakaian Hari Keluarga 2007 (Malam Seribu Bintang - Retro Grooves)
9:08 AM
No comments
kredit gambar : thanks to anugerah era (red carpet) 2003 - retro
*gambar2 hanyalah sebagai panduan. harap maklum.
Evolusi Polka Dot
Corak titik pelbagai warna amat diminati muda mudi pada era moden
DARI era Minnie Mouse dengan gaya ruffled skirt yang menjadi identitinya hingga kepada model terkenal 1950-an, Betty Page dengan bikini yang menjadi poster paling popular pada zamannya, reka corak polka dot sudah lama dipakai dan diterima oleh semua, khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka.
Polka dot adalah definisi kepada gaya flirty & innocent, serta tren kewanitaan dalam fesyen. Bukan hanya untuk pakaian, tetapi termasuk juga aksesori dan hiasan rumah.
Kini ikon fesyen kegemaran anda kembali untuk musim terbaru koleksi fesyen antarabangsa. Bagi pereka yang gemar bermain dengan reka corak polka dot, mereka memperbaharuinya dalam kombinasi warna indah di atas rekaan pakaian sama ada dalam bentuk gaun, skirt, kemeja, bikini dan juga tali leher ataupun aksesori seperti tali pinggang, skarf serta rantai yang cukup dramatik dan menggoda.
Anda perlu bukti? Lihat saja koleksi rekaan Oscar de La Renta, Carmen Marc Valvo, Kenzo, Tocca dan ramai lagi. Reka corak klasik ini kelihatan cukup segar serta ceria apabila dipadankan dengan gaya, potongan dan fabrik yang lebih sofistikated.
Koordinator Jabatan Senireka Fesyen Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti teknologi Mara (UiTM) Perak, Faizal Hamid, berkata meskipun ramai yang menganggap polka dot fesyen yang unik, hakikatnya ia sesuai digayakan untuk acara siang mahupun malam .
“Reka corak ini ada dalam pelbagai saiz kecil hingga ke besar serta yang lebih abstrak mahupun warna penuh variasi. Pilihannya juga tidak terbatas, serta menarik digayakan untuk aktiviti kasual ataupun formal,” katanya.
Secara amnya, polka dot bersaiz suku inci memberi gambaran lebih santai, manakala yang bersaiz liang jarum kelihatan lebih formal.
Warna hitam dan putih adalah kombinasi klasik reka corak ini, yang selalunya muncul dalam pakaian untuk acara formal, manakala padanan warna coklat dan putih pula dapat memberikan nafas kontemporari kepada reka corak klasik ini.
Faizal berkata, berbanding reka corak yang kecil, polka dot bersaiz besar cukup segar dan memikat golongan muda mudi. Rona yang menjadi pilihan mereka pula adalah yang lebih terang dan berani. Pemakaian skarf, top dan rantai dalam reka corak ini juga, membangkitkan gaya ranggi dan hip sealiran tren masa kini.
Antara gaya dalam reka corak polka dot yang menjadi ikutan adalah gaun yang dipakai dengan leggings, wrap dress, gaun potongan baby doll dan gaun dengan pemakaian tali pinggang bersaiz lebar (wide belt), gaun tanpa lengan, baju halter, skirt kembang dan pelbagai variasi gaya yang lain.
Untuk anda yang mahu menggayakan tren ini, tetapi mahukan alternatif selain pakaian, anda boleh mendapatkan aksesori kecil ataupun kasut dalam reka corak polka dot ini. Bagi lelaki pula anda boleh dapatkan tali leher ataupun stoking dengan polka dot kecil putih berlatarkan rona biru kelasi (navy).
Sememangnya rekaan polka dot adalah sebahagian daripada kegilaan memori retro dan ia menjadi tren semula kerana sama ada kita percaya atau tidak, ia membuatkan kita rasa ceria gembira apabila memakainya. Apapun terpulang kepada cita rasa anda sendiri, yang penting anda perlu berani mencuba.
Paling penting anda perlu bijak bereksperimentasi, apa yang sesuai dengan anda. Tepuk dada tanya selera.
FAKTA
Polka dot
Corak titik yang pelbagai saiz dan warna adlam aturan rambang.
Pertama kali digunakan bagi pembuatan pakaian pada lewat kurun ke-19 di Britain.
Ketika itu, muzik polka mulai popular, justeru namanya digunakan bagi fabrik bercorak titik atau bulat walaupun tiada kaitan antaranya.
Sejarah ada mencatatkan ketika Perang Dunia Pertama, tentera Britain menggunakan polka dot sebagai tempat untuk menyembunyikan kod morse dan rahsia lain supaya tidak disedari.
Pemuzik terkenal, Randy Rhoads menggunakan gitar Flying V yang mempunyai corak polka dot.
Ahli gusti terkenal, Dusty Rhodes juga menggunakan baju seragam berwarna hitam yang dilatari corak bulat berwarna kuning. Walaupun tampak pelik ketika itu, gaya beliau berjaya mempopularkan beliau.
Jersi pelumba terbaik bagi acara perlumbaan basikal acara bukit Tour de France juga menggunakan polka dot.