Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, August 30, 2007

Khabar Dari Germany


seorang teman menyampaikan link ini kepada kawe. jutaan terima kasih kawe ucapkan kepada hamba Allah ini. memang kawe leka. namun entah mengapa, terdengar sahaja suara azan bergema dari corong komputer riba, membuat hati kawe menjadi sayu dan hiba. betapa kawe akui kekuasaan Allah S.W.T.

"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!".

dalam hati, berkali-kali kawe mengucap syukur kepada teman kawe itu kerana memberikan link panduan ini kepada kawe. rasa-rasanya mudah sekali selepas ini untuk kawe memulakan Ramadhan pertama di sini. jauh dari perantaun, jauh dari segala kemudahan untuk bersolat dan sebagainya. tanpa alasan!

apa yang menarik?

- boleh disetkan kedudukan/lokasi tempat tinggal/negara/bandar/bahasa
- mendengar suara azan setiap kali masuk waktu
- mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap masa
- panduan untuk menunaikan solat serta penerangan (lengkap dengan cara-cara berwudhu' dsbg.
- banyak lagi!

pada anda yang tercari-cari kemudahan ini di internet, segeralah log on ke IslamicFinder.com. segalanya terdapat di sini, dari kemudahan mendengar suara azan, waktu solat dan berbuka dan segala yang berkaitan. menarik sekali anda bisa memuat turun perisian ini secara percuma dari laman yang kawe nyatakan di atas.

dan, ok. pada yang sering bertanya, bila kawe nak balik, ini kawe sertakan susunan jadual lengkap yang telah kawe ekjas sedikit-sebanyak untuk dikongsi dengan semua.

jumpa di Tanah Merah!


1hb okt 2007
6.20 petang
- bertolak dr Bremen, Germany
(transit di Amsterdam)

2hb okt 2007
2.40 petang
- tiba di Malaysia

2-7hb okt 2007
- puasa di Kuala Lumpur

7-8hb okt 2007
- puasa di Penang
- 8hb, flight ke Kota Bharu (dr Penang)

9-16 hb okt 2007
- puasa & raya di Kelantan
- 16hb petang, flight ke KL

23-26hb okt 2007
- Kuala Lumpur

26hb okt 2007
11.15 malam
- flight balik ke Germany

Salam dari Kawe@MCC,
Germany