Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Monday, October 27, 2008

MCC - Generasi Lama Vs. Generasi Baru

Hi, salam semua- selamat pagi!


Apa khabar? Macam mana hujung minggu? Ke mana? Sebarang cerita menarik untuk dikongsi? Jangan lupa e-mail Kawe ya!

Semalam dok belek-belek balik fail-fail lama kat dalam laptop, terjumpa pulak gambar lama MCC kat tangga rumah Mok. Ironi sangat, sebab Kawe pun ada snap satu pic MCC ramai-ramai (generasi baru) masa raya lepas- juga di tempat dan lokasi yang sama!

Jom sama-sama kita lihat fotonya-

Foto Baru

Foto Lama

Kurang pasti Kawe bila foto ini diambil, mungkin ada sesiapa di kalangan MCC yang bisa bantu?

Kawe@MCC

Friday, October 24, 2008

Update! Update! Kedai Tokddy Dan Cerita Raya

Kedai Tokddy


Dah lama Tokddy kasi Kawe pic ni tapi baru sempat nak upload. Nama kedai barunya ini ialah Ridemore- sesuai dengan konsep dan kedai basikal serta servis yang ditawarkan.

Sesiapa yang nak order basikal tu (atau berminat nak tau apa-apa pasal basikal) boleh lah datang sendiri ke kedai atau hubungi Tokddy di alamat :-

RIDEMORE
52-1, JALAN PUTRA INDAH 9/1D,
PUTRA HEIGHT,
47650 SUBANG JAYA,

SELANGOR.

h/p : 019-9339394
e-mail : wannridemore@gmail.com

Macam-macam jenis basikal ada- dari untuk kanak-kanak, hinggalah dewasa.

Buat Tokddy @ Ayah Sue kita, semoga sukses ya!

Ok, itu cerita Tokddy dan kedainya, pasti ada yang tertanya-tanya kan, takder ke gambar-gambar raya lepas? Ada, ada... cuma Kawe kesuntukkan masa aje. Tambah pula, takde gambar yang menarik (amik sendiri pakai handphone dan kamera biasa je), maklumlah jurufotonya terlepas penerbangan katanya. Haks.

Tapi takpe, kat bawah ni Kawe masukkan sikit sebahagian dari gambar-gambar suasana Aidilfitri di Tanah Merah baru-baru ini. Pada yang tak balik tu, tahun depan jom kita ramai-ramai meriahkan kembali Tanah Merah kay!

Gambar Aisy- walaupun tak balik, tetap Kawe bubuh pic dia (transfer dari kamera Tokddy).

Klik imej untuk view lebih besar.

Klik imej untuk view lebih besar.

Klik imej untuk view lebih besar.

Paling Kawe suka pic kat bawah sekali tu. Walaupun cuma diminta pose (terima kasih kerana sporting ya!) namun cam real plak- lebih-lebih lagi Nanik kat tengah-tengah tu, cam menunggu seseorang je... ops! Berkat mudah-mudahan.. tahun depan ye, Nanik ye...

Oklah MCC semua- selamat berhujung minggu ya!