Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Tuesday, April 29, 2008

Dari Meja Moderator : Macam-Macam MCC!

Kawe masuk ofis lambat hari ni. On pc, baca paper (kat net), macam biasa. Belek-belek blog MCC. Alamak, dah lama tak update rupanya. Macam-macam peristiwa yang berlaku (tak sempat Kawe nak hightlight semua). Maaf ya!

Apa khabar? Kawe pasti semua MCC dalam keadaan ceria-ceria belaka.

Oh- Hanya tinggal beberapa hari lagi bulan Mei bakal menjelma.

1 Mei- Hari Buruh. Cuti panjang tuh. Bertuah jadi orang Malaysia ni kan. sepanjang tahun kita dianugerahkan dengan bermacam-macam cuti.

Hmm... ada yang dah tak sabar-sabar ya?

Ada dua perkara menarik Mei ini sebenarnya yang ingin Kawe highlight kepada semua. Pertama- wedding Fadzli & Maria.

Menarik tentang Fadzli, beliau adalah sepupu lelaki pertama yang bakal naik ke jinjang pelamin (kalangan keluarga Tok Wan Haji Wan Mahmood) manakala sepupu yang ketiga berkahwin selepas Kak Long (Ninie) dan Kak Ngah (Azya). Alhamdulillah. Makin meriah dan bertambah havoc lah MCC selepas ini ya!

Tahniah buat pasangan Fadzli & Maria!

Dan kedua, (Kawe pasti semua orang dah tahu dan tak sabar nak tunggu) - Hari Keluarga MCC 2008. Edisi yang menyaksikan buat pertama kali, Hari Keluarga MCC diadakan 'di luar kawasan'. Julung kalinya, edisi kali ini bakal berlangsung di Sg. Congkak di Ulu Langat, Selangor.

So, MCC. Jom ramai-ramai kita gegarkan Sg. Congkak tahun ini pula ya.

*maklumat lanjut- sila hubungi Uncle Man atau Sue Dah.

Awal-awal lagi Kawe dah book flight sebenarnya untuk memastikan Kawe takkan termiss dua agenda utama ni. Tapi sebut pasal cuti ni kan, cuti Kawe pun masih tak approved lagi (sebenarnya). Duh, bagaimana ya? Takpe, wait and see aje lah. Kalau Kawe tiba-tiba muncul di kedua-dua majlis/acara (atau salah-satunya) hah, ada la tuh rezeki agaknya. *Senyum*

So, MCC. Sila tick buku atau kalendar anda sekarang ya. Alasan kalau munasabah masih boleh diterima. Tapi harap-harapnya, semua dapat hadir lah kan untuk turut sama memeriahkan majlis-majlis ini. Bukan selalu kita dapat berkumpul camni kan (ingatan untuk diri sendiri juga).

Harapan Kawe, moga-moga perhimpunan keluarga kali ini akan lebih menitik-beratkan hubungan famili itu sendiri. Main-main juga, boleh. Itu penting. Tapi kalau diadakan sesi dialog, luahan pendapat, penceritaan kisah-kisah hidup ahli keluarga yang dulu-dulu (atau permainan yang lebih bersifat persahabatan/setiakawan) Kawe rasa alangkah lebih moleknya.

Kawe harap sangat kalau pihak AJK tertinggi boleh masukkan dalam program edisi kali ini, sesuai dengan lokasi hutan rimba (lebih tenang dan sesuai untuk aktiviti merapatkan keluarga) berbanding game-game yang (lebih) memerlukan tenaga dan mempunyai elemen fight.

Ok, cukup pasal hari keluarga-

Khas buat MCC yang termiss cerita-cerita dan perkembangan terbaru, di sini kawe selitkan beberapa keping gambar-gambar menarik sekitar majlis meraikan Hari Ulangtahun Pertama Adik Aisy kita yang comel-lote tuh (yang telah berlangsung baru-baru ini di kediaman Uncle Man dan Sue Dah di Kesuma Lake).

Buat Aisy, semoga cepat2 la besar dan dapat join team kami yang gila-gila ni ya! Haks... :) Btway enjoy the gambar ya!

Ops! Maaf atas kelewatan. :)

Jumpa lagi!