Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, July 31, 2008

BBQ Rumah Cik Nah, Pembedahan Angah & Nabil Masuk Hospital!

Salam MCC!!

Lama tak update apa-apa posting kat sini. Been busy for the past few weeks plus takder cerita atau bahan untuk dipaparkan di sini.

Okay, Kawe harus merayu sekali lagi nampaknya- pleasee... pleaseee-lah wahai MCC... hantarkanlah cerita anda!

Apa-apa sahaja, tentang life- di kampus- am sure that Nana, Mimi, Shasha, Imi, Yo banyak cerita untuk dikongsi kan?, tempat kerja, sebarang tips, petua walau pantun nasihat sekalipun!.

Dan buat Ayah Ngah kita juga, perhaps dapat luangkan masa untuk terus menghantarkan Kawe pesanan-pesanan berguna untuk ruangan Warkah Presiden (dah lama sunyi tuh...) nanti ya. Takder lah nampak kosong dan blog ini menjadi laman untuk singgah ber'chatting' sahaja.

Cam biasa (semua dah tahu kan?) sila e-mail kepada mail2mcc@yahoo.com.my

Terima kasih! (",)

Sebelum cerita pasal posting, Kawe nak ucapkan tahniah dan Happy Belated Birthday kepada birthday girl/boy MCC yang jatuh pada bulan Julai : Zarif (2/7), Sue Dah (22/7) dan juga Along Ninie (29/7).

Jangan lupa wish birthday pada bakal-bakal birthday girl/boy MCC bulan Ogos - Yoe (3/8), Cik Nah (5/8), Zafir (6/8) dan Bil Bil kita (16/8).

Minta update segera kepada yang tertinggal ya!

Anyway, untuk tatapan semua, istimewa untuk posting kali ini, Kawe paparkan gambar-gambar sepanjang malam BBQ di rumah baru Cik Nah kita di Shah Alam beberapa minggu lalu dari kiriman Abang Shaman (thanks ya bang! akhirnya.. hik).

Memang meriah dan kecoh sekali malam tu (as usual-lah). Terima kasih kepada tuan rumah juga di atas jemputan dan untuk segala makanan yang best-best (pada yang memasak- thanks! thanks!).

Terus aje Kawe fly turun dari Penang ke rumah Cik Nah (demi nasi kerabu kuning katanya!).

Oh, tak lupa MCC turut berkongsi rasa dengan Angah yang baru sahaja menjalani pembedahan di bahagian tekak baru-baru ini.

Menurut Cik Nah dan keluarga, doktor telah mengesan ada satu ketulan kecil di bahagian tiroid-nya (klik untuk info). Apapun, alhamdulillah. Pembedahan telah selamat dijalankan.

Semoga Angah cepat sembuh ya!

Terkini juga, tadi kat e-mail, Abang Shaman pun ada bagitau yang Bil Bil pun telah dimasukkan wad. Ada pic-pic dia kasi sekali. Cam biasalah, Bil Bil tetap dengan kaletah nakal dan manjanya. Sama buat Nabil juga- semoga cepat sembuh and cergas cam biasa. Go, Nabil, go!

Ok, MCC. Dah hampir jam 1 pagi nih. Kawe mintak diri dulu ya. Esok nak bangun awal dan gerak ke Lumut (kerja+cuti hujung minggu).

Sebelum tu, nak bagitau kat semua esp to Abang Shaman dan Ajue, kalau nak hantar gambar-gambar berkenaan MCC pas ni, boleh lah upload di www.flickr.com ya. Kawe dah pun create-kan satu akaun khas untuk MCC.

Bukan mereka sahaja, sesiapa sahaja yang ada pic, gambar konvo ker, gambar gewe ke- hah, upload je kat sana. Nanti kita pakat-pakat share.

p/s : klik di sini untuk melihat gambar-gambar MCC di flickr.

*Arahan/cara-cara untuk upload :

Klik www.flickr.com ---> pilih sign in ---> masukkan username/password (sila e-mail/sms Kawe untuk dapatkan ID *tujuan keselamatan*) ---> dan, sedia untuk meng-upload!!

Mudah bukan? *sila contact Kawe jika tak berapa nak faham ye*

Insyallah, Kawe akan berada di Kuala Lumpur sekitar awal Ramadhan nanti. So, kepada orang-orang Semenyih dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, cecepatlah plan nak buat majlis berbuka reramai yer.

Selamat malam, dan jumpa lagi!

Kawe - Al-Fatihah buat Babalong. Amin!

Kawe@MCC