Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Saturday, March 27, 2010

Sekitar Gathering MCC Di Rumah Nek Sue, Semenyih

extra....

Pelakon cilik MCC - Nabil, Aisy, Icha & Naim

Kawe@MCC

Wednesday, March 24, 2010

Ahli Baru MCC & AJK Hari Keluarga 2010

Agak lama juga tidak mengemaskini perkembangan di blog ni, ralat juga pada yang sering bertanya- ya Kawe akui, Kawe agak sibuk sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mujur ada medium lain seperti Facebook (FB) dan tagboard (chatbox) kat tepi tu, dapat juga MCC saling berinteraksi dan bertanya khabar sesama sendiri setiap hari.

Begitu banyak cerita, pelbagai peristiwa sebenarnya. MCC sering tak lokek dengan pelbagai rencah berita. Dari perkahwinan, makan-makan (antara yang wajib!) hinggalah ke perancangan terbaru Hari Keluarga 2010.

Ada sedikit info tentang Hari Keluarga 2010. Takpe, nanti akan Kawe bagitau kemudian.

Di kesempatan ini (belum terlambat rasanya), Kawe nak lancarkan dahulu ucapan "Selamat Datang" kepada ahli-ahli baru MCC iaitu Mama Sue kita, Norsila Bt. Ismail serta anakanda tercinta- Farah, Sabrina dan Adam.

Tak lupa juga Kawe nak ucapkan sekalung tahniah buat Mama Sue dan juga Ayah Sue (Wan Azzaruddin) a.k.a. Tokddy di atas perkahwinan mereka yang telah pun selamat dilangsungkan pada 10 Januari 2010 lalu bertempat di Masjid Putrajaya.

Moga dengan ikatan ini secara tak langsung dapat memperkukuhkan lagi bilangan ahli MCC di samping dapat menyumbang idea-idea baru bagi memantapkan lagi MCC.

Pada yang belum berkesempatan untuk menatap wajah kedua mempelai, di bawah ni Kawe siarkan secara eksklusif gambar-gambar hari bersejarah mereka.

Tahniah Mama Sue-Ayah Sue! Doa Kawe, semoga kekal ceria dan dirahmati sentiasa. Amin.

Ok, berbalik pada cerita Hari Keluarga 2010, beberapa AJK (baru dan sedia ada) telah pun dilantik. Berikut adalah senarai lengkap AJK Hari Keluarga MCC 2010 :

Koordinator Lelaki: Ayah Sue
Koordinator Perempuan: Mama Sue
Pengerusi: Taqrish
Naib Pengerusi: Kak Ngah
Setiausaha: Kak Teh
Teknikal / Penginapan: Epi & Pokcik Yie
Siaraya: Ayah Sue & Aiman
Makanan: Shasha & Angah
Hadiah: Cik Uly & Nana
Documentation: Abg Shaman & Abg Shah
BBQ: Emi & Alan
Kesihatan: Cik Nah & Nana
Bina Ihsan: Yo & Nuyu
Dewan: Fatin, Sabrina, Kak Farah, Kak Dina
Pengangkutan: Aju
Keselamatan: Okie, Adam & Alan
QM: Emi & Alan
016: Adam

Untuk maklumat Hari Keluarga 2010 selanjutnya, akan Kawe siarkan dari semasa ke semasa. Teruskan berkunjung ke blog MCC! :)

Kawe@MCC