Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, December 29, 2011

Majlis Silatulrahim di Rumah Ayah Lah (Tok Ayah Lah)


Tempat/Alamat : No 14 Jalan 33, (kg) Selayang Baru, Gombak, Selangor (Rumah Ayah Lah, Tok Ayah Lah, Abdullah@Ubaidilah bin Che Tengah.
Tarikh : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Jam : 1-4 petang

Butiran :
Dengan hormatnya di jemput anak beranak ke rumah saya (Ayah Lah, Tok Ayah Lah) di No 14 Jalan 33 (Kg) Selayang Baru, Selangor (GPS coordinates N 3.2501175, E 101.6638139) pada hari Sabtu 31hb Disember 2011 jam 1 - 4 petang, majlis eratkan silatulrahim.

Untuk tujuan mengira jumlah untuk katering (sajian) sukacita sekiranya dapat "RSVP" beri jawapan sebelum atau pada 30hb/12 berapa orang dari keluarga tuan yang akan hadir.

Tel : 019-9800996, email : abdulct@gmail.com.

Kawe@MCC

Wednesday, December 21, 2011

Get Well Soon, Opah!


Foto kiriman : Nana

Kawe baru jah telefon Mamalong tadi, katanya Opah telah selamat menjalani pembedahan katarak (mata) di USM, Kubang Kerian dan berada dalam keadaan stabil buat masa ni. Sama-sama lah kita doakan semoga Opah segera sembuh ya!

p/s : Kalau ada masa terluang tu, baliklah ke kampung jenguk-jenguk keluarga kat sana sementara semuanya masih sihat ni. Kawe kelik 27hb-31hb, ada sapa-sapa nak ikut?

Kawe@MCC

Friday, December 09, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan/Malam Pernikahan Nuyu (Nurul)

















Perkara : Sekitar Majlis Perkahwinan Nuyu (Nurul)
Tarikh : 4 Jun 2011
Tempat : Tanah Merah, Kelantan

Maaf ya atas kelewatan- sebenarnya gambar-gambar ni semua dah pun Kawe masukkan di Facebook (FB). Atas permintaan, Kawe masukkan sekali lagi untuk tatapan semua warga blog pula ya.

Kepada Nuyu & Faisal, tahniah sekali lagi MCC ucapkan. Semoga ikatan yang terjalin kekal bahagia ke anak cucu hendaknya. Mudah-mudahan... Amin. :)

Wednesday, December 07, 2011

Sekitar Majlis Perkahwinan Kak Long Norhikmah (Noyie)














Perkara : Sekitar Majlis Perkahwinan Kak Long Norhikmah (Noyie)
Tarikh : 22 November 2011
Tempat : Tanah Merah, Kelantan

Tahniah diucapkan!

Monday, December 05, 2011

PERHATIAN : Mesyuarat Rasmi Hari Keluarga MEMBUNGA CLAN CLUB 2012

Salam semua,

Dijemput hadir ke Mesyuarat Rasmi Hari Keluarga MEMBUNGA CLAN CLUB 2012 sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : Ahad, 18 Disember 2011
Jam : 12.30 t/hari
Tempat : Kajang (Rumah FADZLI+MARIA)
Menu : Nasi dagang+Potluck (ikan kicap wajib yer...)

Maklumat lanjut sila berhubung dengan MODERATOR atau Sue Dah/Fadzli Failul Rahman. Terima kasih. (:

p/s : Sila hadirkan diri jika tak nak rugi tak dapat makan nasi dagang....

Tuesday, October 25, 2011

Sue@London II





"sue ok disini...makin hari makin sejuk.....syoknya wat makan-makan....sue rindu kat sana...rasa macam lama sangat kat sangat...setakat ni maggi tak abih lagi sebab ada kawan tu bagi nasi,anta mee....ini sue anta sket lagi gambar..kat harrods,buckingham..." - Sue Dah

Thursday, October 20, 2011

Catatan Sue Dari Kota London


18 Okt 2011

6.10 pm

Oleh : Sue Dah (yang kini berada di London selama 2 minggu)

Telah 3 hari berlalu sue di kota London. Inilah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT kepada hambaNYA yang diduga. Bersyukur ke hadhrat Allah SWT. Tidak pernah bermimpi untuk sampai ke sini...apatah lagi untuk bercita-cita dengan kekurangan sue ini... tapi Allah tahu apa yang ada dalam hati setiap hambaNYA...hehehe...ke Korea ada la teringin selain untuk ke Mekah...walau baru 3 hari hati sue terlalu rindu pada semua.......doakan agar kita dapat bertemu kembali...


...dengan dihantar oleh kesayangan sue semua....setiba di KLIA terpandang lambang “business class” ..bangga pun ada ..kagum pun ada...dapat juga sue merasa fly dengan biz class...dulu dengar uni jer naik biz class........naik kapalterbang apa lagi macam jakun la..tapi sedar diri memang jakun pun....cuba explore semua yang ada....yang paling nak tergelak..picit punya picit button yang ada di kerusi..terpicit button untuk panggil pramugari...hehehe mana sue tahu...tetiba “yesss madam...can i help u...”..terkejut beruk bila pulak minah ni aku panggil...tidak henti disitu...masuk tandas..picit lagi button ..hahaha terpicit button yang sama...”kok..kok...kok”..pintu tandas aku diketuk...oh..no..no..no...sue sahut....fuhhhh layanannya best sungguh bermula dari daftar masuk lagi....

Tepat jam 5.10 am waktu London,lebih kuran pukul 12 tgh waktu Malaysia...pada 16 Okt 2011 dalam kabus dan sejuk dengan limpahan lampu-lampu di jalan bagaikan rantai yang berkilau kilau MH0002 “touch down” di terminal 4 Heathrow, London.....Ya Allah benarkah ini nikmat dan rahmatMU buat ku...ambil bagasi terus cari tempat solat untuk solat subuh...ambil teksi terus ke Sutton...kesana ambil masa lebih kurang 1 jam..dengan tambang 100 pound..mak aaiihh bila convert jadilah lebih kurang RM500 hengget.....menginap di Holiday Inn dengan bilik twin sharing ...Holiday Inn di sini tak lah sehebat mana pun...biasa jer...

..masuk bilik berehat jap...terus turun hotel nak cari tempat kursus katanya 2 minit jalan kaki...sebelum jumpa, jalan-jalan dulu...bergambar bawah pokok maple....wahh pokok maple gitu....cari punya cari nampak lah Crown Agent di St Nicholas Road.

...breakfast di coffee house holiday inn...jumpa org melayu Singapore kerja di situ....baik sungguh macam adik beradik...hari pertama dah bawak jalan...sampai dia bawa kami ke kebun dia,...Alhamdulillah... Allah telah memudahkan kehidupan kami di sini..Ini satu lagi anugerah dariNYA..

..esok pagi pergi kelas...wahh berdebar jugak sebab lepas ni totally kelas kot omputeh...tapi tak pa...bukan tak pandai...hehehe pandai...daftar diri kemudian naik ke kelas...ok la..kelas tu..sorang demi sorang deligate masuk ke kelas...sue deligate ke 13...eehhh ini negeri omputeh ke Zimbabwe atau pun seangkatan dengan nya...rupanya hanya sue dan kawan org Malaysia..sorang dari france dan sorang dari jepun ..yg lelain...zimbawe, Nigeria, Cameroon dan Uganda....lebih kurang 30 org deligate berkursus....Apa lagi mendung la kelas....tengok la gambar...

Kelas bermula dengan introduction daripada manager kursus... icebreaking.... kelas tough giler.........

Terima kasih yang tidak terhingga buat seluruh keluarga sue yang tersayang atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan....tiada apa yang dapat sue katakan melainkan memanjat kesyukuran pada Allah kerana telah menganugerahkan sue keluarga yang terbaik, baik di masa susah dan senang..sentiasa ada memberi sokongan.....

Sekian salam sayang dari sue

Monday, September 05, 2011

MCC Berhari Raya

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]

[klik untuk paparan mej yang lebih besar]
 

Kawe@MCC