Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, May 26, 2011

PERHATIAN : Update Tentang Hari Pernikahan Nuyu Di Tanah Merah

Kad Undangan


Perhatian kepada semua ahli Membunga, INI ADALAH UPDATE TERKINI tentang AJK dan perjalanan majlis Perkahwinan Nuyu. Harap maklum.

Atur acara :-

Jumaat, 3 Jun 2011
Majlis Tahlil (selepas solat Jumaat)

Malam - Akad nikah
Tempat : Masjid

Sabtu, 4 Jun 2011
Kenduri

AJK :-

Ketua Penyelaras : Ayah Teh
Pengapit Pengantin - Fifi
Ketua AJK Bilik Pengantin : Sue Dah
Ketua Meja Makan Pengantin : Mama Long
Ketua "Siso" : Cik Nah Baba Chik
Jurufoto : Aju *kepada yang ada kamera sendiri, dialu-alukan untuk membawa ya!
Hantaran : Cik Wae
Khemah : Ayah Sae
Tempahan Makanan: Cik Nah Ayah Kie
Ketua "Jong Kako" : Pakcik Yie
Audio : Tokkdy
Video : Zafir
Ketua Sambut "Pa" : Kak Long Norhikmah
Ketua Pengemasan : Emae
Kebersihan : Iwan
Penyambut Tetamu - Cu Ba/Ayah Kie
Baju staff/AJK - Shah
Parking : Uncle Jan (Mahzan)
Ketua Kanak-Kanak : Adlan & Irin
Bendahari : Tok Ayoh Su (sesiapa yang guna duit sendiri dulu untuk beli apa-apa barang, boleh 'claim' dengan Tok Ayoh Su)
Teh & Cik Uly : Serba-serbi :-)

*untuk AJK kecil diminta ketua cari sendiri.

Untuk makluman, tak kira la ada nama ke takde, semua datang la tolong apa-apa yang boleh. Diharapkan semua berjalan lancar. Segala pertolongan hanya Allah yang bisa membalasnya. Terima kasih semua - ikhas dari Teh & keluarga

Monday, May 16, 2011

Tahniah! Konvo Day Yoe & Shasha

Tahniah! Tahniah! Buat kedua-dua mereka. CEMERLANG dalam bidang masing-masing, Sabtu lalu menyaksikan dua lagi anak MCC melepasi gerbang baru dalam kehidupan mereka. Tahniah kepada Wan Ahmad Shazrul B. Wan Abdul Rahim (Yoe) dan Khalisha Bt. Kamaruddin (Shasha) di atas Majlis Konvokesyen ke-74 UiTM Shah Alam yang berlangsung di dewan baru, Dewan Agong Tuanku Cancelor. Diwakili oleh ahli keluarga, tampak kegembiraan di wajah ibu dan bapa masing-masing. 

 Di sini Kawe mewakili kedua-duanya, memuat naik gambar-gambar- berkongsi momen berkenaan pada yang tidak berkesempatan untuk hadir. Sekali lagi dari MCC, tahniah Yoe & Shasha!!








Sunday, May 01, 2011

"Gathering" MCC Tanah Merah@Payung & Jemputan Wedding Nuyu


Gambar ini dipetik dari album Facebook Nana. Timo kasih ya Nana for sharing!

Entah kenapa Kawe rasa terharu sangat bila tengok pic nih. See... bukan MCC di KL sahaja boleh buat gathering makan-makan kat luar macam ni, geng di TM pun boleh. Camnilah baru semangat MCC sejati. :-)

Geng kat KL, bila lagi kito nak wat gathering? Bulih discuss pasal nak kelik wedding Nuyu sekali. Err Kawe dan Mimie dah empah tiket flight (MAS-2/6 pagi).

Berikut dilampirkan jemputan Nuyu/Teh buat semua warga MCC. Harap2 ramailah yg balik nanti bagi memeriahkan majlis ini nanti ya.

Salam....

Butir majlis :

Tarikh : 4 Jun 2011 (Sabtu)
Waktu : 12:00pm - 7:00pm
Tempat : Lot 3558 Jalan Mahsuri, 17500 Tanah Merah Kelantan.

Pesanan Nuyu....

Assalamualaikum semua warga MCC. Dgn rasa penuh takzim Nuyu mengharapkan warga MCC dapat pulang ke kg sama2 meriahkan walimah Nuyu bln Jun ini. Moga Allah permudahkan kalian semua dpt hadir & kukuhkan ikatan hubungan keluarga MCC. Syukran Jazilan.

Kawe@MCC