Apa khabar semua? Kawe harapkan semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat hendaknya. Macam mana? Masih demam Hari Keluarga lagi?
Kawe minta maaf di atas kelewatan penyiaran gambar-gambar sekitar Hari Keluarga yang baru lalu di blog. InsyaAllah gambar-gambar dalam proses untuk dimuat naik di sini. Harap bersabar ya. Berkemungkinan kita akan mengeluarkan koleksi gambar-gambar dalam bentuk buku skrap/portfolio untuk dijual kepada semua ahli MCC yang berminat sebagai tanda kenang-kenangan. Idea yang diilhamkan oleh Kak Teh ni Kawe rasa boleh dilakukan setiap tahun sebagai simpanan/koleksi berharga.
Beberapa hari lepas Kawe ada forward e-mail seseorang kepada beberapa orang ahli MCC. Si empunya e-mail minta Kawe rahsiakan identiti beliau. Kawe hormat, tapi Kawe kena juga kongsi dengan beberapa ahli terdekat. Hasil dari e-mail beliau itu, Kawe telah menerima beberapa respon positif dari beberapa orang ahli MCC. Nyata e-mail dari seseorang tu telah sedikit-sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua khususnya.
Kawe tak nak berceloteh panjang kat sini, berikut Kawe paparkan email terbaru dari Aju yang berupakan cadangan-cadangan bagi memantapkan lagi MCC.
Diharapkan akan ada perlaksanaan dari beberapa cadangan yang telah dikemukakan.
Kepada Aju, terima kasih kerana telah berkongsi cadangan beliau ini.
Kepada seseorang itu juga, Kawe ucapkan tahniah dan syabas kerana meskipun beliau sudah tidak bersama MCC lagi, namun beliau masih sudi meluangkan masa untuk 'bersama-sama' kita. Kita sebenarnya ketandusan idea dan perlaksanaan orang-orang seperti beliau di dalam MCC.
Syabas dan tahniah!
Kawe@MCC
Moderator
Assalamualaikum,
First Aju nk mintak maaf sebab selama ni aju x bg komitment penuh kepada organisasi Family Day dan masa event Fam Day juga ada few times aju x dpt hadir sepenuh masa. Rasa bersalah sgt. InsyaAllah untuk Fam Day seterusnya Aju akan bg full komitment sbb ini yg baba nak dr semua ahli.
Aju ada beberapa perkara nk highlight pagi ni. Just nak share dengan membunga clan yang lain.
1) MCC FD menyeluruh dan TARIKH
Sempena Fam Day ke-10 (genap 10 Tahun), Aju ada bg cadangan kepada Shah dan Abg.Pali supaya yang ke-10 kali ini dibuat secara lebih menyeluruh. Maksud menyeluruh kali ni ialah pengumpulan ahli Keluarga MCC sepenuhnya, termasuk yang berada di Batu Melintang dan sebagainya. Memandangkan cuti raya Cina jatuh pada 11 dan 12 Fe 2013 (Isnin dan Selasa), kita ada 8 bulan sebagai kumpulan gerak kerja untuk pastikan MCC Fam Day 2013 berjaya mengumpul kesemua ahli. Untuk hasil pengumpulan ni, database fam day kene betul-betul lengkap dan agihan kerja mengumpul nanti kita aturkan.
2) TARIK MINAT :
Untuk menarik kembali minat MCC yang lain, kita kena hasilkan output yang marketable. Marketable kat sini ialah hasil bukti kejayaan FD yang sebelumnya. (1-9). Output cadangan disini ialah
a - Album hardcover mcm kahwin punya atau mcm magazine yg nipis . Aju boleh design dan akan siapkan template supaya org dpt tempah sebagainya. Kita boleh share album ni dengan sesiapa yang kita mahu.
b - Video output sebagai tarikan kepada family yang lain. Yang ni Shahril memang expert untuk hasilkan yang sangat menyentuh hati Video ni kita boleh share dengan meluas di facebook, Youtube dan Vimeo sebagai tarikan secara online sbb ramai dan pakai smartphone, dah boleh cari kat youtube. Ntah2 Naim pon boleh selalu klik dan tgk kt Ipad. hehe
c - Untuk ahli MCC yg jarang sangat join atau tak pernah dtg lg, kita boleh hadiahkan album MCC FD. Aju boleh design yang kecil sikit dan simple. Kita hadiahkan sebagai tarikan kpd mereka ini utk turut serta MCC FD 2013, dengan harapan InsyaAllah tahun 2013 nnt makin meriah.
3) FUNDING :
Aju ada ckp dengan Mamalong supaya kita dptkan sponsor dari pihak tertentu dan dlm kepala aju masa tu teringat YB Ashaari. Mamalong close dengan dia dan boleh kut dptkan sedikit sponsor. Sponsor juga boleh dtg dari company2 yang lain, contohnya Maybank Ayah Ki, Kedai Runcit kat Tanah Merah atau mana2 individu mcm Ayah Teh dan lain2 yang kita boleh cari. Untuk dptkan sponsor, kita kene buat beberapa perkara.
a - Pendaftaran MCC sebagai satu badan organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kelab rekreasi
b - Proposal sebagai dokumen rasmi untuk mohon sponsor. Kita boleh masukkan details penubuhan MCC FD, founder, Presiden, jumlah ahli, akaun semasa, gamba-gambar setiap tahun. dan seterusnya
c - Dengan dokumen rasmi mcm ni, kita boleh keluarkan resit atau surat penghargaan kepada si sponsor dan mereka dpt gunakan ini sebagai bukti derma utk claim tax nanti tahun berikutnya. Kita sebagai individu pon boleh cuma calculation kiraan pengurangan tax tu aju tatau la..kene tana akauntan bertauliah Kak Long n Abg Shaman.
4) MEDIA COVERAGE :
Aju ada ckp dengan Shahril yang kita boleh jemput media untuk cover event FD 2013 nnt sebagai hebahan media kpd public. Tp ini kene dpt persetujuan ahli MCC takut2 ada yang x setuju untuk dptkan hebahan media. Kita juga boleh dptkan media untuk masukkan cerita-cerita MCC FD yang 1- 9 sebagai tarikan kpd fam yang lain untuk turut serta nnt.
5) LOKASI
Lokasi sebenarnya memainkan peranan penting untuk pengumpulan ahli-ahli yang lain. Kalau kita berjaya dptkan confirmation kehadiran ahli MCC untuk FD 2013, kita analisa jumlah ahli dan mula survey lokasi yang lebih sesuai dengan jumlah ahli. Melawi mmg sesuai dengan jumlah yg ada sekarang tapi tak pasti kalau jumlah yang dtg besar, Melawi mampu tampung atau tak. Camp site juga properly setup. mana tempat khemah, mana tpt makan, mana tpt bersuka ria dan sebagainya.
Secara jujurnya, Uncle Man adalah org yg terbaik sebagai organizer. Pengalaman dia sgt luas dan idea dia sgt byk. Aju banyak ikut aktiviti luar dan hasil tangan anjuran yg Uncle Man menyamai aktiviti-aktiviti anjuran profesional yg lain.
Regards,
Aju