Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, May 25, 2006

Cabaran Akademi Al-Quran Bermula

*petikan utusan malaysia, 25 mei 2006
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

PENGACARA Akademi al-Quran, Nazrey (kiri) dan Farrah Deeba.

PROGRAM realiti Akademi al-Quran (AQ) sudah menemui penonton di TV9 sejak 29 April lalu. Bertemakan Ke Arah Melahirkan Generasi al-Quran pada episod sebelum ini, penonton hanya berpeluang melihat kisah duka uji bakat yang berlangsung hampir sebulan iaitu bermula 6 Februari hingga 1 Mac lalu.

Tapi malam ini, debaran AQ sudah mula dirasakan apabila cabaran pertandingan dimulakan oleh 12 finalisnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, 12 peserta yang layak ke peringkat akhir program realiti itu dipilih daripada 87 peserta di peringkat saringan.

Kata Bukhari, lebih daripada 1,000 peserta hadir pada uji bakat secara terbuka di empat zon terpilih yang melibatkan 12 negeri.

“Proses pemilihan telah dijalankan dengan penuh teliti yang merangkumi aspek pembacaan dan perwatakan seseorang Qari atau Qariah.

“Ini kerana kami ingin memastikan pemilihan juara AQ adalah seorang yang mempunyai kredibiliti serta berakhlak mulia,” jelas Bukhari.

Bukhari ditemui pada sidang media mengumumkan 12 finalis AQ di Sri Pentas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Bukhari, program AQ akan menggunakan sistem pengadilan sepenuhnya oleh juri profesional dan tidak melibatkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, juara AQ akan membawa pulang wang tunai RM30,000 manakala tempat kedua RM20,000 dan RM10,000 untuk tempat ketiga.

Program realiti yang dijangka mencetuskan fenomena baru itu akan dihoskan oleh Farrah Deeba dan bekas vokalis utama kumpulan Raihan, Nazrey.

* Setiap minggu empat peserta (termasuk lelaki dan perempuan) akan mempersembahkan bacaan al-Quran. Seorang peserta akan disingkirkan pada penghujung episod.

* Tapi mungkin juga akan ada kejutan di mana penyingkiran mungkin akan melibatkan dua peserta sekali gus berdasarkan tahap bacaan mereka.

* Setiap peserta akan mempersembahkan bacaan al-Quran selama tujuh minit.

* Pemarkahan sebanyak 40 peratus diambil kira dari segi tajwid, 30 peratus fasahah dan qiraat sementara suara dan lagu (30 peratus).

*AQ akan mengetengahkan beberapa kaedah bacaan qiraat al-Quran termasuk bayati, nahwand, rast, hijaz, sikah dan soba.

*Hanya tiga peserta akan bertanding pada peringkat akhir yang akan disiarkan secara langsung selama satu jam setengah pada 27 Julai ini.

* Diari AQ mula dipertontonkan pada 20 Mei lalu setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat pukul 7.58 malam dan 9.58 malam selama dua minit.

* Manakala Diari AQ untuk hari Sabtu dan Ahad akan disiarkan pada pukul 7.58 malam dan 10.58 malam.

Thursday, May 18, 2006

Selamat Hari Jadi, Tok!


well, selamat pagi semua. tahu tak hari ni hari apa? (nabil sure tak tau nyer. huhuhuhu...) kalau ada yg tak tau hari ni hari apa, sila check kat bahagian harijadi@MCC kat bawah sana tu ya. well, ermm... it's our beloved nenek, Hjh. Che Halimah's Birthday! yg ke berapa? tujuh-puluh-lapan (78) ok, jgn tak caya...

bersempena dengan hari yg teramat istimewa ini, kawe dan warga MCC yg lain khususnya ingin melahirkan rasa syukur dan ucapan yg terima kasih yg tidak terhingga buat satu-satunya tunjang utama MCC ini kerana tiada beliau, tiadalah MCC hari ini.

buat Mok/Tok sekali lagi...

"Selamat Hari Jadi"

moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

p/s : angah, happy birthday to u too ya! (sama tarikh kan?)

fakta mok/tok :

nama penuh : hjh. che halimah bt. muhammad yusoff
t/lahir : 18 may 1928

"Teratak buruk menjadi saksi,
Kemesraan yang pernah terjalin,
Seumpama bebunga mekar di taman puspasari,
Masih tersingkap di ruang mata,
Masih tersemat di lubuk hati,
Wajah-wajah yang pernah ketawa dan merintih,
Seolah penawar duka di hati bonda,
Si ibu masih sendiri..."

ucapan2 ahli MCC :

"happy birthday mok and angah. angah dah makin tua bila nak kawin? hehehe..." - uncle man

"HAPPY BIRTHDAY TO ANGAH... hari ni ayahngah tak jerang air sebab tak sempat...petang nanti le..." - ayah ngah

"juga selamat hari lahir untuk bonda tok halimah semuga sihat sejahtera...sapa-sapa baca yg dok kat tok tolong bg tau yg sue wish hepi b.day pd dia..." - sue

"selmat hrjdi tok & angah lupa plk sama hr lahir..." - cik nah

"happpy burpday to tok halimah!!!! yang keberapa inih?" - angah

Sunday, May 14, 2006

Nabil@Langkawi


eh-eh, sorry for being away. lambat plak update pic2 terbaru kak long neh. baru ja habis bis exam semalam. now free la. cuti bout 2 weeks gitu. tapi cuti tak cuti gak, byk keje ngah tunggu tu. huhuhhu...

citer pasal trip kak long ni dia tak kasi so kawe show je la pic2 vacation depa ngan si bil bil ke langkawi last week (long, kalau nak masuk citer nanti send kat kawe ya!)

mama dan nabil... senyum ja dia. happy la tuh dpt main air!

hah, papa nabil pun tak mo kalah nak pose gak... huhuhuhu...

keluarga bahagia along & abg shaman... (nabil : bosannya ceq asyik posing bertiga jer, kalau ada 'gang' kan bestt... huhuhuhu...)

kawe : takpe, bil... tahun depan.. tahun depan...

Thursday, May 11, 2006

Lagi Gambar PD

ok semua... ini lagi some more gambar2 kat PD hari tuh belum sempat upload. kawe dapat dr hard drive abang shaman semalam. plus, ada jugak pic aju. nak tau mana satu?? check it outtt!! HEHEHE... (statement nie khas buat princess!)

anas dan konco-konconya... tak main la geng o16! huhuhu...

entah apa lah agaknya yg dijoke kan oleh sue tuh... uh, ya btway kalau nak tau yg kat hujung sekali tu la mama aju (cayalah mamalong!)

bergambar kenangan dengan bekas pengasas 016 (dari kiri : cik nah, anas, mama long & sue)

aik, orghe lain mato dok tengok barih... cik nah de lagi jeling kamero... huhuhuhu...

cik nah dan pose 'manja'nya. ala-ala anak dara you. makan hati tak?

gambar reramai before balik KL. bestnyer PD kan. cuba teka mana satu aju? huhuhu...

ops! sekadar gambar hiasan...

kawe@MCC

Wednesday, May 10, 2006

Surat Si Timah

maniac monday.

apa tu? khusus buat pelanggan hotlink, maxis telah melancarkan satu servis baru buat para pelanggannya. servis yg dinamakan 'maniac monday' ini membolehkan para pengguna 012/017 (yg guna lain2 servis tak perlu lah nak gatal tangan yer...) menghantar sms secara 'bundle' dengan jumlah nilai sms sebanyak 1000 kali!! percaya atau tidak, servis yg julung2 kali diperkenalkan ini dihadkan untuk tempoh dr awal pagi isnin (bermula 12 t/malam) hinggalah ke jam 11.59 malam hari yg sama. senang cakap, terhad untuk penggunaan sms pada hari isnin sahaja. bermakna - jumlah baki sms anda pada hari berkenaan akan luput secara automatik keesokkannya.

cara mendaftar?

mudah sahaja! 1st - tunggu hari isnin. then, awal2 pagi buta tuh anda key in jer kod nie ---> [*138*2#] dan reply [*] untuk mengaktif. hanya rm1 akan ditolak dr akaun anda. berbaloi bukan? so pakat2 la reramai pas neh kita 'aktifkan dirimu' untuk 'maniac monday' nih kay...

kayooo pak cik!! huhuhuhu...

*iklan : salah satu sms lawak yg kawe terima dr salah sorang member di hari 'maniac monday' yg ceria...

tajuk : timah ingin break dengan bf omputih melalui surat

hi,
my motive write dis letter to giv know u s'thing. I WANT TO CUT CONNECTION US. i saw u play wood 3 in front my eyes. so, i break connection to pull my body from dis luv. i have to think about dis very cook2. i know i clap 1 hand only. i don't trust u again!! U r really crocodile land! i don u want to play2 with my liver. i have been crying until no more eyer water. i don want banana to fruit 2 times... safe walk!

timah.

*mati la matiii reramai pakat dok 'mengkematukan' jari pas neh...

p/s : gambar 'kak dib' di atas adalah sekadar hiasan sahaja... huhuhuhu... (cari gambar si timah tak jumpa katanya)

kawe@MCC

Friday, May 05, 2006

Membungabeta : Wajah Baru MCC

Pasti ramai yg tertanya-tanya, apa itu membungabeta? Sebenarnya ia hanyalah istilah ringkas bagi menerangkan tentang laman atau blog MCC yg baru di masih di dalam proses/peringkat beta (pra-versi).

Layout untuk wajah baru blog MCC ini telah kawe usahakan selama lebih kurang seminggu. Masih mengekalkan beberapa ciri atau bahan kandungan asal, laman ini belum siap sepenuhnya (nama pun beta kan) dan anda warga MCC khususnya masih boleh memberikan komen, pendapat atau sebarang cadangan bagi memantapkan lagi blog baru ini. Sebagai contoh, anda boleh memberi idea dr segi warna layout, isi/kandungan blog, susun atur atau rekaletak. E-melkan sahaja komen2 korang seperti biasa kepada mail2mcc@yahoo.com.my. Insyallah, kawe akan cuba mempertimbangkannya okay.

Sidebar kiri : Gambar2 MCC dan aktiviti (MCC@Flickr!) dan AJK 2005

Laman Pautan : Hanya klik untuk terus link ke mana-mana laman web (anda boleh mencadangkan link2 laman untuk dimasukkan kelak)

Untuk melihat atau view sepenuhnya MCC blog versi beta ini, sila klik ke http://membungabeta.blogspot.com/

Walahhh!

kawe@MCC