*petikan utusan malaysia, 25 mei 2006
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
PROGRAM realiti Akademi al-Quran (AQ) sudah menemui penonton di TV9 sejak 29 April lalu. Bertemakan Ke Arah Melahirkan Generasi al-Quran pada episod sebelum ini, penonton hanya berpeluang melihat kisah duka uji bakat yang berlangsung hampir sebulan iaitu bermula 6 Februari hingga 1 Mac lalu.
Tapi malam ini, debaran AQ sudah mula dirasakan apabila cabaran pertandingan dimulakan oleh 12 finalisnya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda, 12 peserta yang layak ke peringkat akhir program realiti itu dipilih daripada 87 peserta di peringkat saringan.
Kata Bukhari, lebih daripada 1,000 peserta hadir pada uji bakat secara terbuka di empat zon terpilih yang melibatkan 12 negeri.
“Proses pemilihan telah dijalankan dengan penuh teliti yang merangkumi aspek pembacaan dan perwatakan seseorang Qari atau Qariah.
“Ini kerana kami ingin memastikan pemilihan juara AQ adalah seorang yang mempunyai kredibiliti serta berakhlak mulia,” jelas Bukhari.
Bukhari ditemui pada sidang media mengumumkan 12 finalis AQ di Sri Pentas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Bukhari, program AQ akan menggunakan sistem pengadilan sepenuhnya oleh juri profesional dan tidak melibatkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Sementara itu, juara AQ akan membawa pulang wang tunai RM30,000 manakala tempat kedua RM20,000 dan RM10,000 untuk tempat ketiga.
Program realiti yang dijangka mencetuskan fenomena baru itu akan dihoskan oleh Farrah Deeba dan bekas vokalis utama kumpulan Raihan, Nazrey.
* Setiap minggu empat peserta (termasuk lelaki dan perempuan) akan mempersembahkan bacaan al-Quran. Seorang peserta akan disingkirkan pada penghujung episod.
* Tapi mungkin juga akan ada kejutan di mana penyingkiran mungkin akan melibatkan dua peserta sekali gus berdasarkan tahap bacaan mereka.
* Setiap peserta akan mempersembahkan bacaan al-Quran selama tujuh minit.
* Pemarkahan sebanyak 40 peratus diambil kira dari segi tajwid, 30 peratus fasahah dan qiraat sementara suara dan lagu (30 peratus).
*AQ akan mengetengahkan beberapa kaedah bacaan qiraat al-Quran termasuk bayati, nahwand, rast, hijaz, sikah dan soba.
*Hanya tiga peserta akan bertanding pada peringkat akhir yang akan disiarkan secara langsung selama satu jam setengah pada 27 Julai ini.
* Diari AQ mula dipertontonkan pada 20 Mei lalu setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat pukul 7.58 malam dan 9.58 malam selama dua minit.
* Manakala Diari AQ untuk hari Sabtu dan Ahad akan disiarkan pada pukul 7.58 malam dan 10.58 malam.

0 comments:
Post a Comment