Thursday, June 28, 2007

Dari Dapur MCC : Rendang Wae Long

minggu lalu, kawe sempat meminta wae long berkongsi resepi rendang istimewa beliau sewaktu balik ke tanah merah. ye lah, kalau selama ni tau sedap makan je, dah nak pi jejauh ni nak juga belajar2 yer tak.

ok, khas bagi mengisi ruangan 'Dari Dapur MCC' buat pertama kali ini, jom kita sama-sama lihat bagaimana cara-cara untuk menyediakan masakan istimewa ini (yang menjadi hidangan wajib-habis-licin keluarga MCC tiap kali menjelang hari lebaran).


*berdasarkan penyediaan untuk sekilo daging - tips : gandakan bahan untuk setiap tambahan kilo daging :)

Bahan2 :-

1. 5 batang serai
2. cili boh
3. 7 ulas bawang putih
4. sebiji lengkuas (sebesar ibu jari)
5. sebiji halia (sebesar ibu jari)
6. kerisik
7. gula/manisan (1 keping)
8. asam jawa
9. 1/2 kilo santan

Cara2 membuat :-

1. campur dan kisarkan bahan2 seperti halia, serai, lengkuas dan bawang putih, dan asingkan.
2. panas dan tumiskan (sedikit) minyak.
3. masukkan cili boh (biarkan sedikit garing).
3. masukkan dan tumis bahan2 yang telah dikisar tadi - kacau hingga naik bau.
4. masukkan daging, kacau hingga sehingga air (hampir/sedikit) kering.

5. masukkan santan - kacau hingga kering (part ni bergantung pada kesukaan - kalau larat tunggu la sampai rendang kering, kalau tak basah/berkuah pun okay.)

tips tambahan : nanti make sure kena buang minyak lebihan santan kalau takut obess! hehehe...

peacee!! hah, dah siappp! mudah bukan? mati2 selama ni kawe ingatkan susah bebeno nak membuatnya, tapi bila tengok live buat pertama kali wae long buat ni, rasa cam senang pula. ni antara resepi yang mesti kawe bawak and wajib-try bila dah sampai germany nanti... hehehe...

buat wae long, tengkiuu bebanyak kerana sudi bersama MCC untuk ruangan 'Dari Dapur MCC' kali ini.

selamat mencuba!

p/s : takut2 tak dapat balik raya, rendang wae long dan biskut cik wae jadi pengganti...

Nota kaki - bagi sesiapa yang mempunyai lain-lain resepi untuk dikongsi bersama ahli MCC yang lain, boleh lah menghantar kepada mail2mcc@yahoo.com.my. terima kasih.

0 comments: