Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Wednesday, September 26, 2007

Jamu Mata : Aigner's Handbag

Gembira, teruja.


Hati berbaur. Tak sabar sebenarnya.

Tinggal beberapa hari lagi kawe akan kembali ke Malaysia. Selama beberapa bulan di sini, belum cukup sebenarnya untuk kawe simpulkan keseluruhan dan rentak hidup di negara orang.

Pepatah hujan batu di negara sendiri (mungkin) ada benarnya. Kawe akui. Di tempat sendiri, segala-galanya senang dan mudah didapati. Kita manja dan ralit dengan budaya dan keselesaan di tempat sendiri. Kawe pun tak terkecuali.

Sini apa ada, nak makan ikan kicap hari-hari pun payah. Sebagai contoh. Bukan merungut, sekadar berkongsi apa yang Kawe rasa. So far semua okay, German ok, orang pun bebaik.

Tapi kalau dah tekak dan lidah Melayu kan.

Kalau di Kuala Lumpur, terasa nak makan aje, terus call Sue Dah, ok set dan pandu aja ke Semenyih. Nikmat bukan?

Okay la, tak mahu cerita panjang, semalam kecoh dok cerita pasal handbag kan? To Along, Kawe dah pi survey few kedai kat serata kawasan Oldenburg nie, rata-rata beg Aigner sama harga. Rasanya boleh pengsan atau terduduk setengah jam kat luar kedai bila tengok price tag dia. Hahahaha!

*Jujur Kawe cakap, sebelum nie tak tahu pun nama or jenama beg-beg ni. Very the Cik Kiah sangat. Hahahaha!

Apa pun untuk tidak mengecewakan "hati dan perasaang" yang membuak-buak (ala mengidam katanya) so Kawe letakla jugak few pics yang sempat Kawe snap masa berkunjung ke salah sebuah kedai handbag (glamer ok kedai nie) di bandar pagi tadi.

Hah, amacam, puas hati? Or makan hati?? Opss!

Thanks to adik yang jaga kedai (lupa nama dia) sebab sudi pose-pose ala model untuk tayang beg-beg yang ada.

Jalan-jalan tu, sempat la jugak masuk Esprit dan Zara, kerling2 barang yang ada. Ikut harga kat sini murah lah, tapi yang tak bestnya bila convert duit Malaysia, sekali lagi (kali ni terbaring terussss) kat luar kedai. T-shirt selai dah 30EUR. Itu biasa (kalau kat sini). Tapi bila convert... huhuhuhu, tepuk dahi. :)

Apa pun sempat juga beli 'sedikit' cenderahati untuk Bil-Bil, Aisy dan Sarah. Hah, bebudak aje lah yer. Mak budak or abang budak-budak tahun depan pulak (insyaallah ada rezeki).

Maybe Kawe kasi duit raya aje lah tahun ni (untuk adik2 sepupu). Hari tuh ada buat projek untuk Bank Negara (Logo Universiti INCEIF) ngan sikit keje-keje freelance kat sini, dapatla cover kos sara hidup.

Maybe balik nanti kena beli kamera juga satu cam Aju and buat bussiness photography plak kat sini. Laku! Kui kui kui....

Okay la. Itu aje untuk kali ni. Dah jam 5 petang ni, nak siap-siap pi buka dan terawih kat Masjid Turki.

Salam dari Kawe kat sini. Insyallah dari Oldenburg, Kawe akan ke Bremen (airport terdekat) untuk ke Frankfurt Isnin ni, dan sampai Malaysia pada 2hb. Oktober.

Jumpa di Malaysia!

p/s : doakan selamat sampai dan selamat tiba... Amin!

Kawe@MCC
Oldenburg,
Germany

Thursday, September 20, 2007

Aisy datanggggggg.....

Hi.... apa khabar? cun tak saya?! Selamat berpuasa semua....

kawe@MCC - alahaiii.. windunya kat budak sorang ni... masa datang dulu kecik aje, ni dah pandai melaramm.... mesti dah tak kenal kawe dah ni... huhuhuu.........

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan Oh! Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

Ramadhan tiba lagi. Sedar tak sedar setahun berlalu. Dikesempatan ini kawe selaku moderator ingin mengucapkan Selamat Datang Ramadhan. syukur, syukur, syukur... dapat lagi kita merasa dan bernafas di bulan yang mulia ini sekali lagi. Di harapkan kita sama-sama beroleh keberkatan dan kebaikan di sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini.

Bermula Ramadhan ini juga kawe akan membuka kembali blog MCC ini sebagaimana sebelumnya. kawe faham ramai yang menghantar e-mail dan meminta kawe untuk berbuat demikian. jujurnya, kawe juga tak berniat nak susahkan anda semua, lebih-lebih lagi blog ini adalah hak keluarga, dibangunkan untuk kemudahan anda semua, berkongsi dan bertukar-tukar cerita.

pernah kawe merasa putus asa dan macam nak 'lepas tangan' sahaja. namun semangat Babalong (biarpun dia dah takde) seolah tidak merestui kawe untuk berbuat demikian. kawe sayang blog ini, segala-galanya tentang MCC tersemadi di sini.

suka duka, hari keluarga, kejayaan dan sebagainya-

namun adakalanya 'sesuatu yang bersifat terbuka' itu mungkin tidak disenangi dan bisa memberi impak negatif kepada kehidupan kita. kawe dah rasa semua ni. memang dari mata kasarnya, ah, ini hanyalah blog, sebuah medan maya yang tak memberikan apa-apa makna. sekadar berchatting, tulis-tulis pendapat- apa salahnya?

pandangan masing-masing la kan.

berat mata memandang tapi takpe lah, demi MCC dan kemudahan bersama, kawe sanggup menanggung risiko.

kawe harap sempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, minta dijauhkan segala sifat dengki dan dendam sesama kita bukan sahaja di kalangan ahli keluarga MCC sendiri, malahan umat Islam keseluruhannya. sama-samalah kita baiki kekurangan diri masing-masing. kawe sedar, sebagai manusia, kawe jga tak lari dari segala sifat-sifat lemah.

apa yang kawe dapat cakap, kita sama-sama "ukur baju di badan sendiri".

titik.

baiklah, sempena dengan kedatangan Ramadhan ini juga, kawe ingin menyelitkan beberapa posting berguna untuk anda, serta tak lupa Perutusan Presiden MCC iaitu Ayah Ngah yang kawe terima dar e-mail yang dihantar oleh Sue Dah.

buat sekalian MCC, Selamat Menyambut Ramadhan A-Mubarak!

Perutusan Dari Presiden MCC

"Ayahngah minta maaf banyak2 kepada semua ahli MCC kalau ada segala salah dan silap.Sama-samalah kita saling maaf memaaf antara satu sama lain agar ibadat puasa kita tahun ini lebih bermakna dan diterima Allah sepenuhnya....." - Ayah Ngah, Presiden MCC

dan ini pula dari Sue Dah...

Assalamualaikum,

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah penghulu segala Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah penghulu segala Rasul dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu Sue terlebih dahulu memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

ini pula pesanan dari Umi, dr e-mail yang di hantar melalui Sue...

Sesungguhnya dikatakan Allah itu meletakkan 5 perkara dalam 5 tempat:

1. Kemuliaan Dalam Ketaatan

2. Kehinaan Dalam Kemaksiatan

3. Kehebatan Dalam Qiamullai

4. Sifat Hikmah Dalam Perut Kosong

5. Kekenyangan Dalam Qanaah (berpada-pada)

Terima kasih semua...

salam dari kejauhan,
kawe@MCC
Germany