Hati berbaur. Tak sabar sebenarnya.
Tinggal beberapa hari lagi kawe akan kembali ke Malaysia. Selama beberapa bulan di sini, belum cukup sebenarnya untuk kawe simpulkan keseluruhan dan rentak hidup di negara orang.
Pepatah hujan batu di negara sendiri (mungkin) ada benarnya. Kawe akui. Di tempat sendiri, segala-galanya senang dan mudah didapati. Kita manja dan ralit dengan budaya dan keselesaan di tempat sendiri. Kawe pun tak terkecuali.
Sini apa ada, nak makan ikan kicap hari-hari pun payah. Sebagai contoh. Bukan merungut, sekadar berkongsi apa yang Kawe rasa. So far semua okay, German ok, orang pun bebaik.
Tapi kalau dah tekak dan lidah Melayu kan.
Kalau di Kuala Lumpur, terasa nak makan aje, terus call Sue Dah, ok set dan pandu aja ke Semenyih. Nikmat bukan?

*Jujur Kawe cakap, sebelum nie tak tahu pun nama or jenama beg-beg ni. Very the Cik Kiah sangat. Hahahaha!
Apa pun untuk tidak mengecewakan "hati dan perasaang" yang membuak-buak (ala mengidam katanya) so Kawe letakla jugak few pics yang sempat Kawe snap masa berkunjung ke salah sebuah kedai handbag (glamer ok kedai nie) di bandar pagi tadi.





Thanks to adik yang jaga kedai (lupa nama dia) sebab sudi pose-pose ala model untuk tayang beg-beg yang ada.

Apa pun sempat juga beli 'sedikit' cenderahati untuk Bil-Bil, Aisy dan Sarah. Hah, bebudak aje lah yer. Mak budak or abang budak-budak tahun depan pulak (insyaallah ada rezeki).
Maybe Kawe kasi duit raya aje lah tahun ni (untuk adik2 sepupu). Hari tuh ada buat projek untuk Bank Negara (Logo Universiti INCEIF) ngan sikit keje-keje freelance kat sini, dapatla cover kos sara hidup.
Maybe balik nanti kena beli kamera juga satu cam Aju and buat bussiness photography plak kat sini. Laku! Kui kui kui....
Okay la. Itu aje untuk kali ni. Dah jam 5 petang ni, nak siap-siap pi buka dan terawih kat Masjid Turki.
Salam dari Kawe kat sini. Insyallah dari Oldenburg, Kawe akan ke Bremen (airport terdekat) untuk ke Frankfurt Isnin ni, dan sampai Malaysia pada 2hb. Oktober.
Jumpa di Malaysia!
p/s : doakan selamat sampai dan selamat tiba... Amin!
Kawe@MCC
Oldenburg,
Germany
0 comments:
Post a Comment