Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Sunday, December 23, 2007

Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Fadzli (",)



maaf atas kelewatan. nie pic-pic kiriman ajue (http://wan-zul.fotopages.com). enjoy! buat fadzli dan maria, tahniah sekali lagi dari MCC... :)

Terkini : Jalan Gua Musang-Jeli pula ditutup

GUA MUSANG 22 Dis. - Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 45 dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, dekat sini, pagi ini.

Ia sekali gus menyebabkan hubungan jalan raya antara Kota Bharu dan Gua Musang terputus sama sekali.

Jalan berkenaan merupakan laluan alternatif sejak seminggu lalu bagi perjalanan ke Kota Bharu dan Gua Musang selepas jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditutup juga akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 65.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, buat masa ini belum dapat dipastikan bila laluan itu dapat dibuka semula memandangkan keadaan tanah runtuh itu agak serius.

Katanya, kejadian itu juga merupakan yang kedua berlaku di jalan alternatif itu dengan yang pertama di Kilometer M 36 dekat Kampung Kuala Lah menjelang Aidiladha lalu yang masih dibuka selorong.

"Tetapi kejadian pagi ini membuatkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup. Alternatif sekarang dari Gua Musang ke Kota Bharu dan sebaliknya ialah melalui Lojing dan ke Ipoh sebelum memasuki Jalan Raya Timur Barat atau melalui Pahang dan Terengganu," katanya.

Sementara itu, Ahmad Termizi meminta kerjasama orang ramai supaya mematuhi arahan penutupan jalan bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah selain merugikan masa perjalanan apabila terpaksa berpatah balik.

Beliau berkata, selain itu, pengangkutan kereta api adalah pilihan terbaik untuk ke Kota Bharu atau sebaliknya.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya ingin mendapat perkembangan terkini sebelum mereka memulakan perjalanan.

"Mengenai Jalan Gua Musang-Kuala Krai yang runtuh sejak lebih seminggu lalu juga masih belum dibuka kepada orang ramai dan kerja-kerja membina jalan lencongan masih dijalankan," katanya. - Utusan

Monday, December 10, 2007

Renungan : 12 barisan di Akhirat

Renungan Khas buat warga MCC yang tersayang,

Semoga kita tergolong di dalam barisan ke 12..... aminn.....

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masin dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

WASSALAM.
Salam Sayang dari Sue