Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, August 28, 2008

Kawe Dan Hospital

Seminggu Kawe tidak dapat mengemaskini apa-apa di sini, apatah lagi menjengah di ruangan cit-cat yang sepatutnya menjadi rutin yang Kawe buat hari-hari. Baca tagboard, kadang-kadang buat Kawe senyum dan gelak sendiri.

(Hai apa khabar Tokddy... lama baru nampak...)


Teringat kembali, Khamis lalu, Kawe hanya terlantar di rumah. Berkali-kali teman Kawe, si Lan menelefon dari ofis, bertanya, "mahu ke klinik?". Kawe bertegas, tidak perlu. Ah, cuma demam biasa. Jawab Kawe. Bukan degil, tapi itulah perangai Kawe dari dulu. Dasar ke klinik, diberinya ubat yang sama juga. Balik-balik panadol, ubat batuk. Paling lama pun, selepas dua hari, oklah Kawe.

Lalunya Kawe hanya baring di rumah. Badan makin panas. Capai gelas pun dah tak larat. Sekali lagi Lan menelefon. "Cepatt... I bawak you pegi klinik. Sepuluh minit lagi I sampai." Kali ini Kawe dah tak mampu nak cakap apa-apa. Iyakan sahaja.

Khamis, Jumaat, Sabtu- demam Kawe belum kebah nampaknya. Kawe tengok muka si Lan dah macam risau. Isnin nanti dia nak ke Kuala Lumpur.

Masuk ke hari Ahad, suhu badan Kawe masih tak turun-turun. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan dan perasaan Kawe. Teringatkan Papa, Okie... adik-adik... Mok...

11 malam.
Hospital.

Malam itu juga Kawe dimasukkan ke wad di hospital berhampiran. Pertama kali sebenarnya. Awal-awal tu takut juga. Dalam kepala macam-macam yang Kawe fikirkan. Mujur Lan dan kakak dia, Dr. Azmawati ada sanggup nak temankan Kawe. Dua-dua keje satu school ngan Kawe kat Jabatan Komunikasi di universiti, dan dua-dua pun baik.

Waktu ni, hanya satu yang Kawe fikir, Kawe nak sihat cepat. Terlalu banyak hidup Kawe tergendala sejak dari minggu lalu. Banyak yang perlu Kawe uruskan.

"Anggaplah sebagai ujian Tuhan...", berkali-kali Dr. Azmawati (Kawe panggil dia Kak Wati) memesan.

Malam pertama itu juga Kawe dimasukkan air (duh, sakitnya kena cucuk!) dan diberikan beberapa jenis ubat. Pertama kalinya sejak Rabu lepas Kawe bisa tidur nyenyak...

Awal pagi.

Kawe terjaga sebaik doktor dan beberapa orang jururawat mengelilingi.

"How are you feeling today?". Kawe angguk, agak tak bermaya. "Betterrr...". Itu sahaja yang mampu Kawe jawab. Doktor cuba menerangkan sedikit-sebanyak keadaan Kawe berdasarkan ujian darah malam tadi. Kepala Kawe masih terasa sakit sebenarnya, sukar nak terima input-input yang diberikan. Kawe serahkan kepada Kak Wati untuk mendengar memandangkan Lan dah ke KL untuk menghadiri seminar sampai Jumaat.

Apa yang Kawe tahu, Kawe disyaki terkena denggi namun ujian darah menunjukkan negatif. Platlet darah juga rendah, terlalu rendah. Itu yang membuatkan Kawe lemah, kata doktorlah.

"It's ok. I'll give you antibiotic so that badan you tak lemah. Plus, the water will support your body and give the energy. Don't worry." Lebih kurang itulah yang Kawe dengar.

"Tak nak call bagitau your family ke? Ayah you?". Kawe pandang Kak Wati. Baik sangat dia. Last-last, dia yang jadi tukang telefon dan jawab call semua. Memang prihatin. Kawe memang tak larat nak cakap and explain kat semua orang. Badan masih lemah. Kepala pun pening. Sesekali ada juga bercakap ngan Papa Kawe bagitau keadaan kat sini.

Apapun sekarang Kawe dah okay. Pada yang bertanya, telefon, terima kasih- Umi, Cik Nah, Cik Wae. Buat Lan dan Kak Wati juga, yang begitu perihatin dan susah-susah jaga dan uruskan Kawe kat sini... terima kasih tak terhingga buat kalian berdua.

Kawe
baru aje keluar hospital pagi Selasa lalu. Dah dua kali doktor buat ujian darah, dua-dua negatif. Maknanya, Kawe bebas denggilah. Cuma platlet darah ajelah rendah- kena banyak-banyak minum air 100 plus. Itu pesan doktor.

Buat orang Tanah Merah, 2hb ni, Insyaallah Kawe akan berada di sana tiga hari (kira balik kampunglah). Saja amik cuti. Dah book Firefly pun malam tadi. Tak sabar nak jumpa Papa, Umi dan adik Sarah ya... Mok, Cik Wae, Mama... Ayah Chik... Cik Ngah, Wae Long... Mama Long... Nanti kita buka ramai-ramai kay...

Kawe : Teringat nasi kerabu ngan nasi berlauk tetiba... heh heh...

Thursday, August 21, 2008

Cousin = Sepupu Atau Anak Sepupu?

Semalam terbaca tagboard di sebelah, masing-masing keliru bila Kawe sebut Nabil as my cousin. Hmmm... jenuh juga nak explain ya. Actually, ikut istilah- cousin je la... tapi bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu, panggilan tu dah jadi "anak sepupu" (kalau tak silap Kawe lah).

Apa pun semalam semasa dok google-google kat internet, Kawe terjumpa istilah paling tepat untuk "anak sepupu" ni (dalam Bahasa Inggeris). Harap Ayah Ngah atau Wae Long bisa perbetulkan ya kalau Kawe tersalah.


Kesimpulannya, sebagai contoh, Kak Ngah dan Along Ninie adalah "sepupu" atau "first cousin" kepada Kawe, manakala anak-anak mereka, iaitu Nabil dan Aisy pula adalah "first cousin once removed" Kawe.

Bagi yang tak faham sangat maksud istilah "once removed" ni, dia lebih kurang camnilah, setiap gap atau beza generasi, dengan kata lain dua orang (anggota keluarga) dari generasi yang berbeza (Kawe-Nabil).

Harap-harap takde kekeliruan lagi pas ni ya. Hehehe...

By the way, semalam dok cakap-cakap ngan Sue juga (sian rumah dia kena masuk anai-anai), tergerak nak belek-belek balik fail-fail lama di komputer. Kawe baru aje pindahkan semua folder ke pc (baru je beli) so masih belum susun betul-betul lagi.

Terjumpa balik sekepuk gambar-gambar Aisy kat dalam folder. Hmm... lama tak letak gambar budak kecik sorang ni (sorang lagi "first cousin once removed" Kawe).

Kawe pilih-pilih la sikit sebab banyak gambar yang tak clear. Harap Aju ke sapa pas ni, kalau ada gambar Aisy tu sila lah kirimkan kat Kawe or upload segera kat Flickr kay.

Untuk lihat gambar-gambar Aisy yang lain, sila klik di sini. (",)

Oklah. Dah lewat ni (hampir ke 1 pagi). Selamat malam semua. Jumpa di Kuala Lumpur awal Ramadhan nanti ya!

Kawe - Tunggu jemputan berbuka puasa ramai-ramai. Pasti meriah!

Monday, August 18, 2008

Happy "Third" Born-Day, Nabil!


Nabil a.k.a. Bil-Bil,

My cute-little-charming-"first cousin once removed", I wish you a very HAPPY "THIRD" BORN-DAY. May you grow up to be a wise, knowledgeable, happy, brilliant, kind-hearted, good-nurtured and wonderful successful person to all.

Blue skies and everything nice!!

Xoxo

Thursday, August 07, 2008

Nabil Yang Handsome!

Tadi google flickr Aju, ternampak pic si Bil-Bil nih... comel & handsome, macam ibu dah ayahnya! Saja nak berkongsi- untuk gambar-gambar lain, boleh lawat flickr Aju ya!

Url - http://www.flickr.com/photos/zoulle/

*Kredit to Aju

Wednesday, August 06, 2008

Paku dan Dosaku

*gambar adalah hiasan semata. Kredit buat Abang Shaman

Dari kiriman Ilah, deliburger84@yahoo.com

Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka. Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar di sekeliling mereka. Selagi aku juga manusia, maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.

Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi, itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas, aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini.

Jika ada sahaja cuti, aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah…. sekurang-kurangnya, aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan macam-macam lagi…

Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.

Manusia itu, sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku.. Aku tidak pernah menghitung, berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah, aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.

Suatu pagi yang hening, aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah.

Tiba-tiba, aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.

"Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??". Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.

"Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul, engkau lihatlah dinding ini?"

Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka.

Sejak hari itu, aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar, dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.

Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana, kini paku-paku itu telah hilang.

Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.

"Adakah ini bermakna, maka dosa-dosaku padamu telah terhapus, wahai ayahku?

Ayahku cuma menjawab, "anakku, kau lihatlah dinding ini, walaupun paku-paku ini telah hilang, adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang, dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engkau mempu mencabut paku itu, tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?"

Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu.

Ayahku telah mengajar aku bahawa, kesilapan itu, bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar, Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu, sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.

Kadangkala, kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan, dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya, sering kita lupa, benarkan hanya dengan "maafkan saya" atau "I am sorry" dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka.

Sebenaranya, ucapan itu adalah untuk diri sendiri, bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf. Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?

Kesimpulannya, minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata.

Tapi, andai telah terlanjur, mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan.. Bagi insan yang menjadi mangsa, janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan.