Seminggu Kawe tidak dapat mengemaskini apa-apa di sini, apatah lagi menjengah di ruangan cit-cat yang sepatutnya menjadi rutin yang Kawe buat hari-hari. Baca tagboard, kadang-kadang buat Kawe senyum dan gelak sendiri.
(Hai apa khabar Tokddy... lama baru nampak...)
Teringat kembali, Khamis lalu, Kawe hanya terlantar di rumah. Berkali-kali teman Kawe, si Lan menelefon dari ofis, bertanya, "mahu ke klinik?". Kawe bertegas, tidak perlu. Ah, cuma demam biasa. Jawab Kawe. Bukan degil, tapi itulah perangai Kawe dari dulu. Dasar ke klinik, diberinya ubat yang sama juga. Balik-balik panadol, ubat batuk. Paling lama pun, selepas dua hari, oklah Kawe.
Lalunya Kawe hanya baring di rumah. Badan makin panas. Capai gelas pun dah tak larat. Sekali lagi Lan menelefon. "Cepatt... I bawak you pegi klinik. Sepuluh minit lagi I sampai." Kali ini Kawe dah tak mampu nak cakap apa-apa. Iyakan sahaja.
Khamis, Jumaat, Sabtu- demam Kawe belum kebah nampaknya. Kawe tengok muka si Lan dah macam risau. Isnin nanti dia nak ke Kuala Lumpur.
Masuk ke hari Ahad, suhu badan Kawe masih tak turun-turun. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan dan perasaan Kawe. Teringatkan Papa, Okie... adik-adik... Mok...
11 malam.
Hospital.
Malam itu juga Kawe dimasukkan ke wad di hospital berhampiran. Pertama kali sebenarnya. Awal-awal tu takut juga. Dalam kepala macam-macam yang Kawe fikirkan. Mujur Lan dan kakak dia, Dr. Azmawati ada sanggup nak temankan Kawe. Dua-dua keje satu school ngan Kawe kat Jabatan Komunikasi di universiti, dan dua-dua pun baik.
Waktu ni, hanya satu yang Kawe fikir, Kawe nak sihat cepat. Terlalu banyak hidup Kawe tergendala sejak dari minggu lalu. Banyak yang perlu Kawe uruskan.
"Anggaplah sebagai ujian Tuhan...", berkali-kali Dr. Azmawati (Kawe panggil dia Kak Wati) memesan.
Malam pertama itu juga Kawe dimasukkan air (duh, sakitnya kena cucuk!) dan diberikan beberapa jenis ubat. Pertama kalinya sejak Rabu lepas Kawe bisa tidur nyenyak...
Awal pagi.
Kawe terjaga sebaik doktor dan beberapa orang jururawat mengelilingi.
"How are you feeling today?". Kawe angguk, agak tak bermaya. "Betterrr...". Itu sahaja yang mampu Kawe jawab. Doktor cuba menerangkan sedikit-sebanyak keadaan Kawe berdasarkan ujian darah malam tadi. Kepala Kawe masih terasa sakit sebenarnya, sukar nak terima input-input yang diberikan. Kawe serahkan kepada Kak Wati untuk mendengar memandangkan Lan dah ke KL untuk menghadiri seminar sampai Jumaat.
Apa yang Kawe tahu, Kawe disyaki terkena denggi namun ujian darah menunjukkan negatif. Platlet darah juga rendah, terlalu rendah. Itu yang membuatkan Kawe lemah, kata doktorlah.
"It's ok. I'll give you antibiotic so that badan you tak lemah. Plus, the water will support your body and give the energy. Don't worry." Lebih kurang itulah yang Kawe dengar.
"Tak nak call bagitau your family ke? Ayah you?". Kawe pandang Kak Wati. Baik sangat dia. Last-last, dia yang jadi tukang telefon dan jawab call semua. Memang prihatin. Kawe memang tak larat nak cakap and explain kat semua orang. Badan masih lemah. Kepala pun pening. Sesekali ada juga bercakap ngan Papa Kawe bagitau keadaan kat sini.
Apapun sekarang Kawe dah okay. Pada yang bertanya, telefon, terima kasih- Umi, Cik Nah, Cik Wae. Buat Lan dan Kak Wati juga, yang begitu perihatin dan susah-susah jaga dan uruskan Kawe kat sini... terima kasih tak terhingga buat kalian berdua.
Kawe baru aje keluar hospital pagi Selasa lalu. Dah dua kali doktor buat ujian darah, dua-dua negatif. Maknanya, Kawe bebas denggilah. Cuma platlet darah ajelah rendah- kena banyak-banyak minum air 100 plus. Itu pesan doktor.
Buat orang Tanah Merah, 2hb ni, Insyaallah Kawe akan berada di sana tiga hari (kira balik kampunglah). Saja amik cuti. Dah book Firefly pun malam tadi. Tak sabar nak jumpa Papa, Umi dan adik Sarah ya... Mok, Cik Wae, Mama... Ayah Chik... Cik Ngah, Wae Long... Mama Long... Nanti kita buka ramai-ramai kay...
Kawe : Teringat nasi kerabu ngan nasi berlauk tetiba... heh heh...
0 comments:
Post a Comment