Wednesday, December 10, 2008

Snappy-Snappy With Aju@Tanah Merah

*Wallpaper eksklusif Ayah Chik (versi foto lama) - Klik gambar untuk save

Salam MCC! Apa kahabar semua? Masih dalam mood bercuti lagi ya? Kawe baru je tiba ni dari Kota Bharu. Buka je laptop terus tak sabar-sabar nak update blog. Dah berapa hari tak dapat nak surf internet kat Tanah Merah gara-gara takde 3G.

Apapun sepanjang hampir seminggu di Kelantan, Raya Haji dan balik kampung kali ni adalah yang paling seronok. Selain dari dapat bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarga, pengalaman pertama kali snappy-snappy (berfoto) menggunakan SLR dan merakam detik-detik bersama sanak-saudara adalah sesuatu yang paling tak dapat Kawe lupakan.

Terima kasih buat sepupu Kawe, Aju, merangkap "sifu" kerana telah susah-payah mengajar Kawe teknik-teknik dan cara yang betul untuk berfoto. Jenuh juga Kawe cuba menguasai beberapa teknik asas fotografi (mana yang sempat).

Alhamdulillah dengan bantuan Aju, nampak cam ada la jugak kemajuan sikit. Habis semua benda dan orang sekeliling jadi sasaran Kawe. Hehehe. Terima kasih kepada "model-model terjun" di atas sikap sporting anda semua ya. Tak sia-sia hampir empat jam Aju mengajar Kawe.

Dan, istimewa untuk tatapan semua, terutama MCC yang tak balik beraya tahun ni, Kawe kongsikan dengan anda gambar-gambar eksklusif di Tanah Merah minggu lalu berserta tanda "copyright" yang baru.

Untuk permulaan, Kawe letakkan dulu beberapa foto menarik sekitar sehari sebelum Raya Haji.

Oh, jangan lupa juga "download" dan "save" wallpaper eksklusif Ayah Chik berbasikal (versi foto lama) di atas.

Mudah- hanya klik, save dan setkan sebagai desktop wallpaper!

Jumpa lagi!

Adik Kawe, Sarah- nak ganti Nabil ke pulak pantang nampak kamera terus senyum... comel!!

Cik Wae dengan kek-kek tempahannya- Hah, sesapa nak order, cecepat contact Cik Wae ya...

Foto melompat Alan & Angah- dah berapa kali lompat baru jadi, ni pun nampak cam Angah ala-ala tengah menari... memang fun habiss... :)

'Sifu' Kawe, Aju dengan gaya ala-ala meneropong jauh ke Ukraine.. ops!

Ayah Abe- antara pelapis generasi baru MCC. Cool & ceria!

Abang Astro... err, dapat signalnya, bang?

Alan yang rajin dan Imi yang slamber...

Ni sorang lagi puteri cilik MCC. Aisy Thaqifah- mudah buat orang ketawa dengan gelagatnya...

Uncle Yie & Ayah Abe- sama2 dok try control macho...

Merpati dua sejoli yang masih "maintain" romantik... :)

Jauh Ayah Chik bermenung. Teringatkan orang Sabah agaknya...

"Jangan... jangan... nanti Sue lagi glamer dari Uncle Man!"

Kawe suka pic nih, cam sayu pun ada bila tengok muka Mok nih. Rasa nak balik Tanah Merah je hari-hari... huhuhu...

0 comments: