Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Tuesday, December 30, 2008

Jejak Kasih... E-mel Dari Tuan Haji Wan Abdullah

Daripada: Wan Abdullah b wan su Wan

Kepada: mcc official
Dihantar: Jumaat, 12 Disember, 2008 12:05:35
Subjek: Re: Gambar raya haji :)

assalamualaikum. terimakasih atas kiriman gambar raya adinda sy Chik Osman bersama keluarganya. Tapi ramai dlm gambar tu sy tak berapa cam. kalu lagu tu sy kenalkan diri saya : Nama Penuh Hj Wan Abdullah Bin Hj Wan Su.. umur 56 tahun.. next birthday 2nd Feb (60thn) Pernah berkhidmat di KL, Sarawak dan Negeri Sembilan semenjak Ogos 2000 dan menetap di Seremban. Anak2 buah panggil Ayah Chik.. anak ke3 selepas Ayah Mat (KB), Ayah Ngah (KB), Cik Samsiah (Kg. Laut), Chik Osman (TM), Su Zawiah (Wakaf Baru).. jwt akhir dlm kerajaan sbg Tim SUK Negeri Sembilan. sekarang Sbg Ketua Eksekutif Pembangunan Perniagaan ngan anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains Holdings Sdn Bhd).

kahwin dgn Mak cik Siti kerja di hospital sbg Pen. Peg Farmasi. ada 5 org anak 2 org cucu. yg sulung Wan Nur Khafizah (Jurutera KL), Wan Mohd Faris (KL), Wan NurulFarah (AkauntanKL), Wan MohdFirdaus (UNITAR), Wan Nur Fakhriah (Tunggu SPM TKC).

susurgalur keluarga..... Hjh Membunga (sepupu saya), Cik Halimah (anak sepupu), MejorAbdul Rahman (cucu sepupu), sdr mcc official (plse identify... cicit sepupu).. kalau ada apa2 berita tentang keluarga plse extend.. selamat menghubungkan balik keeratan keluarga yang ramai ini semenjak di Temangan tahun 1964....

sekian wassallam...

salam sy utk semua keluarga yg mengenali. hok lamo2

*Atas sebab-sebab keselamatan, alamat dan no telefon Tuan Haji tidak dapat disiarkan di sini. Kepada yang ingin menghubungi, sila e-mail/sms Kawe@MCC. Terima kasih.

Wednesday, December 10, 2008

Snappy-Snappy With Aju@Tanah Merah

*Wallpaper eksklusif Ayah Chik (versi foto lama) - Klik gambar untuk save

Salam MCC! Apa kahabar semua? Masih dalam mood bercuti lagi ya? Kawe baru je tiba ni dari Kota Bharu. Buka je laptop terus tak sabar-sabar nak update blog. Dah berapa hari tak dapat nak surf internet kat Tanah Merah gara-gara takde 3G.

Apapun sepanjang hampir seminggu di Kelantan, Raya Haji dan balik kampung kali ni adalah yang paling seronok. Selain dari dapat bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarga, pengalaman pertama kali snappy-snappy (berfoto) menggunakan SLR dan merakam detik-detik bersama sanak-saudara adalah sesuatu yang paling tak dapat Kawe lupakan.

Terima kasih buat sepupu Kawe, Aju, merangkap "sifu" kerana telah susah-payah mengajar Kawe teknik-teknik dan cara yang betul untuk berfoto. Jenuh juga Kawe cuba menguasai beberapa teknik asas fotografi (mana yang sempat).

Alhamdulillah dengan bantuan Aju, nampak cam ada la jugak kemajuan sikit. Habis semua benda dan orang sekeliling jadi sasaran Kawe. Hehehe. Terima kasih kepada "model-model terjun" di atas sikap sporting anda semua ya. Tak sia-sia hampir empat jam Aju mengajar Kawe.

Dan, istimewa untuk tatapan semua, terutama MCC yang tak balik beraya tahun ni, Kawe kongsikan dengan anda gambar-gambar eksklusif di Tanah Merah minggu lalu berserta tanda "copyright" yang baru.

Untuk permulaan, Kawe letakkan dulu beberapa foto menarik sekitar sehari sebelum Raya Haji.

Oh, jangan lupa juga "download" dan "save" wallpaper eksklusif Ayah Chik berbasikal (versi foto lama) di atas.

Mudah- hanya klik, save dan setkan sebagai desktop wallpaper!

Jumpa lagi!

Adik Kawe, Sarah- nak ganti Nabil ke pulak pantang nampak kamera terus senyum... comel!!

Cik Wae dengan kek-kek tempahannya- Hah, sesapa nak order, cecepat contact Cik Wae ya...

Foto melompat Alan & Angah- dah berapa kali lompat baru jadi, ni pun nampak cam Angah ala-ala tengah menari... memang fun habiss... :)

'Sifu' Kawe, Aju dengan gaya ala-ala meneropong jauh ke Ukraine.. ops!

Ayah Abe- antara pelapis generasi baru MCC. Cool & ceria!

Abang Astro... err, dapat signalnya, bang?

Alan yang rajin dan Imi yang slamber...

Ni sorang lagi puteri cilik MCC. Aisy Thaqifah- mudah buat orang ketawa dengan gelagatnya...

Uncle Yie & Ayah Abe- sama2 dok try control macho...

Merpati dua sejoli yang masih "maintain" romantik... :)

Jauh Ayah Chik bermenung. Teringatkan orang Sabah agaknya...

"Jangan... jangan... nanti Sue lagi glamer dari Uncle Man!"

Kawe suka pic nih, cam sayu pun ada bila tengok muka Mok nih. Rasa nak balik Tanah Merah je hari-hari... huhuhu...

Tuesday, December 02, 2008

Rombongan Tanah Merah@LCCT

Lokasi : LCCT, Sepang
Tarikh : 30 November 2008

Konvo Shasha@UiTM Shah Alam

Lokasi : UiTM Shah Alam
Tarikh : 30 November 2008