Monday, February 02, 2009

LAPORAN MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA MEMBUNGA CLAN CLUB 2009

Apa khabar, MCC!

Tuan Presiden kita (yg khabarnya dah seminggu demam?), Uni Di Melbourne, Nanik di Sabah, keluarga di Tanah Merah, Semenyih, Shah Alam, Cheras mahupun di mana-mana sahaja, apa khabar, apa khabar!

Terlebih dahulu maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Rasmi MCC bertempat di rumah Kak Long Ninie (Wan Zuraini) petang semalam.

Apa pun, sebelum Kawe masukkan agenda minit mesyuarat MCC (terima kasih Angah kerana telah mengirimkan Kawe salinan) di bawah ini ialah e-mail yang diterima dari Ayahanda Hj Wan Abdullah Bin Hj Wan Su kita beberapa minggu yang lalu.

"Terima kaseh atas jemputan pihak Moderator ke Hari Keluarga Membunga pd bulan Jun 2009 nanti.

InsyaAllah saya dan isteri akan hadir bersama untuk hubungan sillaturRahim di bawah satu rumpun keluarga yang telah lama sangat tidak berhimpun dan bersua muka sehingga 3 dan 4 generasi (pangkat cucu dan cicit).

Panggillah saya apa2 yang patut dan kita perbetulkan bila bersua nanti. Selagi tidak bersua, berjumpa dan mengenali satu sama lain agaknya payah juga hendak bayangkan wajah dan posisi di lapisan turun temurun dalam sebuah keluarga kita yang besar.

InsyaAllah saya akan menghubungi Wan Rasyidah di Semenyih. Sementara itu kalau pihak Moderator serta ahli keluarga yang lain yang tinggal berdekatan Seremban, saya persilakan datang ke rumah.

Terima kaseh juga kpd Wan Zuraini dan Sue yang telah perkenalkan diri serta keluarga. Sallam dari kami."

Hj Wan Abdullah Bin Hj Wan Su
wan_abdullah444@yahoo.com

Besar harapan Kawe mewakili MCC jika Ayahanda Tuan Haji dan keluarga sudi menyertai Hari Keluarga ini nanti. Tak lupa juga keluarga Ayah Man/Fikri di Tanah Merah, serta Tok Ngoh di Batu Melintang.

Kepada Sue atau Kak Long Ninie atau sesiapa sahaja mungkin boleh menghubungi pihak Tuan Haji bagi menyampaikan atau membuat jemputan secara rasmi.

Terima kasih.

LAPORAN MINIT MESYUARAT HARI KELUARGA MEMBUNGA CLAN CLUB 2009

Tarikh : 1 Februari 2009 (Ahad)
Lokasi : Lagenda Mas, Cheras
Disediakan oleh : Kak Ngah (Azyahanim)

azyahanim@ptptn.gov.my/arezya@yahoo.com

1) Pengerusi : Kak Long, 11.53am
2) Kehadiran : Kak Long, Kak Ngah, Angah, Epi, Cik Nah, Baba Chik, Emi, Abg Shaman, Okie, Yoe, Nabil, Maria, Aish Thaqifa, Kak Teh, Shasha, Nek Sue, Fadzli, Uncle Man, Naim. (19 orang)
3) Tarikh yang dicadangkan : 6 hingga 9 Jun 2009
4) Jangkaan kehadiran ahli :

- Baba Chik (5)
- Along Nini (4)
- Kak Ngah (3)
- Tok Uncle (2)
- Ayah Ngah (8)
- Ayah Sue (1) - tidak termasuk gewe
- Fadzli (3)
- Mamalong ()
- Wae Long (3)
- Tok (3)
- Che Ngah (3)

5) Bilangan chalet - 5 (3 batu, 2 kayu) aircond inside
6) Lori (1 Buah RM200)
7) Khemah (1 Buah RM100)

8) Bayaran – Banyak yang masih berhutang lagi. Diharap dapat membayar sebelum Family Day.

9) Tugas-tugasan :

Pengerusi : Abang Fadzli
Naib pengerusi : Along Nini
Setiausaha : Kak Ngah
Bendahari : Sue/Cik Uly
Koordinator : Uncle Man/Ayah Sue

Teknikal & Peralatan : Epi/Pokcik Yie
Penginapan : Cik Wan/Mimi
Siaraya : Taqrish/Ayah Sue
Makanan : Kak Teh/Angah (ada white board, bagi tugasan basuh pinggan setiap kumpulan, cleanliness, tong sampah, plastik sampah)
Hadiah : Cik Uly/Shasha
Documentation/Survey : Abang Shaman/Shah
BBQ : Emi/Shakir
Kesihatan : Cik Nah/Nana
Bina Ihsan : Yoe/Nuyu
Dewan : Alan/Nanik/Fifi/Addina/Fatin Yasmin
Pengangkutan : Eme
Keselamatan : Okie
Penginapan : Cik Wan/Mimi
QM : Yoe/Alan

10) Permainan :

- Makeup

- Dadu
- Bas mini
- Telefon buruk (malam)
- ‘Fear factor’
- Pijak Belon
- Boling Padang
- Mystery
- Sumpit (Ayah Ngah)
- Istana Pasir
- Arm Wrestling
- Straw Getah
- Jalan Bertuah
- Mandi Serentak dalam Laut

11) 2/05/2009 : Meeting terakhir sebelum Family Day
12) Hadiah : Hamper 4 Buah (RM100, RM80, RM60, RM40)
13) Door Gift : Paper Bag (Small Towel, Air, Buah) 60 peket: Sue/Kak Long/Kak Ngah
14) Khemah Khas untuk Tukang Masak
15) Cabutan Bertuah : Diminta ramai yang sponsor hadiahs.
16) Tema Kebudayaan : Pakaian Beragam/Fancy Dress
17) Perasmian : Baju Biru
18) Permainan : Baju Merah
19) Diminta : Membawa baju Ridemore
20) Logo : Sedang disiapkan oleh Abang Shah
21) Warna logo : jingga, kuning, hitam
22) Hadiah family: Tukar-tukar.

Untuk senarai penuh aturcara akan Kawe siarkan di posting yang lain pula. Harap maklum. Peringatan yang masih belum sms/e-mail Kawe pengesahan e-mail/portal peribadi sila berbuat demikian seberapa segara yang boleh. Terima kasih.

Kawe@MCC.

0 comments: