Friday, April 24, 2009

MCC@Friendster

Sedar tak sedar, MCC dah lama ke depan rupanya. Dengan macam-macam perkembangan sejak akhir-akhir ini, Baby Icha yang baru lahir (sama-sama kita doakan kesejahteraan dan kesihatannya), Aisy dimasukkan ke hospital dan Kawe sendiri menjalani pembedahan gigi beberapa hari lalu. Tak kurang yang menggembirakan, ternak lintah- 'perniagaan' terbaru yang diteroka sebilangan warga MCC, kunjungan Along Ninie dan keluarga ke Korea, Ayah Sue (Tokddy) dengan kejayaan basikal Ridemorenya dan macam-macam lagi.

Menjelang tarikh Hari Keluarga yang makin mendekat (anda sudah sedia?), Kawe harap kita sama-sama lah saling berhubung dan mendapatkan perkembangan terkini ahli keluarga. Kawe nampak kewujudan 'tagboard' atau 'mini chatroom' di ruangan blog ini adalah merupakan saluran atau medium terbaik untuk kita saling berhubung.

Percaya atau tidak, dengan chat di tagboard sahaja, kita dapat mengetahui perkembangan diri masing-masing (yang terkini) bukan sahaja di Kuala Lumpur, malahan sesiapa di kalangan MCC yang berada beribu-ribu batu jauhnya di pelosok dunia. Kuasa ICT.

Menarik hari ini, Kawe telah mengumpul beberapa ID MCC yang memiliki akaun Friendster, antara medium penghubung paling lama bertahan di dunia maya. Berada di tangga ketiga selepas Facebook dan MySpace, Friendster ternyata masih popular. Senang diguna, aplikasinya yang tidak terlalu sarat antara yang membuatkan label ini masih diminati.

Kepada yang IDnya belum Kawe siarkan di sini, sila e-mailkan alamat akaun anda kepada Kawe dengan segera ya. Terima kasih.

Senarai ID Friendster MCC :


Kak Teh @ Ida - http://profiles.friendster.com/idaries

Nana - http://profiles.friendster.com/nanadona

Aju - http://profiles.friendster.com/zezoul

Nanik - http://profiles.friendster.com/13347712

Shasha - http://profiles.friendster.com/ishkhalish

Yoe - http://profiles.friendster.com/30344300

Mimie - http://profiles.friendster.com/mimiepooh

Okie - http://profiles.friendster.com/syauqi1994

Imi - http://profiles.friendster.com/wakjeng

Uni - http://profiles.friendster.com/29856929

*bagi yang ingin memaparkan ID Friendster mereka di sini, sila e-mailkan alamat Friendster anda ke mail2mcc@yahoo.com.my

0 comments: