Wednesday, December 29, 2010
Friday, December 17, 2010
Laporan Minit Mesyuarat Hari Keluarga MCC 2011
Jam : 3.45 ptg
Tempat : Rumah Ayah Teh/USJ
- ucapan alu-aluan oleh Ayah Teh
- pembuka kata dari Ayah Su
- ulasan meeting di Tanah Merah dari Sue Dah
Keputusan mesyuarat (hasil perbincangan di rumah Ayah Teh) :-
AJK Rasmi Hari Keluarga MCC 2011 :-
Pengerusi : Abang Shaman
N/Pengerusi : Nanik
Setiausaha : Kak Long Nini
Bendahari : Cik Uly/Sue
Koordinator : Tokddy/Nanny
Juruacara Perbarisan/Perasmian : Teh Azma
1) Makanan - Kak Teh & Angah/Maria
2) Hadiah - Kak Ngah/Ina/Atin/Aireen/Aisy
3) Dewan – Eme/Fadzli/Farah/Shasha/Dina
4) Logistik (Peralatan/Kenderaan) – Epi/Alan
5) BBQ - Pok Cik Yie/Mimi/AJK makanan
6) Siaraya - Abe Taq/Tokddy
7) Perubatan - Fifi & Nana
8) Bina Insan - Yoe & Nuyue
9) Keselamatan - Imi/Okie/Zafir/Zarif/Ayah Abe/Adam/Nabil
10) Dokumentasi - Shah/Abg Shaman
11) Jurugambar - Aju
12) Penginapan - Cik Wae
13) QM – Umi/semua AJK
: Bagi mereka yang namanya tidak tersenarai di sini secara automatik diminta membantu para AJK di atas mengikut tugas-tugas yang ditetapkan (disarankan belia/remaja agar dapat memikul lebih tanggungjawab dan veteran hanyalah sebagai pemerhati/penasihat).
1. Tetapan tarikh Hari Keluarga MCC 2011 : 3, 4 & 5 Februari 2011
2. Tempat : Permai Chalet, Bachok (tempat biasa)
- Terdapat kira-kira 5 buah chalet disediakan untuk kemudahan ahli namun kelab telah bersepakat hanya akan membayar untuk satu chalet sahaja.
3. Pakaian :-
- pemakaian kemeja-t berwarna digantikan dengan kain "key" lilit di kepala (warna ikut kumpulan) :
a) oren, merah, biru terang & hijau fluorescent
b) wanita : tudung coklat
4. Nama kumpulan ikut nama Mazhab :
a) Hanafi
b) Maliki
c) Syafie
d) Hanbali
5. Penukaran tema Malam Seribu Bintang : "Tiru Baju/Gaya Artis" yang dicadangkan kepada "Arabian Night" (hasil perbincangan sebulat suara).
6. Jenis-jenis permainan :-
a. Dadu
b. Ikat belon di kaki
c. Pertandingan Melukis & Mewarna selama 60 min :
- tema/tajuk : pemandangan di kawasan perkemahan Melawi sahaja (jumlah lukisan mengikut jumlah ahli kumpulan).
- kalau 6 org, 6 drawing block, camtum menjadi satu lukisan besar).
- segala bahan lukisan/mewarna akan disediakan oleh pihak pengajur/kelab.
d. Pertandingan Membuat/Menghias Sandwich :
- hiasan bebas
- markah - rasa - 50% (Mok/Tok), hiasan/persembahan - 50% (Opah)
- duit sendiri (kumpulan- peralatan/bahan sendiri)
- tidak dibenarkan membawa barang dari rumah (keperluan dibeli di tempat perkemahan).
e. Frisbee (sama seperti di Bagan Lalang)
f. Hula Hoop (gelung rotan)
g. "Passing Message" - had masa 60 min sahaja :
- passing 3 perkara sahaja (diguna dalam pertuturan/perbuatan seharian)
h. Botol Canon (Tembak Tudung Botol)
i. Plastesin :
- dalam masa 40 min kena create 7 ekor binatang
- markah berdasarkan rupa bentuk haiwan, sekiranya seri, yang tercantik akan diambil kira.
- Hakim : Nabil
j. Ghong Doo Thong (Bola Pening) :
- semua terlibat
- pelontar dibuat dari belakang
- ahli kena menanduk bola yg dilontar
- tandukan yang tepat dikira markah (dapat menanduk bola dlm kawasan)
k. Mool Soo Shong (Punggah Air Dengan Tuala Buh Dalam Botol)
- setiap kumpulan diberi satu tuala Good Morning+satu botol kosong
- dalam 15 min pergi ke pantai dan isikan air dalam botol
l. Waterball
- isi air dalam plastik (bom/peluru) dan baling (ikut kumpulan).
7. Malam Seribu Bintang :-
a. Setiap kumpulan diwajibkan menghantar wakil persembahan (individu/kumpulan)
b. Persembahan karaoke (duet/individu) :
- selang-seli dengan acara majlis
- minta beri nama penyanyi/minus one/senarai lagu sebelum jam 4 petang kepada koordinator
c. Penayangan kembali video-video lama (VT selingan) oleh Shah
d. Kabel komputer/LCD/projektor - Ayah Sue (Shah akan bawa sebagai backup)
e. Juruacara majlis :
- Malam acara : pasangan Koordinator (Ayah Sue & Mamasue)
- dan juga persembahan yang dikendalikan oleh koordinator
8. Lain-lain :
a. Banner/bunting Hari Keluarga 2011 : sumbangan Ayah Teh
b. Rekaan/konsep Hari Keluarga 2011 : Shah
Disediakan oleh : Sue Dah/Moderator
Thursday, December 02, 2010
Thursday, November 25, 2010
PENGUMUMAN PENTING!!
Tuesday, November 02, 2010
Pena Presiden - Edisi November 2010
Hari ini, Ahad, 31 Oktober 2010, Ayahngah cuti. Rakyat Kelantan telah diberikan cuti umum (cuti peristiwa) kerana meraikan kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia tahun 2010. Piala berprestij ini menjadi milik Kelantan pada tahun ini setelah empat kali mencuba nasib sejak tahun 1955 lagi. Ayahngah spertimana semua rakyat Kelantan, baik yang berada di dalam negeri ataupun yang berada di luar negeri Kelantan merasa bangga dan amat puas sekali di atas kemenangan ini yang ternyata hasil dari kerja keras setiap pemain dan semua pihak termasuk penyokong bolasepak Kelantan yang begitu bersemangat dan memberikan sokongan padu. Seramai 60,000 orang penyokong Kelantan berbanding dengan penyokong Negeri Sembilan yang seramai 30,000 orang, membanjiri Stadium Bukit Jalil memberikan satu gambaran bahawa rakyat Kelantan memang BERSEPAKAT, MEMPUNYAI SEMANGAT KEKITAAN YANG KENTAL DAN TIDAK LUNTUR SERTA SEDIA BERSATU DEMI SATU MATLAMAT. Setiap penyokong yang datang bertandan ke Bukit Jalil telah mengorbankan MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT semata mata untuk memastikan kemenangan dan kejayaan kepada Kelantan. Sorakan yang padu dari penyokong berbaju merah telah menlenyapkan sorakan dari penyokong berbaju kuning dari minit pertama sehinggalah piala dijulang. Syabas...! pemain bolasepak Kelantan.
Semangat sebegini seharusnya terus diterapkan dalam diri setiap ahli MCC bagi memastikan semua ahli bersatu dan mempunyai semangat kekitaan sebagai satu keluarga. Saling ber `chating’ dan menulis dalam blog membungaclanclub dapat menghidupkan dan menceriakan suasana dalam blog yang kita semua telah akui sebagai satu medan untuk berinteraksi dikalangan kita. Diakhir-akhir ini Ayahngah dapati blog membungaclanclub sunyi sepi bagaikan sebuah rumah tanpa penghuni, tanpa gelak ketawa anak-anak kecil. Setiap kali blog dibuka, hanya lagu tema yang beralun sayu menghiasi laman itu. Ketiadaan penghuni, termasuk Ayahngah sendiri, mungkin terlalu sibuk dengan urusan kerja harian atau tidak lagi berminat untuk melayari blog kerana sudah ada fb. `LUANGKAN SEDIKIT MASA EMASMU, KERANA MEREKA MEMERLUKANMU’. Melalui tulisan ini Ayahngah menyeru kepada setiap ahli MCC supaya dapat meluangkan sedikit masa, walau sesibuk mana sekalipun untuk menceriakan blog membungaclanclub dengan membuat sedikit coretan, artikel, penulisan atau mempamerkan apa sahaja foto berkaitan kegiatan harian/peristiwa bagi tatapan bersama. Kita telah bersama-bersama menubuhkan blog membungaclanclub, bersama-sama memberikan nafas, dan kali ini, kita bersama-sama meneruskan keceriaannya.
Ayahngah mencadangkan kepada ` moderator’ supaya dibuatkan satu jadual giliran, mungkin seminggu sekali, atau sebulan sekali, bagi setiap keluarga atau setiap orang ahli MCC menyumbangkan, secara wajib, apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk dihiaskan dalam blog. Kalau dalam fb dapat di tulis sesuatu, mengapa tidak didalam blog membungaclanclub? Mungkin agak sukar bagi `veterans’ di Tanah Merah untuk melayari internet, tetapi tugas ini dapat diwakilkan kepada mana-mana ahli keluarga bila tiba gilirannya nanti. Apa sahaja yang disumbangkan ke dalam blog membungaclanclub akan menjadi sebuah jambatan kukuh yang menghubungi antara satu sama lain. Teladanilah semangat kesepakatan dan perasaan kekitaan sepertimana penyokong bolasepak Kelantan.
Sekian, Wassalam.
Ayahngah,
Presiden Membunga Clan Club
Tuesday, October 26, 2010
War-War... Apa Khabar, MCC?
Agak lama tidak 'bersua', buat otak Kawe agak berkarat sebenarnya. Mahu ditulis apa ya? Tertanya-tanya, dengan kekangan kerja yang membukit, Kawe cuba meraih ruang agar blog ini tidak terus dibiarkan sepi tanpa cerita.
Beberapa bulan terkini, begitu banyak yang melingkari MCC. Terakhir, Hari Keluarga MCC yang telah diadakan dengan jayanya di Bagan Lalang pada 6 hingga 7 Jun 2010 yang lalu. Pertama kali dianjurkan di Kuala Lumpur, berbagai respon yang diterima.
Apapun, kita pegang pada satu tujuan, niatnya untuk berhimpun disamping mengeratkan lagi ikatan sesama ahli keluarga.
Pada yang bertanya, mohon maaf kerana tidak sempat untuk memuat naik gambar-gambar serta cerita berkenaan dengan perhimpunan berkenaan di blog. Bagi yang mempunyai akaun Facebook, terima kasih kerana berkongsi gambar di sana ya. Masing-masing teruja, yang muda-muda terutamanya.
Satu hakikat yang harus diterima, Facebook kini adalah merupakan medium terpantas untuk kita sama-sama mengetahui perkembangan terkini masing-masing, samada ahli keluarga mahupun teman-teman. Komunikasi yang lebih mudah dan 'ringan' menjadi pilihan terutama generasi muda yang sentiasa mahukan sesuatu yang ringkas dan bersifat moden.
Apapun, teguran Ayah Ngah selaku Presiden di dalam ruangan tagboard hari ini, buat Kawe terfikir dan kembali merenung tujuan blog ini dibangunkan, sebagai penyambung dan medium utama bagi MCC terutamanya untuk saling berinteraksi.
Kawe akui kekurangan waktu serta kekangan kerja membuatkan Kawe terpaksa 'melupakan' blog ini seketika. Oh, lupa tidak bermakna alpa. Kawe masih memantau dan memerhati perbualan ahli keluarga hari-hari meskipun mencuri-curi masa.
Teringat kata-kata awal arwah Babalong (Haji Wan Abdul Rahman) yang melahirkan idea agar blog ini direalisasikan, beliau mahu menjadikan blog ini suatu tempat 'perkumpulan' maya ahli keluarga.
Suatu impian yang tidak sukar sebenarnya namun Kawe harapkan semangat yang dialirkan oleh arwah dan juga Ayah Ngah hari ini akan terus terpahat dan (masih) kekal bersama kita.
Dikesempatan ini, Kawe mewakili ahli MCC yang lain, ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada keluarga Abang Shaman dan Kak Long Ninie di atas 'kunjungan' ahli terbaru di dalam keluarga mereka, Inas Sofea Bt. Norhisham pada 1 Oktober yang lalu.
Menariknya, Inas Sofea telah selamat dilahirkan di Hospital Perdana Kota Bharu tepat pada jam 10 pagi dengan berat kira-kira 2.55kg.
Sekali lagi tahniah buat mereka sekeluarga!
Oh ya! Sekadar berkongsi, gambar sisipan khas Konvo ke 34 UPM yang telah pun disiarkan di akhbar Berita Harian baru-baru ini. Artwork ini telah dijadikan muka depan bagi sisipan berkenaan- antara hasil kerja yang Kawe lakukan sekarang ini.
Projek lain, Kawe bersama team juga telah menghasilkan iklan promo UPM bagi siaran TV3. Berdurasikan kira-kira 30 saat, iklan ini telah disiarkan selama seminggu berturut-turut di slot-slot khas di TV3. Terima kasih pada yang telah memberi respon positif.
Ini Kawe siarkan komen/e-mel dari Ayah Ngah, Presiden MCC yang mengulas tentang iklan UPM berkenaan :
Ungkapan ’Saya yang menurut perintah’ dalam perkhidmatan kerajaan adalah merupakan asas dalam melaksanakan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita.
Mengikut perintah pihak atasan, atau dengan lebih jelasnya perintah pegawai atasan yang memberi arahan kepada kita bermaksud menjalankan kerja mengikut arahan dan kehendaknya dengan memberikan petunjuk dan garis panduan untuk sesuatu kerja itu.
Bila sesuatu kerja yang dihasilkan telah memuaskan hati pihak atasan dan telah terpilih serta mendapat tempat untuk dipublisitikan, ini bermakana kerja itu telah mendapat pengiktirafan.
Tentunya kehendak pihak yang mengarahkan untuk sesuatu kerja itu telah mengambil kira disegi objektif, mesej dan kesan positif dari mesej itu serta kos pengendalian sesuatu iklan itu. Komen dari orang luar tidak perlu kerana orang luar tidak mengetahui had-had kerja yang dilaksanakan.
Iklan promosi yang telah ditayangkan itu mempunyai keunikannya yang tersendiri dengan sebab warna yang unicolour (warna hijau), bersesuaian dengan asal usul UPM sebagai sebuah IPT pertanian.
Kebolehan Shah menghasilkan objek grafik yang bergerak pantas telah menhidupkan iklan itu dengan berbagai-bagai mesej yang memberi kekyakinan serta membangkitkan kesedaran dan menarik minat pelajar-pelajar untuk memilih UPM sebagai institusi pengajian mereka.
Iklan itu senang difahami maksudnya dengan adanya pengakhiran yang mempamerkan logo UPM walaupun pada mula dan pertengahan iklan kita akan tertanya2 ”iklan apa kah ini?”.
Pada keseluruhannya papa berpendapat iklan itu telah mencapai standard untuk tayangan umum dalam semua media.
Papa hanya dapat mengucapkan syabas dan usaha lagi agar slot2 yang Shah hasilkan akan dikenali dan mendapat pengiktirafan umum yang mungkin ini dapat menjana kepada suatu pendapatan yang lumayan suatu hari nanti.
InsyaAllah!
Kawe@MCC
Tuesday, June 15, 2010
Friday, June 04, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Hari Keluarga Datang lagi!
Di mana? Bila? Jeng.. jeng... jenggg.... Tengok gambar-gambar ni dulu, nanti Kawe bagitau....
✓ Tempat : Bagan Villa Resort, Bagan Lalang, Sepang
✓ Tarikh : 5 – 6 Jun 2010
✓ Masa : Mesti sampai di sana pukul 10 pagi, berkumpul rumah Cik Nah atau rumah Sue atau pergi sendiri
✓ Kemudahan : 5 buah chalet, sebuah dewan, stage dan camp site/padang permainan (chalet akan diutamakan pada warga emas dan warga kurang upaya, selebihnya akan tidur dalam dewan)
✓ Pendaftaran : macam biasa RM10.00 seorang
✓ Yuran : mesti bayar sekarang atau masa pendaftaran (jumlah seperti yang dah di sms oleh Bendahari)
✓ Pamplet : Shah (A5)
✓ Baju : pakai baju Ridemore masa bertolak ke sana.. baju biru, merah dan hitam (kalau ada) mesti bawa
✓ Hadiah/Sumbangan : Setiap individu mesti sumbangkan satu hadiah bernilai RM 20.00 ke atas (termasuk Su Sarah, Bil, Aisy, Icha dan Naim)
*Setiap keluarga mesti bawa air mineral 5 liter satu botol seorang
✓ Peralatan : selimut, bantal (sendiri) dan tikar/fly sheet (kalau sesiapa ada tolong la bawa)
✓ AJK : kekal seperti meeting pertama
✓ Banner : Fadzli sediakan (printing)
✓ Makanan : akan disediakan oleh adik Baba Chik
✓ Permainan : Koordinator (Tokddy dan Nanny) yang sediakan
✓ Door gift : mungkin ada ..mungkin tak da... hahaha tengok dulu <--- Sue gelak ✓ Malam : Tema – baju merah seluar/kain hitam. KAIN PELIKAT dan SARONG TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI (untuk nampak cantik dalam gambar) kecuali Tok dan Opah sahaja… hehehe…. Lain-lain info akan dikemaskini dari semasa ke semasa... sekian tengkiuuu.....
Kawe@MCC
Sunday, April 11, 2010
Friday, April 02, 2010
Catatan Tertangguh Dari Lapangan Terbang
(ditaip Rabu lalu dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu)
31 Mac 2010
3.50 petang
Saya getap bibir. Sesekali mata resah melirik jam. Hampir ke pukul empat petang. Saya mengelus sekeliling. Pandangan berkalih ke papan jadual elektronik. Baru kejap kedengaran suara pengumuman dikeluarkan. Penerbangan MAS dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur tertangguh sejam.
Saya membuka laptop. Cuba menaip-naip sesuatu sementara menunggu. Puas saya memerah, apa yang mahu ditulis? Otak saya agak infiniti. Agak bosan, saya merungut-rungut sendiri kerana tiada sambungan wi-fi di sini.
Hari terakhir di Kelantan, saya ambil kesempatan melawat saudara-mara terdekat. Ada yang sudah agak lama tidak berjumpa, "Eh eh sudah besar kamu ya? Buat apa sekarang?". Antara ayat wajib tatkala disapa oleh mereka.
Berbual dari hal lama-lama hinggalah ke perkembangan terbaru, kami bertukar-tukar cerita. Biarpun jauh di kota, dasar hati saya, keluarga masih pertama. Saya bisa emosi jika diajak berbicara mengenainya.
"Nak buat camana, tinggal yang tua-tua sahaja di kampung ni hah. Yang muda-muda semua dah hijrah ke bandar." Hati saya terusik diluah begitu. Saya pandang raut wajah ibu saudara. Nampak dia tersenyum sambil tangannya rancak mengirai roti jala yang ditempah pelanggan.
Mujur kami mempunyai hari keluarga, antara acara wajib tahunan. Berkhemah dan berkumpul beramai-ramai di pantai, bergelak-ketawa dan beraktiviti bersama, saya kira itulah momen terbaik bagi merapat dan bertukar-tukar perkembangan diri masing-masing.
Seronok juga dari setahun ke setahun melihat jumlah ahli keluarga bertambah- dari yang kecil-kecil hinggalah ke dewasa.
Paling ditunggu-tunggu sebenarnya. Selalunya akan diadakan beberapa siri mesyuarat keluarga, baik di peringkat keluarga di kampung mahupun di KL sendiri.
Tahun ini buat pertama kalinya, saya dan angkatan sepupu sama generasi bakal mengepalai, biarpun tidak secara total, namun perlahan-lahan kami mula mengambil alih tanggungjawab dari generasi lebih awal.
Dari hal merancang aktiviti hinggalah ke program sepenuhnya hari keluarga- antara sumbangan kecil kami buat keluarga.
Saya pasti ibu saudara akan terpalit gembira, ayah saudara juga akan melihat bangga- anak-anak yang dulunya kecil dan hanya tahu bermain dan bergembira kini berubah menjadi mereka yang dewasa dan bisa diharapkan.
Ah, betapa cepat benar masa berlalu bukan?
Esok hari baru bakal bermula. Saya nanti dengan penuh teruja. Tanpa kata-kata, saya hanya mahu lalui hidup ini dan hari-hari seterusnya dengan penuh gembira.
Begitu banyak perancangan, yang pasti saya akan menggalas satu lagi siri kehidupan. Biarpun kabur, saya tidak kisah jika (perlu) merangkak dari bawah.
Bukan senang menyusun kejayaan. Itu saya belajar dari beribu kegagalan.
Sama-sama kita tadahkan kedatangan April dengan harapan. Lebih cerah dan penuh kemanisan.
Kawe@MCC
Saturday, March 27, 2010
Wednesday, March 24, 2010
Ahli Baru MCC & AJK Hari Keluarga 2010
Begitu banyak cerita, pelbagai peristiwa sebenarnya. MCC sering tak lokek dengan pelbagai rencah berita. Dari perkahwinan, makan-makan (antara yang wajib!) hinggalah ke perancangan terbaru Hari Keluarga 2010.
Ada sedikit info tentang Hari Keluarga 2010. Takpe, nanti akan Kawe bagitau kemudian.
Di kesempatan ini (belum terlambat rasanya), Kawe nak lancarkan dahulu ucapan "Selamat Datang" kepada ahli-ahli baru MCC iaitu Mama Sue kita, Norsila Bt. Ismail serta anakanda tercinta- Farah, Sabrina dan Adam.
Tak lupa juga Kawe nak ucapkan sekalung tahniah buat Mama Sue dan juga Ayah Sue (Wan Azzaruddin) a.k.a. Tokddy di atas perkahwinan mereka yang telah pun selamat dilangsungkan pada 10 Januari 2010 lalu bertempat di Masjid Putrajaya.
Moga dengan ikatan ini secara tak langsung dapat memperkukuhkan lagi bilangan ahli MCC di samping dapat menyumbang idea-idea baru bagi memantapkan lagi MCC.
Pada yang belum berkesempatan untuk menatap wajah kedua mempelai, di bawah ni Kawe siarkan secara eksklusif gambar-gambar hari bersejarah mereka.
Tahniah Mama Sue-Ayah Sue! Doa Kawe, semoga kekal ceria dan dirahmati sentiasa. Amin.
Ok, berbalik pada cerita Hari Keluarga 2010, beberapa AJK (baru dan sedia ada) telah pun dilantik. Berikut adalah senarai lengkap AJK Hari Keluarga MCC 2010 :
Koordinator Lelaki: Ayah Sue
Koordinator Perempuan: Mama Sue
Pengerusi: Taqrish
Naib Pengerusi: Kak Ngah
Setiausaha: Kak Teh
Teknikal / Penginapan: Epi & Pokcik Yie
Siaraya: Ayah Sue & Aiman
Makanan: Shasha & Angah
Hadiah: Cik Uly & Nana
Documentation: Abg Shaman & Abg Shah
BBQ: Emi & Alan
Kesihatan: Cik Nah & Nana
Bina Ihsan: Yo & Nuyu
Dewan: Fatin, Sabrina, Kak Farah, Kak Dina
Pengangkutan: Aju
Keselamatan: Okie, Adam & Alan
QM: Emi & Alan
016: Adam
Untuk maklumat Hari Keluarga 2010 selanjutnya, akan Kawe siarkan dari semasa ke semasa. Teruskan berkunjung ke blog MCC! :)
Kawe@MCC