Wednesday, June 15, 2011

Jun : Bulan MCC Kahwin!

Kena dengan tarikh dan musim cuti sekolah, sedar atau tidak, kunjungan Kawe balik ke Kelantan tempohari, tiga ahli keluarga Membunga telah selamat menjadi pengantin baru.

Mereka ialah Ayah Sue Ise (Badlisyam, anak arwah Tok Do), Wan Rasyidah (Anak Ayah Mae Taman Barakah) dan juga ahli MCC terdekat, Nurul atau mesra kita panggil Nuyu. Maaf untuk ahli keluarga Ayah Mae kerana Kawe tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis perkahwinan puteri beliau. Apapun tahniah buat kesemuanya- moga sama-sama beroleh keberkatan. Selamat menjalani alam baru berumahtangga. Doa Kawe dan MCC di sini, semoga kekal bahagia ke anak cucu mudahannya!

Di sini Kawe siarkan beberapa keping gambar istimewa sekitar majlis perkahwinan ketiga-tiganya. :-)




Kawe@MCC : SELAMAT PENGANTIN BARU!

0 comments: