Cadangan design sticker kereta MCC sempena dengan Hari Keluarga 2012 (5" X 5"). edisi terhad- cuma 100 unit sahaja!!
Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.
Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.
Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!
Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!
Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.
Salam dan selamat pagi semua,
Dimaklumkan, tema pakaian bagi MALAM SERIBU BINTANG adalah sama sepertimana yang telah dipersetujui pada mesyuarat yang lalu iaitu "Orang Kampung Miskin/Daif (Tapi BERIMAN)" sesuai dengan konsep/tema hari keluarga tahun ini, SIREH PULANG KE GAGANG : TERKENANG SEMASA DULU....
Diharapkan semua warga MCC bersedia dengan pakaian mengikut tema/acara. Konsep/kreativiti pakaian adalah bebas mengikut tema (asal tidak menjolok mata).
Bagi yang ingin menyumbangkan idea/kreativiti untuk segmen persembahan MALAM SERIBU BINTANG, bolehlah menghantar cadangan masing-masing kepada AJK terlibat. Idea/konsep adalah bebas dan terbuka samada dalam bentuk nyanyian/drama/lawak asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
MCC yang ingin berkaraoke pula diminta membawa CD minus one masing-masing dan menyerahkan kepada urusetia/AJK pada hari pendaftaran atau sepanjang hari keluarga berlangsung.
Yuran boleh dibayar pada hari pendaftaran. Bagi peserta yang ingin mengetahui jumlah bayaran tertunggak masing-masing yang perlu dijelaskan, boleh menghubungi Sue Dah/Cik Uly dengan kadar segera.
AJK DEWAN/SIARAYA/HADIAH/TEKNIKAL & PERALATAN sila pastikan keadaan dewan dan persiapan berjalan lancar untuk acara MALAM SERIBU BINTANG. Minta lakukan 'soundcheck' lebih awal sebaik-baiknya selepas waktu Asar.
Terima kasih.