Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Wednesday, June 28, 2006

Mesyuarat Pengagihan Kerja-kerja Menyelaras Blog Membunga Clan Club & Hari Keluarga 2006 di Pantai Melawi

Tarikh: 17 Jun 2006
Masa: 10.00 malam
Tempat: Rumah Cik Nah, Taman Melawati

Agenda:

1) Pengagihan kerja-kerja menyelaras blog
2) Penetapan tarikh Hari Keluarga 2006
3) Pembahagian kumpulan untuk Hari Keluarga
4) Acara untuk Hari Keluarga

Perkara berbangkit

1) Ahli jawatankuasa Membunga Clan Club

- Mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan Shah untuk mewujudkan tugasan- tugasan berikut dan seterusnya melantik ahli-ahli yang berkenaan untuk mengambil tugasan tersebut:-

i) Ketua Editor – Neck Soo
ii) Penolong Editor – Kak Long dan Angahs
iii) Grafik Dan Rekaletak – Shah
iv) Jurufoto – Abe Shaman, Aju dan *Baba Long

*wakil aktiviti di Tanah Merah. Sumbangan berupa kamera akan diberikan oleh Aju (baiknyer dierrr... bila lagi nak open table nih?)

- Ahli-ahli telah memberi beberapa komen bernas bagi memperbaiki blog keluarga. Komen-komen yang diberi adalah seperti berikut:

i) Font lebih besar
ii) Warna background ditukar
iii) Manual untuk mengemaskinikan blog
iv) Pertukaran nick name hendaklah dimaklumkan kepada penyelaras blog
v) Menambah link ke website yang boleh memanfaatkan ahli

- Ahli telah diminta menetapkan nick name mereka dan Shah akan menghapuskan mesej dari nick name yang tidak berkenaan

- Shah memaklumkan terdapat banyak ruangan dalam blog yang boleh digunakan seperti mengiklankan perniagaan dan sebagainya.

2) Hari Keluarga 2006

- Uncle Man telah mencadangkan Hari Keluarga 2006 diadakan di Pantai Melawi pada 20 – 22 Ogos 2006.

- Mesyuarat telah dimaklumkan beberapa ahli yang telah dikenalpasti tidak dapat menghadiri acara tersebut.

- Tarikh Hari Keluarga 2006 mungkin akan berubah, bergantung kepada cuti semester UiTM.

- 2 sukaneka akan dijalankan sehari. Jadual sukaneka tersebut adalah seperti berikut:

i) Hari pertama – bas mini dan bowling kelapa
ii) Hari kedua – 1,2 som (kumpulan) dan hias khemah

Tema hias khemah seperti berikut:
· Hari raya
· Sukan sekolah
· Sekolah

- Neck Soo mencadangkan persembahan bebas pada malam penutup Hari Keluarga 2006. Ahli-ahli bebas memilih jenis persembahan mereka. Walaubagaimanapun, ahli dinasihatkan supaya membuat persiapan sebelum Hari Keluarga dan menetapkan ketua (jika berkumpulan) agar majlis berjalan lancar.

- Ahli-ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pembahagian ditetapkan mengikut kumpulan usia melalui undian. Senarai tersebut mungkin berubah bergantung kepada kehadiran ahli pada Hari Keluarga itu nanti. Nama kumpulan akan ditetapkan kemudian.

3) Yuran

- Neck Soo memaklumkan ahli boleh mula menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM15/keluarga (Jun 2005 – Julai 2006) kepadanya.

Mesyuarat bersurai pada pukul 12.30 malam.

4) Cadangan untuk persembahan

1. Lakonan - dicadangkan buat cerita gergasi dan sang kancil.

2. Koir oleh kumpulan dayang-dayang dara dan dayong-dayong teruna. semua pakai baju hijau ari kahwin tu.. ok tak.

3. Dikir barat oleh ahli dikir barat mcc

Cadangan tema - hijau

Disediakan oleh,

Necksoo
Ketua Editor
Blog MCC

Wednesday, June 14, 2006

Pemilihan AJK Penyelerasan Blog

oklah, penat dok canang kat semua pasal blog meeting nih. memandangkan semua dah setuju (dah rujuk baba long), kawe dengan ini menyenaraikan beberapa jawatan2 ajk blog mcc yg dirasakan perlu untuk diisi oleh mereka-mereka yg layak. antaranya :-

++ jurufoto blog - 2 org (satu wakil di KL, satu wakil di tanah merah)

++ artis grafik & rekaletak - 1 org

++ editor (merangkap penulis) - 3 orang (pandai2 la bagi tugas nanti)

itu cuma yg penting2 aje la (basic). kalau nak tambah lain-lain jawatan nanti (yg sesuai) maybe sesapa bleh kasi cadangan kat tagboard (chatbox) or e-mel je terus kepada kawe. tapi 3 jawatan di atas adalah dikira sebagai terpenting la demi untuk menyelaraskan perjalanan blog dan aktiviti MCC khususnya.

jurufoto blog

untuk jawatan jurufoto blog tu, kawe cadangkan dua org sebagai jurufoto rasmi. so pas ni, sebarang majlis yg melibatkan MCC, kedua2 org ini akan menjalankan tugas2 mereka untuk mengambil gambar dan tugas2 berkaitan. adalah baik kiranya dilantik seorang wakil di tanah merah (yg mempunyai digital camera dan tau cemana nak amik gambar) agar sebarang aktiviti MCC di tanah merah dapat dipostingkan di blog. semua gambar2 yg telah diambil akan diberi kepada kumpulan editor. memana gambar yg perlu diedit akan dihantar kepada bahagian grafik.

grafik dan rekaletak

setakat ni kawe masih lagi bleh handle bab-bab design and grafik ni. cumanya diminta juga bantuan sesapa yg arif komputer (aju or kak ngah misalnya) untuk sama2 membantu memberi idea bersama.

editor

kawe cadangkan sue atau angah - yg rajin menulis dan kreatif. or maybe sesapa aje yg rasakan dia layak (dan sanggup) untuk memikul tanggungjawab ini. nampak mudah tapi tugas editor ni selain dr menerima bahan, cerita untuk dipaparkan di blog, mereka juga kena rajin cari bahan, idea sendiri (apa nak posting) dan sebagainya. kawe cadangkan untuk jawatan ini dilantik tiga org - dua pembantu dan sorang ketua. so segala bahan2 yg disiarkan termasuk gambar kat blog pas ni akan melalui tapisan mereka bertiga.

mementang la aku ni U*Y&$%^#%^#^ jerh, jawatan tukang cedok air jer dia bagi kat aku... very the ^&%&exam^$#&examlagiii^**()* betul...", ujar encik zorro sambil digelak oleh kapten 016

untuk password pula kawe rasa better hanya ketua editor ngan artis grafik (kawe sendiri) aje yg pegang. bukan apa, nanti ramai sgt yg tau takut terganggu blog template plak. harap semua setujulah. betulkan kawe kalau ada apa-apa yg salah kat atas tu kay. so cecepat la bagi cadangan semua!

p/s : semua nama2 untuk jawatan boleh dicalonkan oleh org lain atau pencalon sendiri. harap maklum.

kawe@MCC

Monday, June 12, 2006

Wedding Kak Ngah & Abang Taqrish

pertama-tama sekali, kawe mohon sepuluh jari pasal terlewat meletakkan posting majlis perkahwinan kak ngah dan abang taqrish tempohari. balik aje dr seremban, kawe gegas ke kota bharu. apa pun, alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan kedua-dua mempelai pun telah selamat diijabkabulkan. di sini sekali lagi kawe dan ahli MCC sekali lagi ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat kedua-dua mereka - kak ngah & abang taqrish! dan, kat bawah ni ada kawe uploadkan few pics sekitar wedding hari tuh. ada tiga bahagian semuanya namun hanya dua bahagian dapat kawe letak buat masa ni (majlis akad nikah, wedding keesokkan harinya). untuk pic2 di seremban tunggu lah next posting ya!

perkara : majlis akad nikah
tempat : rumah wae long
tarikh : 28 mei 2006


hah, inilah rezeki pengapit katanya. kalau tahun lepas masa kat wedding kak long, kak ngah yg jadi pengapit bertemu jodoh... tahun depan giliran siapa agaknya?

apalah agaknya yg difikirkan oleh abang taqrish tu ya? berdebar-debar gamaknya tunggu akad nikah bermula...

"alif, ba... taa... hah, eja betul2!"

alhamdulillah! selamattt... abe, salamm...

wakil keluarga abang taqrish dr seremban...



perkara : majlis persandingan
tempat : rumah mok/tok
tarikh : 29 mei 2006

penyanyi jemputan a.k.a. DJ bidan terjun tengah me'nyumbang'kan sore...


aiseyhh! ingat anak dara mana lah nak ngurat aku tadi...

ketibaan pengantin lelaki dan ahli rombongan...

kak ngah (pengantin perempuan) diiringi oleh mak dayang (along) untuk menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki...

aik... bil bil pun nak tumpang glamer nenek dia gak...

klasik...

bidadari-bidadari hijau...

mak dayang dan cik wan the wedding planner

"hai, mintak2 la jodoh aku tahun depan, merasa kena kipas plak..." - fadzli

"ayang, tengok la depan ni hah, org tengah amik gambar kita ni..."

pengantin bersama mak dayang dan bidadari-bidadari hijau...

kenangan bersama ahli keluarga pengantin perempuan

Kawe@MCC