Wednesday, June 28, 2006

Mesyuarat Pengagihan Kerja-kerja Menyelaras Blog Membunga Clan Club & Hari Keluarga 2006 di Pantai Melawi

Tarikh: 17 Jun 2006
Masa: 10.00 malam
Tempat: Rumah Cik Nah, Taman Melawati

Agenda:

1) Pengagihan kerja-kerja menyelaras blog
2) Penetapan tarikh Hari Keluarga 2006
3) Pembahagian kumpulan untuk Hari Keluarga
4) Acara untuk Hari Keluarga

Perkara berbangkit

1) Ahli jawatankuasa Membunga Clan Club

- Mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan Shah untuk mewujudkan tugasan- tugasan berikut dan seterusnya melantik ahli-ahli yang berkenaan untuk mengambil tugasan tersebut:-

i) Ketua Editor – Neck Soo
ii) Penolong Editor – Kak Long dan Angahs
iii) Grafik Dan Rekaletak – Shah
iv) Jurufoto – Abe Shaman, Aju dan *Baba Long

*wakil aktiviti di Tanah Merah. Sumbangan berupa kamera akan diberikan oleh Aju (baiknyer dierrr... bila lagi nak open table nih?)

- Ahli-ahli telah memberi beberapa komen bernas bagi memperbaiki blog keluarga. Komen-komen yang diberi adalah seperti berikut:

i) Font lebih besar
ii) Warna background ditukar
iii) Manual untuk mengemaskinikan blog
iv) Pertukaran nick name hendaklah dimaklumkan kepada penyelaras blog
v) Menambah link ke website yang boleh memanfaatkan ahli

- Ahli telah diminta menetapkan nick name mereka dan Shah akan menghapuskan mesej dari nick name yang tidak berkenaan

- Shah memaklumkan terdapat banyak ruangan dalam blog yang boleh digunakan seperti mengiklankan perniagaan dan sebagainya.

2) Hari Keluarga 2006

- Uncle Man telah mencadangkan Hari Keluarga 2006 diadakan di Pantai Melawi pada 20 – 22 Ogos 2006.

- Mesyuarat telah dimaklumkan beberapa ahli yang telah dikenalpasti tidak dapat menghadiri acara tersebut.

- Tarikh Hari Keluarga 2006 mungkin akan berubah, bergantung kepada cuti semester UiTM.

- 2 sukaneka akan dijalankan sehari. Jadual sukaneka tersebut adalah seperti berikut:

i) Hari pertama – bas mini dan bowling kelapa
ii) Hari kedua – 1,2 som (kumpulan) dan hias khemah

Tema hias khemah seperti berikut:
· Hari raya
· Sukan sekolah
· Sekolah

- Neck Soo mencadangkan persembahan bebas pada malam penutup Hari Keluarga 2006. Ahli-ahli bebas memilih jenis persembahan mereka. Walaubagaimanapun, ahli dinasihatkan supaya membuat persiapan sebelum Hari Keluarga dan menetapkan ketua (jika berkumpulan) agar majlis berjalan lancar.

- Ahli-ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Pembahagian ditetapkan mengikut kumpulan usia melalui undian. Senarai tersebut mungkin berubah bergantung kepada kehadiran ahli pada Hari Keluarga itu nanti. Nama kumpulan akan ditetapkan kemudian.

3) Yuran

- Neck Soo memaklumkan ahli boleh mula menjelaskan yuran bulanan sebanyak RM15/keluarga (Jun 2005 – Julai 2006) kepadanya.

Mesyuarat bersurai pada pukul 12.30 malam.

4) Cadangan untuk persembahan

1. Lakonan - dicadangkan buat cerita gergasi dan sang kancil.

2. Koir oleh kumpulan dayang-dayang dara dan dayong-dayong teruna. semua pakai baju hijau ari kahwin tu.. ok tak.

3. Dikir barat oleh ahli dikir barat mcc

Cadangan tema - hijau

Disediakan oleh,

Necksoo
Ketua Editor
Blog MCC

0 comments: