Monday, August 14, 2006

SELARASKAN CUTI SEKOLAH DENGAN IPTA (DARI MEJ (B) WAN ABDUL RAHMAN BIN HJ. WAN MAHMOOD)

Assalamualaikum,

Respon dari tajuk di atas, saya sekeluarga dan bagi pihak penulis artikel mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas tersiarnya artikel tersebut di dalam forum Utusan Malaysia pada 25 Julai 2006. Untuk makluman saudara pengarang, apa yang terkilan dan tersentuh di sini penulis tidak berkesempatan untuk menatap artikel yang ditulis kerana pada tarikh itulah beliau telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.30 malam. Walaubagaimanapun beliau mengetahui artikel tersebut telah disiarkan dan beliau begitu gembira dan berbangga setelah sekian hari selama 2 minggu asyik menunggu bilakah artikel tersebut akan disiarkan, cuma tidak sempat untuk membaca lantaran kesibukan beliau di tapak projek pada hari beliau menghembuskan nafas terakkhir itu.

Sekali lagi saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada utusan dan begitu berbesar hati di atas kesudian saudara pengarang menyiarkan artikel tersebut untuk tatapan umum rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan saudara juga, penulis merupakan seorang yang begitu menekankan konsep keluarga penyayang selaras dengan kehendak kerajaan yang sentiasa berusaha untuk pembangunan insan.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada saudara pengarang khasnya dan utusan amnya. Akhir kata salam hormat dari saya sekeluarga.

WAN RASIDAH BT HJ. WAN MAHMUD
TANAH MERAH, KELANTAN

E-MAIL; wanrasidah@ptptn.gov.my

0 comments: