Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Friday, February 23, 2007

Sejarah Melaka (yg tak didedahkan..)


Minggu lepas, kawe balik ke Tanah Merah. Rasa damai dan tenang je kat sana. Dah lama tak balik actually. Sibuk dengan rutin di KL.

Tanah Merah tak banyak berubah - ada la sikit pembangunan sana situ tapi rata-ratanya masih sama. Someone should do something. Bukan nak memperkecil, tapi tak mustahil dalam masa sepuluh tahun lagi pun Tanah Merah akan tetap camtu, takpe la, nostalgia.

Anda suka/minat sejarah?

Ok, kali ni kawe nak cakap pasal sejarah plak. Ops! sorry bukan sejarah Tanah Merah - no, no, bukan. Tapi sejarah Melaka (yang tak didedahkan).

Kisah atau cerita ni kawe petik dari blog kak Shay. Kawe percaya dia pun copy-paste dr blog orang lain jugak ataupun maybe dapat dr e-mail. Apa pun tak kisah lah, kawe tetap nok kasi kredit kat dio. Pada makcik-makcik hok suko shopping tu, tak kira la window shopping je ko or mmg gigih bershopping, hah, bulih la pi melawat ke blog kak Shay yg sememangnya terkenal dengan paparan eksklusif cerita-cerita pasal shopping (fesyen, beg, mekap etc.)

Berbalik pada cerita sejarah Melaka tadi, semoga kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa ketuanan melayu di sanggah selama ini.....

1508

alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat dan raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera)

1509

Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1510

alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512

setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512

alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah,perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas FEB 1512...

Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3

selamat pagi tuan (sambil bertabik)

al fonso : selamat pagi

Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang

alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah,hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 : Betul tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabaq, hang lagu mana,hang pi mana, hang dah berak ka, hang singgah dulu,bapak hang,mak hang,tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang...

Opss! Hehehehe... Sekian pelajaran SEJARAH kita hari ni.

To che... to che...

Friday, February 09, 2007

Kerana Semangkuk Mee

Dari Meja Wan Rasidah


*kredit gambar : gettyimages


Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.

Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang.

Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya. Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.

Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis.
Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah.

Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya.