Friday, February 23, 2007

Sejarah Melaka (yg tak didedahkan..)


Minggu lepas, kawe balik ke Tanah Merah. Rasa damai dan tenang je kat sana. Dah lama tak balik actually. Sibuk dengan rutin di KL.

Tanah Merah tak banyak berubah - ada la sikit pembangunan sana situ tapi rata-ratanya masih sama. Someone should do something. Bukan nak memperkecil, tapi tak mustahil dalam masa sepuluh tahun lagi pun Tanah Merah akan tetap camtu, takpe la, nostalgia.

Anda suka/minat sejarah?

Ok, kali ni kawe nak cakap pasal sejarah plak. Ops! sorry bukan sejarah Tanah Merah - no, no, bukan. Tapi sejarah Melaka (yang tak didedahkan).

Kisah atau cerita ni kawe petik dari blog kak Shay. Kawe percaya dia pun copy-paste dr blog orang lain jugak ataupun maybe dapat dr e-mail. Apa pun tak kisah lah, kawe tetap nok kasi kredit kat dio. Pada makcik-makcik hok suko shopping tu, tak kira la window shopping je ko or mmg gigih bershopping, hah, bulih la pi melawat ke blog kak Shay yg sememangnya terkenal dengan paparan eksklusif cerita-cerita pasal shopping (fesyen, beg, mekap etc.)

Berbalik pada cerita sejarah Melaka tadi, semoga kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari pendedahan ini kita megambil iktibar betapa ketuanan melayu di sanggah selama ini.....

1508

alfonso de la boorg meyampaikan hasratnya kepada raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke asia tenggara ( melaka pusat perdangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat dan raja portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera (158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera)

1509

Portugis menhantar perisik ke melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1510

alfonso berjaya menawan melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (hang tuah, hang lekir, hang lekiu,hang jebat dan hang kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15ribu askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512

setahun 12 bulan kemudian alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke kedah dan p.pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512

alfonso menghantar perisik ke kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana ( Kedah dan p.pinag) mengikut sejarah,perisiknya telah ke kedai kopi sekitar kedah dan pulau pinang untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan...

Seminggu selepas FEB 1512...

Perisik balik ke melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso

Dibawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3

selamat pagi tuan (sambil bertabik)

al fonso : selamat pagi

Perisik 1 : Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan kedah dan pulau pinang

alfonso : Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2 : Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang tuah,hang jebat, hang kasturi, hang likir dan hang lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan kedah dan perlis yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3 : Betul tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabaq, hang lagu mana,hang pi mana, hang dah berak ka, hang singgah dulu,bapak hang,mak hang,tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu alfonso pun tak jadi nak pi serang kedah dan pulau pinang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu melaka amat ngeri...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat kedah dan pulau pinang...

Opss! Hehehehe... Sekian pelajaran SEJARAH kita hari ni.

To che... to che...

0 comments: