Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Tuesday, September 23, 2008

Kad Raya, Oh! Kad Raya!

[ Klik imej untuk MUAT TURUN. Terima kasih. ]

Ada macam-macam kad raya. Tapi sesuai dengan mood raya yang tinggal beberapa hari lagi ni, yang ini Kawe buat khas untuk MCC.

Sebagai pengganti diri, terutama buat sanak-saudara yang tidak dapat bersama pada tahun ini, Cik Nah sekeluarga, Kak Ngah, Aisy dan Abe Taq, Fadzli dan Maria yang akan pulang lambat ke Kelantan- khas buat mereka, juga semua warga MCC yang regular kat sini, Sue, Klong, Umi, Ayah Ngah, Shasha, Nanik, Nana, Mimie, Epi, Yoe, Okie, Uni, Ime, Tokdy, Aju- terimalah ikhlas dari Kawe, ringkas tapi bermakna. Insyallah, tahun depan kita akan bersama ramai-ramai. Jangan lupa photoshoot raya ya!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Jumpa di Tanah Merah!

Monday, September 15, 2008

Eksklusif! Lagi Foto-Foto Adik Nabil

Entah bila agaknya Kak Long nak bagitau Kawe nama adik baru Bil-Bil nih. Buat suspen je. Tapi takpe, untuk tidak hampakan semua, Kawe siarkan dulu foto-foto eksklusif dari kiriman Aju (terima kasih!), istimewa buat tatapan pengunjung dan ahli keluarga MCC khasnya.

Ada sapa-sapa dah teka dengan tepat nama ahli keluarga terbaru MCC ni? Jom pakat-pakat bincang di tagboard ya!

Wednesday, September 10, 2008

Eksklusif! Gambar Adik Nabil


Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Eksklusif dan khas buat tatapan semua- [ Berita! ] Kak Long Nini kita telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel (ada rupa Nabil tak?) di Hospital Ampang Puteri tepat jam 8 pagi semalam (berat 2.52kg).

Tahniah buat Kak Long dan Abang Shaman! Bertambah lagi nampaknya warga baru MCC!

To Adik Nabil ni (Kawe belum tahu namanya), "SELAMAT DATANG KE KELUARGA MCC!!"

Cerita Nasi Kerabu Kuning dan Buka Puasa Bhg. 2

KL! KL! KL!

Terakhir Kawe ke Kuala Lumpur ialah kira-kira dua bulan yang lalu. Tak banyak aktiviti yang Kawe buat kali ini selain dari memenuhi jemputan berbuka puasa saudara-mara dan kawan-kawan.

Masa yang terhad, jadual yang padat- duh! Bagaimana ya? Teringin juga mahu jalan-jalan di KLCC namun bukan rezeki Kawe kali ini. Hari pertama di rumah aunty di TUDM Subang, hari kedua di rumah baru Abang Fadzli di Kajang. Ahad terakhir baru dengan kawan-kawan di Desa Petaling.

Tak banyak Kawe snappy-snappy kat rumah baru Abang Fadzli. Sampai pun dah nak dekat waktu berbuka. Masing-masing dah bersedia mengadap hidangan. Ramai juga yang ada. Macam biasa- Sue dan husband tercinta, Uncle Man, Cik Nah dan Baba Chik, Angah, Kak Teh, Emey, Nanik, Shasha, Epi, Okie, Ayah Sue (yang datang lepas berbuka), tuan rumah, Abang Fadzli dan Maria, adik-adik Maria, selain Kak Long sekeluarga.

[ Oh, sebut pasal Kak Long ni kan, buat pengetahuan semua- ini berita gembira yang baru Kawe terima pagi tadi. Kak Long Nini kita telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel di hospital Ampang Puteri tepat jam 8 pagi tadi (berat 2.52kg). Nanti Kawe usahakan untuk mintak gambar dari warga MCC di Kuala Lumpur untuk letak gambar baby tu kat sini ya!

Anyway, tahniah buat Kak Long dan Abang Shaman! Bertambah lagi nampaknya warga baru MCC! ]

Berbalik pada cerita di KL, pagi Ahad lalu juga, Kawe sempat ikut kawan-kawan ke jualan warehouse di kilang Pensonic di PJ. Memang Kawe tak tahu apa-apa pun pasal jualan ini- ingat tempat apalah. Namun sebaik tiba, Kawe pun turut excited. Kesemua barangan elektrik (berjenama Pensonic) yang dijual adalah separuh dari harga sebenar, malah ada yang berkali ganda jauh lebih murah dari yang dijual di pasaraya!

Rambang mata dibuatnya. Ada la beberapa peralatan elektrik yang Kawe beli- antaranya hair dryer (RM19), periuk nasi kecik (RM47), pemain DVD (RM88) selain teringat yang rumah di Tanah Merah dan madrasah takde vacum cleaner, Kawe beli juga satu vacum cleaner berharga RM129. Kira untuk kegunaan sendiri cuma dua ajelah, hair dryer ngan periuk nasi (bawak balik ke Penang), lagi dua tu untuk bawak balik ke Tanah Merah raya nanti.

Kat KL juga, Kawe sempat bertemu dengan dua orang klien Kawe, yang juga merupakan teman rapat Kawe masa kat Germany dulu, Wardy dan adiknya Suria di Restoran Naili's di Ampang, bagi berbincang mengenai rekabentuk produk barangan keluaran syarikat mereka.

Baru kali ini Kawe berpeluang bertemu mereka, alang-alang dah datang KL ni kan, Kawe cuba juga curi-curi masa untuk berjumpa.

Itulah, sedikit-sebanyak catatan Kawe sepanjang 'terbang' ke Tanah Merah dan Kuala Lumpur minggu lalu. Sedikit-sebanyak Kawe dapat juga berkumpul bersama keluarga dan teman-teman biarpun tak lama. Terima kasih kepada semua (terutama buat Cik Wae, Mama, Mok dan warga di Tanah Merah yang telah bersusah-payah memasak nasi kerabu kuning buat Kawe).

SELAMAT BERPUASA dan Salam Ramadhan yang mulia.

Ikhlas,
Kawe@MCC

*kepada sesiapa yang mempunyai sebarang catatan atau artikel untuk disiarkan di sini, sila e-melkan kepada mail2mcc@yahoo.com. Sila tulis di notepad atau word sahaja. Gambar juga boleh disertakan (jika ada). Kerjasama adalah amat dihargai. Terima kasih.

Tuesday, September 09, 2008

Cerita Nasi Kerabu Kuning dan Buka Puasa Bhg. 1

Minggu lalu agak hectic bagi Kawe. Berkelana dari Subang ke Pulau Pinang- biarpun menaiki penerbangan, duh! Puasa-puasa camni, terasa juga jerihnya.

Sebaik pulih dari demam dan keluar dari hospital minggu lalu, Kawe mengambil peluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Tanah Merah (cepat Google lokasi. Klik di sini!).

Lama juga Kawe tidak menjengah ke sana. Sesekali menjenguk Mok, Ayah Ngah, Umi, Adik Sarah dan mereka-mereka di kampung, terasa terisi juga puasa Kawe kali ini.

Sementelah terdetik di hati, langsung saja Kawe menempah penerbangan ke Kota Bharu. Dalam paperbag, dah siap beberapa gift (Starbucks bear, vcd kartun dan coklat) untuk kasi kat Sarah. Jarang balik, sesekali apa salahnya beli hadiah untuk dia.

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu hampir ke jam 1 tengahari. Kawe jalan-jalan dahulu di KB Mall sementara menunggukan Ayah Ngah untuk ke Tanah Merah. Sempat masuk ke Watson's, lepak di Popular dan beli Oreo Cheese di Secret Recipe.

Tanah Merah.

Nyata pekan kecil ini dah banyak berubah. Dah banyak kedai-kedai dan bangunan baru yang didirikan. Merupakan pusat laluan masuk utama dari negeri-negeri di Utara dan Selatan Semenanjung, juga popular dengan kenderaan rasminya iaitu keretapi ke Singapura dan Kuala Lumpur. Jika dulu, Kawe sering juga menggunakan perkhidmatan ini. Senang dan mudah, cuma 10 minit dari rumah (kalau tak tersekat dengan gate keretapi).

Bertolak lewat petang, awal pagi dah tiba di KL Sentral. Itupun kalau takde masalah banjir dan rail rosak lah.

Kebiasaannya, Kawe akan mengambil koc tempat tidur. Lebih selesa.

Namun masa berubah. Selain faktor menjimatkan masa, kos yang lebih murah (atau setara) juga memungkinkan Kawe untuk membuat pilihan menaiki penerbangan.

Selama 4 hari, 3 malam Kawe di sini. Bersama Mok dan keluarga tersayang, entahlah. Beri Kawe seribu satu macam rasa. Seperti yang Kawe nyatakan tadi, masa berubah. Hanya tinggal tiga orang generasi muda MCC kat sini- Sarah, Abe dan Dina (yang paling dekat). Petang-petang Mok, Cik Wae, Mama dan mungkin sesekali Mama Long atau Cik Ngah datang berkumpul di tangga umah Mok. Bersembang, bertukar-tukar cerita. Hobi kegemaran Kawe juga dulu-dulu masa sekolah pepetang. Heh.

Selain itu, tak banyak yang Kawe bisa buat di sini. Sementelah Kawe juga sudah terputus hubungan dengan kawan-kawan dan teman sekampung. Jika ada pun, ramai yang sudah bekerja atau masih belajar di luar. Adatnya, hampir ke Aidilfitri nanti, baru kampung kembali meriah.

Mesti ramai yang setuju jika Kawe cakap, kebanyakkan dari kami membesar dalam kelompok keluarga- sepupu-sepupu sahaja (dari satu generasi) sudah mampu membentuk satu pasukan bola. Rumah pun tak jauh, semua dalam satu kawasan. Faktor yang 'menyekat' kami dari bergaul dengan budak-budak kampung yang lain. Bila dah besar, semua dah ada komitmen sendiri, sunyilah jadinya.

Di hari ketiga (Khamis, 4hb.), Kawe usul semua saudara-mara (mana yang menetap di sini) datang berbuka di rumah Mok. Kasihan juga ada yang tinggal berdua, bertiga (anak-anak semua di Kuala Lumpur). Nak tunggu semua pulang lambat lagi, jadi elok juga kalau Kawe ajak now kan, at least mereka takderlah rasa sedih atau terkilan sangat. Berkumpul ramai-ramai ni seronok. Tambah lagi berbuka bersama.

Oh, ya- jika semalam Kawe ke pasar Ramadhan di Bandar Tanah Merah sama Mama dan Cik Wae, oh lupa nak cerita. Makanan semua best-best kat sini. Yang penting tiada yang masak setahun sekali atau baru cuba-cuba nak memasak kat sini (even kalau ada pun, masakan diorang tetap tip-top). Cuma ralatnya, ketara sangat, makanan semua dah mahal-mahal sedikit berbanding dulu. Orang Kelantan pun dah pandai naikkan harga. Heh.

Ada dua menu di sini yang menarik perhatian Kawe- bubur lambuk dan perut percik (perut ayam yang dicucuk dengan lidi satay dan dimasak percik). Sedapp!

Hidangan popular masyarakat Kelantan terutama waktu berbuka... tapi bubur lambuk? Oh, pertama kali Kawe melihatnya- di 'import' dari Kampung Baru lak tuh.

Huhuhu...

Okay back to aktiviti hari ini, Kawe ikut Cik Wae ke pasar besar. Banyak juga yang kami beli. Nak tahu apa menu berbuka nanti? Nasi Kerabu Kuning. Hahaha... my kegemaran tuh!

Tak susah nak buat Nasi Kerabu Kuning nih actually. Blend je kunyit, amik airnya dan rendam bersama beras. Lain-lain ialah kerabu, budu, solok lada (wajib ada) dan keropok. Terpulang juga kalau ada yang nak tambah ayam percik ke, ikan goreng tepung ke. Perghh... puasa-puasa ni, kecur liur ya!

Gambar-gambar menarik sekitar buka puasa bersama Nasi Kerabu Kuning...

Pose Mimi & Sarah...

Umi, Mok & Cik Ngah sedang sibuk memotong ulam-ulaman dan kerabu

Mama & Cik Wae pose sambil dok bakar ayam percik... yumm... yummm...

Buka time...

Dari Kelantan, Kawe mengambil pula penerbangan tengahari ke Kuala Lumpur. Ayah Ngah dan Umi berserta Adik Sarah hantar Kawe ke airport. Terima kasih ya. Susah-susah aje. Rasa sedih juga nak tinggalkan semuanya tapi apakan daya.

Sama seperti Pulau Pinang-Kota Bharu, kali ni Kawe masih memilih Firefly.

Untuk pengetahuan, now Firefly dah pun melancarkan aircraft terbaru mereka, ATR 72-500 di mana mampu memuatkan kapasiti penumpang seramai 72 orang berbanding Fokker 50 cuma 50 penumpang. Selain harga promosi yang murah (waktu terhad sahaja), faktor kelebihan Firefly ialah lokasi lapangan terbangnya yang terletak tak jauh dari Kuala Lumpur (Subang Airport).

Bersambung....