Wednesday, September 10, 2008

Cerita Nasi Kerabu Kuning dan Buka Puasa Bhg. 2

KL! KL! KL!

Terakhir Kawe ke Kuala Lumpur ialah kira-kira dua bulan yang lalu. Tak banyak aktiviti yang Kawe buat kali ini selain dari memenuhi jemputan berbuka puasa saudara-mara dan kawan-kawan.

Masa yang terhad, jadual yang padat- duh! Bagaimana ya? Teringin juga mahu jalan-jalan di KLCC namun bukan rezeki Kawe kali ini. Hari pertama di rumah aunty di TUDM Subang, hari kedua di rumah baru Abang Fadzli di Kajang. Ahad terakhir baru dengan kawan-kawan di Desa Petaling.

Tak banyak Kawe snappy-snappy kat rumah baru Abang Fadzli. Sampai pun dah nak dekat waktu berbuka. Masing-masing dah bersedia mengadap hidangan. Ramai juga yang ada. Macam biasa- Sue dan husband tercinta, Uncle Man, Cik Nah dan Baba Chik, Angah, Kak Teh, Emey, Nanik, Shasha, Epi, Okie, Ayah Sue (yang datang lepas berbuka), tuan rumah, Abang Fadzli dan Maria, adik-adik Maria, selain Kak Long sekeluarga.

[ Oh, sebut pasal Kak Long ni kan, buat pengetahuan semua- ini berita gembira yang baru Kawe terima pagi tadi. Kak Long Nini kita telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel di hospital Ampang Puteri tepat jam 8 pagi tadi (berat 2.52kg). Nanti Kawe usahakan untuk mintak gambar dari warga MCC di Kuala Lumpur untuk letak gambar baby tu kat sini ya!

Anyway, tahniah buat Kak Long dan Abang Shaman! Bertambah lagi nampaknya warga baru MCC! ]

Berbalik pada cerita di KL, pagi Ahad lalu juga, Kawe sempat ikut kawan-kawan ke jualan warehouse di kilang Pensonic di PJ. Memang Kawe tak tahu apa-apa pun pasal jualan ini- ingat tempat apalah. Namun sebaik tiba, Kawe pun turut excited. Kesemua barangan elektrik (berjenama Pensonic) yang dijual adalah separuh dari harga sebenar, malah ada yang berkali ganda jauh lebih murah dari yang dijual di pasaraya!

Rambang mata dibuatnya. Ada la beberapa peralatan elektrik yang Kawe beli- antaranya hair dryer (RM19), periuk nasi kecik (RM47), pemain DVD (RM88) selain teringat yang rumah di Tanah Merah dan madrasah takde vacum cleaner, Kawe beli juga satu vacum cleaner berharga RM129. Kira untuk kegunaan sendiri cuma dua ajelah, hair dryer ngan periuk nasi (bawak balik ke Penang), lagi dua tu untuk bawak balik ke Tanah Merah raya nanti.

Kat KL juga, Kawe sempat bertemu dengan dua orang klien Kawe, yang juga merupakan teman rapat Kawe masa kat Germany dulu, Wardy dan adiknya Suria di Restoran Naili's di Ampang, bagi berbincang mengenai rekabentuk produk barangan keluaran syarikat mereka.

Baru kali ini Kawe berpeluang bertemu mereka, alang-alang dah datang KL ni kan, Kawe cuba juga curi-curi masa untuk berjumpa.

Itulah, sedikit-sebanyak catatan Kawe sepanjang 'terbang' ke Tanah Merah dan Kuala Lumpur minggu lalu. Sedikit-sebanyak Kawe dapat juga berkumpul bersama keluarga dan teman-teman biarpun tak lama. Terima kasih kepada semua (terutama buat Cik Wae, Mama, Mok dan warga di Tanah Merah yang telah bersusah-payah memasak nasi kerabu kuning buat Kawe).

SELAMAT BERPUASA dan Salam Ramadhan yang mulia.

Ikhlas,
Kawe@MCC

*kepada sesiapa yang mempunyai sebarang catatan atau artikel untuk disiarkan di sini, sila e-melkan kepada mail2mcc@yahoo.com. Sila tulis di notepad atau word sahaja. Gambar juga boleh disertakan (jika ada). Kerjasama adalah amat dihargai. Terima kasih.

0 comments: