Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Friday, December 04, 2009

Bamboo Restaurant and Cafe, Bangi

Akhirnya gambar yang ditunggu-tunggu- foto-foto ni Kawe ambil dari blog Bamboo Restaurant and Cafe sendiri (kredit to Aju). Wah belum apa-apa Bamboo pun dah ada blog sendiri nih. Bagus- itulah strategi namanya.

Baru sahaja beroperasi, bertemakan "bamboo" atau buluh sebagai konsep dekorasi kedai, Bamboo menyediakan banyak hidangan dan masakan kampung terutamanya masakan-masakan dari Kelantan.

Dibuka dari awal jam 8 pagi, hinggalah 12 tengah malam, setiap hari kecuali Ahad. Sebagai tarikan, Bamboo juga menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma dan skrin tayangan besar untuk siaran tv terutama bagi peminat-peminat sukan bola.

Pada yang belum singgah, atau punya berkesempatan untuk bertandang ke mari, Kawe paparkan di sini gambar-gambar istimewa restoran dan juga seleksi makan-manakan yang ada disediakan di sini. Selamat 'menjamu' selera!








Tak tahu nak datang ke mari? Senang aje. Di sini anda boleh lah memuat turun 'map' atau peta di bawah, atau save as ke dalam komputer, klik untuk save. Mudah bukan?

Alamat :-

Bamboo Restaurant and Cafe
8-G-1, Jalan Medan PB 2A
Pusat Bandar Seksyen 9,
42650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Kawe@MCC - tunggu reramai pi serbu makan tengahari kat Bamboo. Ada sesiapa nak join?

Monday, November 30, 2009

Kenangan Aidilfitri MCC 2009

(Sila klik pada gambar untuk save as a wallpaper)

Pic ni snap masa kat umah Cik Ngah during last raya. Terjumpa balik masa Kawe dok belek-belek dalam komputer semalam nak cari pic arwah Tok Dor (Kg. Sat) untuk disiarkan di sini.

Percaya atau tak, Kawe takde satu pun koleksi pic arwah. Ralat juga. Kepada sesiapa yang ada mempunyai atau menyimpan gambar-gambar arwah, sila e-mail kan kepada Kawe. Terima kasih.

Sayu plak tetibe bila tengok balik pic nih. Makin bertambah generasi baru MCC, makin bertambahlah usia masing-masing, maknanya makin dekat lah kita untuk sampai ke 'destinasi'.

Al Fatihah buat arwah Tok Dor. Juga arwah mereka-mereka yang telah pergi. Amin.

Kawe : Sebak.

Sarah & Nabil @ KFC

Taken during last Raya Haji... dah lama teringin nak bawak bebudak ni pi makan KFC... too bad Aisy takde kali ni, takpe next time balik lagi kita ajak Aisy lak kay? :-)

(Sila klik pada gambar untuk save as a wallpaper)

Monday, November 23, 2009

Laporan Banjir Terkini Di Kelantan

Banjir Makin Buruk

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
UTUSAN MALAYSIA, 23 NOVEMBER 2009

# Di Terengganu 5,641 mangsa daripada 1,288 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

# 300 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ‘berkampung’ di tujuh sekolah menengah di Besut bagi pastikan mereka dapat duduki peperiksaan hari ini.

# Jalan Sungai Tong-Kuala Berang ditutup kerana dinaiki air setinggi 1.2 meter, Jalan Penarik-Permaisuri (0.5 meter), Jalan Ajil - Kuala Berang

(0.9 meter).

# Di Kelantan 2,668 mangsa daripada 480 keluarga dipindahkan ke 729 pusat pemindahan.

# Paras air Sungai Kelantan di Kusial, Kuala Krai, Sungai Golok dan Rantau Panjang melebihi paras bahaya.

KOTA BHARU 22 Nov. – Keadaan banjir di negeri ini semakin teruk menyebabkan seramai 2,668 mangsa daripada lebih 480 keluarga dipindahkan ke 729 pusat pemindahan banjir hari ini.

Laman web mengenai banjir di negeri ini melaporkan, setakat pukul enam petang ini, Jajahan Pasir Mas paling terjejas teruk apabila sejumlah 910 mangsa daripada 240 keluarga dipindahkan.

Menurut laman web itu, Jajahan Kuala Krai turut terjejas teruk selepas banyak kawasan rendah dinaiki air menyebabkan 669 mangsa berpindah ke lapan pusat pemindahan yang dibuka.

“Di Jajahan Tanah Merah, seramai 251 mangsa dipindahkan membabitkan 58 keluarga manakala 119 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan di Jajahan Jeli.

“Di Pasir Puteh, 36 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan manakala 19 lagi mangsa daripada empat keluarga turut berpindah di Jajahan Machang,” lapor laman web tersebut.

Sementara itu, laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menunjukkan paras air di beberapa sungai utama iaitu Sungai Kelantan di Kusial dan Kuala Krai serta Sungai Golok di Jenab dan Rantau Panjang telah melebihi paras bahaya.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi mengesahkan beberapa jalan di negeri ini telah ditutup akibat dinaiki air.

Jalan Kampung Panglima Bayu dan Kampung Kajang di Rantau Panjang ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air sehingga sedalam satu meter.

Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di Kilometer 45 turut ditutup kepada kenderaan ringan kerana turut mengalami nasib sama.

Jalan Tanah Merah-Kusial di Kilometer 6.7 turut ditutup kepada semua jenis kenderaan.

Dapatkan INFO TERKINI keadaan banjir di Kelantan. KLIK DI SINI.

Kawe@MCC

Tuesday, November 17, 2009

Happy Birthday Novemberians!!!

Bersempena dengan entry khas bulan ini, Kawe mewakili semua ahli MCC, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat semua ahli-ahli yang lahir di dalam bulan November ini.

Semoga panjang umur dan murah rezeki semuanya... jangan risau-risau... age is strictly a case of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter. Hahaha... lagipun everyone is the age of their heart kan? Kan? :)

Salam sayang dari Kawe.

Senarai ahli MCC Novemberians :-

Mamalong - 12/11
Uncle Man - 16/11
Nana - 24/11
Nanik - 27/11
Cik Uly/Epi - 28/11
Ayah Chik - 30/11

*Kepada mana-mana nama yang tertinggal, sila update Kawe untuk dimasukkan ke dalam senarai. Terima kasih.

"HAPPY BIRTHDAY!!"

Kawe@MCC

Wednesday, November 11, 2009

MCC "Get-Together Movie Gathering" : 2012

PERHATIAN : Kepada ahli MCC (terbuka kpd baru/lama) yang berminat ingin menyertai sesi "Get-Together Movie Gathering" 2012 Ahad ni, 15/11/09 pada jam 2.55 petang- sila berkumpul di Alamanda selewat2nya pada jam 1.30 petang. Sms/inbox Kawe dengan segera (nama/jumlah family yg datang) untuk tujuan pengesahan dan penempahan tiket. Terima kasih - Kawe@MCC, MODERATOR

Monday, November 09, 2009

Bah: 8 sekolah ditutup

Sumber : Berita Harian, Isnin, 9 November 2009

TINJAUAN jurugambar Berita Harian, Fathil Asri melalui udara bersama dengan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati hampir 80 ekor lembu dan kambing serta kenderaan milik penduduk Tumpat sekitar Jeram Perdah terperangkap di kawasan lapang seluas padang bola, selepas kawasan sekelilingnya ditenggelami banjir, semalam.

KOTA BHARU: Enam sekolah rendah (SK) dan dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang menempatkan kira-kira 5,000 murid di sekitar jajahan Tumpat dan Pasir Mas, ditutup mulai hari ini kerana ditenggelami banjir.

Sekolah berkenaan ialah SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Teluk Jering dan SK Bunohan di Tumpat; manakala di Pasir Mas ialah SK Meranti, SMK Meranti, SK Lubok Setol dan SMK Rantau Panjang.

SK Bunohan ditutup untuk dijadikan pusat pemindahan lebih 500 mangsa banjir sekitar Bendang Pak Yong sejak pagi semalam selepas banjir semakin buruk akibat limpahan air Sungai Golok.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Meranti dan SMK Rantau Panjang ditempatkan di asrama sekolah masing-masing untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Katanya, jabatan juga menyediakan pusat pemindahan banjir alternatif untuk mereka sebagai persediaan jika banjir berterusan.

"JPN sudah mengeluarkan notis awal kepada semua guru besar dan pengetua sekolah terbabit supaya mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan tiada calon SPM yang terjejas dan terlepas peluang menduduki peperiksaan," katanya.

Mohd Ghazali berkata, pihaknya masih memantau perkembangan banjir, khususnya sekitar Tumpat dan Pasir Mas yang dijangka bertambah buruk dan kemungkinan lebih banyak sekolah ditutup.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi pula menasihatkan ibu bapa di kawasan terjejas banjir meningkatkan pemantauan.

Sejak banjir melanda Kelantan pada Jumaat lalu, seorang pemuda menjadi korban selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Pasir Puteh. Mayat mangsa ditemui tersangkut pagi semalam.

Saturday, November 07, 2009

Piala Malaysia - Kelantan Vs. N. Sembilan 85,000 tiket habis

Oleh Ahmad Khawari Isa

ahmadkhawari@bharian.com.my

Kelantan, NS mahu akhiri kemarau julang Piala Malaysia

JAGOAN Piala Malaysia (dari kiri) Rezal Zambery (kapten Negeri Sembilan), Wan Jamak, Sathianathan dan Indra Putra Mahayuddin (kapten Kelantan) dipertemukan di Bukit Jalil, petang semalam. Malam ini jadi penentu siapa berhak membawa pulang Piala Malaysia musim 2009.

SEBAHAGIAN penyokong pasukan bola sepak Kelantan menunjukkan risalah "Semua Tiket Untuk Perlawanan Akhir Habis Dijual" di pintu masuk Stadium Nasional, Bukit Jalil, petang semalam.

KUALA LUMPUR: Penantian lama yang dikongsi Kelantan dan Negeri Sembilan untuk menjulang trofi Piala Malaysia, akan terlerai apabila kedua-dua pasukan beraksi pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Ketika kedua-duanya diakui memiliki barisan hampir seimbang untuk menunjangi misi merealisasikan matlamat berkenaan, namun hanya satu pasukan akan menamatkan kemarau panjang itu.

Dalam sejarah 88 tahun kejohanan tertua bola sepak negara, skuad Kelantan yang diberi jolokan 'Red Warriors' belum pernah memenangi piala berprestij itu manakala Negeri Sembilan kali terakhir menjulangnya pada 1948.

Pada perlawanan penentuan malam ini, Kelantan mengharapkan sentuhan berbisa pemain utamanya, seperti Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamad dan Khalid Jamlus, tetapi pasukan 'Hoben Jang Hoben' juga mempunyai tunggak setanding seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Radzak, untuk menghalang impian skuad Cik Siti Wan Kembang.

Antara peminat setia pasukan "Red Warriors" yang turun padang dengan membeli barangan dan shopping semalam

Lagi gambar para peminat setia pasukan "Red Warriors" (yang sama juga) sedang memilih barangan cenderamata (tapi sempat lagi posing)

Malah, kehangatan suasana final Piala Malaysia sudah dirasai sejak awal pagi semalam apabila ribuan penyokong kedua-dua pasukan berasak-asak untuk membeli baki 5,000 tiket di kaunter Stadium Nasional yang habis dijual dalam tempoh sejam.

PENYOKONG pasukan Kelantan berkumpul di hadapan kawasan Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil.

Sebelum itu, lebih 65,000 tiket habis dijual di Kelantan, manakala 15,000 lagi dibeli penyokong Negeri Sembilan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan semua 85,000 tiket habis dijual dan menasihatkan penyokong yang tidak mempunyai tiket supaya menonton siaran langsung perlawanan itu di TV1.

Namun, di sebalik keghairahan itu, ada pihak yang mencemarkannya dengan kelihatan 'ulat tiket' menawarkan tiket berharga RM20 setinggi RM90 di perkarangan luar stadium, petang semalam.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan dan rakan sejawatnya dari Kelantan, B Sathianathan, saling mengelak dilabel pasukan pilihan.

"Kami senang dengan tumpuan media kepada Kelantan. Ia membebaskan pemain daripada tekanan kerana kami memang bukan pilihan," kata Wan Jamak.

Sathianathan pula berkata: "Saya tidak tahu bagaimana kami boleh dianggap sebagai pilihan. Daripada empat pertemuan musim ini, Negeri Sembilan menang tiga. Lagipun sebelum ini, kami pernah dianggap pasukan tanpa langsung ada peluang."

Kredit gambar/teks :
Berita Harian, Sabtu, 7 November 2009
Facebook Aiman/Eme

Kawe@MCC

Tuesday, November 03, 2009

Konvo Angah@PICC, Putrajaya

Salam MCC!! Selama pagi semua... apa khabar? Harap sihat-sihat hendaknya. Di sini Kawe nak berkongsi gambar-gambar sekitar majlis konvo Angah yang sempat Kawe rakam minggu lalu di Putrajaya International Convention Center(PICC), Putrajaya.

Tahniah buat Angah di atas graduasi anda. Nampak dia memang ceria habis hari tuh- mak, baba, abang, Kak Maria, even Icha pun senyum je nampak auntie dia dah konvo hehe...

Buat Angah, Kawe dan ahli MCC tumpang bangga dengan anda! - Selamat menginjak ke alam dewasa, Angah!

Oh, tahun depan boleh lah start hulur duit raya ye...

Kawe@MCC

Friday, October 30, 2009

Rumah Mok Berwajah Baru

Kesan dari beberapa siri insiden 'pecah rumah' sebelum ini, juga yang terbaru, kehilangan telefon bimbit milik Mok dan juga wang tunai berjumlah RM100, kini rumah Mok terpaksa diletakkan jeriji besi (grill) di bahagian pintu depan dan juga tingkap-tingkap di sekekeling rumah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Gambar-gambar berikut ini adalah kiriman mms dari Cik Wae kepada blog MCC khas untuk berkongsi dengan MCC semua.

Kawe rasa langkah ini patutnya sudah lama dibuat. Walaupun nampak janggal (rasa macam rumah Mok dah hilang identiti asal kan?) tapi kata Cik Wae, tindakan memasang jeriji ini perlu demi keselamatan.

Pelik juga kerana selama ni sejak bertahun-tahun rumah Mok tak pernah dipasang jeriji ni, takde pula kes-kes 'pecah umah' atau orang datang masuk merompak (seingat Kawe lah) dan sebagainya.

Mungkin budak-budak sekarang makin nakal, atau mereka saja-saja nak cuba nasib suka-suka pecah masuk ke rumah orang. Bagi yang waras tu takpe juga, bagaimana bagi yang kurang siuman dan susah kita nak agak tindakannya? Maunya bawak pisau ke... parang ke..? Nauzubillah...

Bahaya. Harap-harap ada tindakan susulan yang bakal diambil. Jangan nasi dah jadi bubur sudah.

Syabas buat Mok, Cik Wae dan Mama di atas tindakan memasang jeriji ni. Sekali lagi walaupun janggal, Kawe sokong 100%. Demi keselamatan, kadang-kadang yang janggal dan pelik tu harus diterima sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.

p/s : Syabas buat Aju yang telah memulakan perniagaan restoran makanannya sendiri di Bangi. Kepada sesiapa yang nak join Kawe malam ni ke "Restoran Bamboo" miliknya, jom kita pakat ramai-ramai serbu... cayalah Aju!

Kawe@MCC

Wednesday, October 28, 2009

BBQ@Putrajaya

Kawe penat!!

Penat dok tunggu artikel-artikel, citer dari korang, dari awal wat blog ni dibuat sampai la now takde sorang pun yang pernah hantar e-mail kat Kawe, not even gambar tentang apa yang berlaku dalam hidup masing-masing. Kalau ada pun artikel-artikel yang dicopy-paste dari email-email berantai.

Bukan Kawe tak nak siarkan, ada yang pernah Kawe siarkan, contoh; kisah-kisah pengajaran dan agama tapi kalau boleh banyakkan lah hantarkan tentang diri sendiri.

Tak perlu nak karang panjang-panjang macam budak sekolah, cukup satu-dua keping gambar tentang aktiviti korang berserta caption ringkas-ringkas, tajuk, kat mana snap. That's all. Kalau ada ayat dua tiga perenggan lagi la bagus kan?

Penat tau nak harapkan Kawe sorang wat semua keje-keje ni. Hehehe... bukan komplen, tapi kalau boleh tu minta la kerjasama semua ya pas ni... tak perlu Kawe nak ulang-ulang banyak kali.

Ikutkan busy, semua orang busy, tapi nak kata "buta IT", mustahil istilah tu untuk kerabat MCC. Bukan calang-calang semuanya. Jurutera, bakal jurutera, misi, cikgu, polis, lawyer (eh ada ke?) semua ada dalam MCC.

So pas ni, please la Kawe mintak sangat-sangat dapat bagi kerjasama ya. Hantarlah apa-apa artikel je tentang diri masing-masing, apa yang berlaku dalam hidup, majlis konvo ke... pergi piknik je... tershopping kasut satu lori kat Sogo ke... nak kongsi ilmu cara-cara nak jaga anak pun boleh... resepi masakan ke... hantar dan e-mail je kat Kawe, of course ngan gambar sekali la.

Sama-sama lah kita hidupkan blog MCC ni, kasi meriah sikit. Kalau tak kita, siapa lagi kan? Unless semua nak tengok blog ni mati and berpindah secara total ke Facebook.

Blog ni idea arwah Babalong. Kawe pasti kita pun sayang nak lepaskan macam tu aje kan?

Ok, ok nak tahu sesuatu? Pssttt... ada citer panas ni dalam MCC. Buat masa ni Kawe sebenarnya tunggu green light dari salah seorang ahli MCC (rahsia dulu siapa) untuk Kawe siarkan gambar "ehem ehem" terbaru beliau. Untuk pengetahuan semua, minggu lalu Kawe telah dijemput secara eksklusif ke rumah "ehem ehem" berkenaan bagi majlis tertutup hari jadi anak "ehem ehem" berkenaan.

Siapa dan kat mana? Tungguuuuuuuu aje lah yer. Sementara tu, enjoy je la gambar-gambar yang ditangkap oleh "propa-rrazi" MCC kat bawah ni untuk tatapan semua. Heh heh heh...

Okayla semua. Kawe minta diri dulu. Maaf terkasar bahasa atau terkurang gula. Teruskan singgah di blog MCC. Blog kita, sama-sama la kita jaga dan sayangi. Bukan untuk Kawe, tapi untuk semua, sampai generasi seterusnya. Nabil, Sara, Aisy, Icha...............

Tanpa blog ni, kita takkan dapat berhubung setiap hari dan bertukar-tukar cerita. Cuma blog ini aje lah tempat kita "berkumpul" walaupun tidak bersua muka.

Salam sayang dari Kawe.






Kawe@MCC

Friday, October 09, 2009

Satu Hari Di Hari Raya... Aktiviti Malam Raya

Aktiviti malam raya di rumah Tok....