Tuesday, February 22, 2011

Lawat Blog Tok Ayah Abdullah Di Paris!



Salam MCC!

Pagi ini Kawe terima kiriman mesej di FB dari Tok Ayah Abdullah. Pada generasi baru MCC yang masih tidak kenal atau tidak ingat siapa Tok Ayah Abdullah, beliau adalah anak saudara kepada Che Membunga. Hmmm pastinya banyak kenangan-kenangan beliau waktu bersama Allahyarmah Che Membunga kan? Mungkin jika suatu hari nanti Tok Ayah berkesempatan menyertai Hari Keluarga MCC, bolehlah bercerita dan berkongsi dengan kita.

Untuk pengetahuan, Tok Ayah dan keluarga sekarang berada di Paris dan beliau berbesar hati ingin berkongsi dengan kita catatan dan gambar-gambar beliau sepanjang berada di sana. Untuk melihat dan membaca apa yang menarik sila klik di sini ya!

p/s : Satu cadangan bagi mengadakan outing makan-makan ala-post Hari Keluarga 2011 akan pada hari Sabtu ini, 26 Februari 2011, jam 8.30 malam bertempat di Restoran Coffee Village, Putrajaya. Sila update nama-nama yang ingin join kepada Kawe ataupun Sue Dah dengan segera. Terima kasih!

Kawe@MCC

0 comments: