Friday, February 11, 2011

Wajah Baru Blog MCC Edisi 2011


Assalamualaikum!

Sedar tak sedar sudah masuk siri ke 7 atau lebih tepat lagi sudah 7 tahun Hari Keluarga Membunga Clan Club diadakan. Saban tahun kita saling berkerah tenaga untuk menjayakan pelbagai aktiviti dan atur acara agar semuanya berjalan lancar. Baik keluarga di Tanah Merah, mahupun di Kuala Lumpur sendiri, masing-masing memainkan peranan yang penting.

Idea sudah lama bermain. Kawe cuba realisasikan apa yang termampu. Sekadar mengubah angin, Kawe persembahkan kepada ahli keluarga semua khususnya mereka yang sering berkunjung ke mari, wajah baru blog MCC. Mungkin kelihatan agak 'rumit' sedikit tetapi insyaAllah kita akan terbiasa jika melayari blog ini dari sehari ke sehari.

Banyak yang ingin cuba Kawe buat sebenarnya, cuma faktor masa dan kekangan kerja mejadikan waktu yang terbatas.

Beberapa ruangan baru ditambah, serta yang mana sedia ada Kawe perbaiki agar lebih senang dan mudah untuk kita serta multi-fungsi. Kawe tahu ada yang gembira bila ruang chatbox diperbesarkan, lebih banyak perkataan boleh dimuatkan. :)

Besar harapan Kawe agar kita sama-sama dapat menjadikan laman ini medan untuk kita saling beriteraksi dan memperdekatkan lagi hubungan sementelah jarang-jarang dapat bersua muka. Dengan terwujudnya blog ini, dapat kita saling bertanya khabar, mengetahui perkembangan ahli keluarga dan sebagainya.

Dengan terlancarnya wajah baru blog ini juga, Kawe harap penyertaan serta kerjasama para ahli MCC khususnya, untuk turut sama menyumbang, baik dari segi gambar, artikel, atau apa sahaja cerita yang difikirkan sesuai untuk dikongsi. Tidak terhad kepada berkaitan hal-hal berkaitan MCC sahaja, mungkin anda punya jenaka yang lucu-lucu, tips, resepi masakan tradisional atau moden, hantar sahaja ke alamat e-mel rasmi Membunga iaitu mail2mcc@yahoo.com.my.

Bagi yang menantikan koleksi gambar-gambar Hari Keluarga yang baru sahaja berlalu, diharapkan sabar menunggu. Akan Kawe muat-naikkan satu-persatu dalam masa terdekat. Sabar ya. Pada yang punya koleksi untuk dihantar juga dialu-alukan untuk menge-mel kepada Kawe. Terima kasih.

Sekian sahaja dari Kawe buat kali ini. Semoga anda senang dengan wajah baru ini. InsyaAllah akan Kawe perkemaskan dari masa ke semasa.

Jumpa lagi!

Kawe@MCC
Moderator

0 comments: