Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Wednesday, November 14, 2012

Sekitar Majlis Persandingan Imi & Yaya

Lokasi : Jalan Banggol, Tanah Merah, Kelantan
Tarikh : 29 September 2012
Kredit foto : http://10bucksphoto.com (Jurugambar rasmi majlis)





















Sunday, November 04, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Raya 4 Beradik


Salam MCC!

Maaf Kawe tak sempat nak update apa-apa Raya Haji minggu lepas. Kawe pasti yang balik tu dah seronok beraya di kampung. InsyaAllah nanti Kawe update slow2 beberapa keping gambar2 ahli keluarga yg balik. Boleh juga yang mana tak kelik tu berkongsi tengok ye tak hehe....

Sementara tu enjoy dulu pic yg Kawe pilih khas ni. Ada sesuatu ttg pic ni yg menarik hati Kawe sebenarnya. Apa pendapat yang lain pula? :)

Kawe@MCC

Tuesday, October 23, 2012

Saturday, August 25, 2012

Majlis Pertunangan Aju & Wani



Tarikh : Selasa, 21 Ogos 2012 (Raya Ketiga)
Lokasi : Jalan Menteri, Alor Setar, Kedah

Tahniah buat keduanya- bertambah lagi ahli baru dalam keluarga MCC! Untuk gambar-gambar lain sekitar majlis (better version), kena tunggu dari Encik Jurugambar (Abg Shaman) Hehe...

Saturday, August 18, 2012

Iftar@Tanah Merah 2012




Gambar-gambar adalah kiriman Okie & Aju. Terima kasih kerana berkongsi!

MCC mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua :)

Kawe@MCC

Jauh Kita Dekatkan



Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan, yang rapat kita mesrakan, yang mesra kita abadikan....

Gambar menggambarkan seribu erti. Apa kata MCC semua?

Kawe@MCC

Wednesday, June 20, 2012

E-mail Dari Aju



Salam MCC....

Apa khabar semua? Kawe harapkan semuanya berada dalam keadaan sihat-sihat hendaknya. Macam mana? Masih demam Hari Keluarga lagi? 

Kawe minta maaf di atas kelewatan penyiaran gambar-gambar sekitar Hari Keluarga yang baru lalu di blog. InsyaAllah gambar-gambar dalam proses untuk dimuat naik di sini. Harap bersabar ya. Berkemungkinan kita akan mengeluarkan koleksi gambar-gambar dalam bentuk buku skrap/portfolio untuk dijual kepada semua ahli MCC yang berminat sebagai tanda kenang-kenangan. Idea yang diilhamkan oleh Kak Teh ni Kawe rasa boleh dilakukan setiap tahun sebagai simpanan/koleksi berharga. 

Beberapa hari lepas Kawe ada forward e-mail seseorang kepada beberapa orang ahli MCC. Si empunya e-mail minta Kawe rahsiakan identiti beliau. Kawe hormat, tapi Kawe kena juga kongsi dengan beberapa ahli terdekat. Hasil dari e-mail beliau itu, Kawe telah menerima beberapa respon positif dari beberapa orang ahli MCC. Nyata e-mail dari seseorang tu telah sedikit-sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua khususnya. 

Kawe tak nak berceloteh panjang kat sini, berikut Kawe paparkan email terbaru dari Aju yang berupakan cadangan-cadangan bagi memantapkan lagi MCC. 

Diharapkan akan ada perlaksanaan dari beberapa cadangan yang telah dikemukakan. 

Kepada Aju, terima kasih kerana telah berkongsi cadangan beliau ini. 

Kepada seseorang itu juga, Kawe ucapkan tahniah dan syabas kerana meskipun beliau sudah tidak bersama MCC lagi, namun beliau masih sudi meluangkan masa untuk 'bersama-sama' kita. Kita sebenarnya ketandusan idea dan perlaksanaan orang-orang seperti beliau di dalam MCC. 

Syabas dan tahniah! 

Kawe@MCC
Moderator

Assalamualaikum,
First Aju nk mintak maaf sebab selama ni aju x bg komitment penuh kepada organisasi Family Day dan masa event Fam Day juga ada few times aju x dpt hadir sepenuh masa. Rasa bersalah sgt. InsyaAllah untuk Fam Day seterusnya Aju akan bg full komitment sbb ini yg baba nak dr semua ahli.
Aju ada beberapa perkara nk highlight pagi ni. Just nak share dengan membunga clan yang lain.

1) MCC FD menyeluruh dan TARIKH
Sempena Fam Day ke-10 (genap 10 Tahun), Aju ada bg cadangan kepada Shah dan Abg.Pali supaya yang ke-10 kali ini dibuat secara lebih menyeluruh. Maksud menyeluruh kali ni ialah pengumpulan ahli Keluarga MCC sepenuhnya, termasuk yang berada di Batu Melintang dan sebagainya. Memandangkan cuti raya Cina jatuh pada 11 dan 12 Fe 2013 (Isnin dan Selasa), kita ada 8 bulan sebagai kumpulan gerak kerja untuk pastikan MCC Fam Day 2013 berjaya mengumpul kesemua ahli. Untuk hasil pengumpulan ni, database fam day kene betul-betul lengkap dan agihan kerja mengumpul nanti kita aturkan.

2) TARIK MINAT :
Untuk menarik kembali minat MCC yang lain, kita kena hasilkan output yang marketable. Marketable kat sini ialah hasil bukti kejayaan FD yang sebelumnya. (1-9). Output cadangan disini ialah
a - Album hardcover mcm kahwin punya atau mcm magazine yg nipis . Aju boleh design dan akan siapkan template supaya org dpt tempah sebagainya. Kita boleh share album ni dengan sesiapa yang kita mahu.
b - Video output sebagai tarikan kepada family yang lain. Yang ni Shahril memang expert untuk hasilkan yang sangat menyentuh hati ;) winkVideo ni kita boleh share dengan meluas di facebook, Youtube dan Vimeo sebagai tarikan secara online sbb ramai dan pakai smartphone, dah boleh cari kat youtube. Ntah2 Naim pon boleh selalu klik dan tgk kt Ipad. hehe
c - Untuk ahli MCC yg jarang sangat join atau tak pernah dtg lg, kita boleh hadiahkan album MCC FD. Aju boleh design yang kecil sikit dan simple. Kita hadiahkan sebagai tarikan kpd mereka ini utk turut serta MCC FD 2013, dengan harapan InsyaAllah tahun 2013 nnt makin meriah.

3) FUNDING :
Aju ada ckp dengan Mamalong supaya kita dptkan sponsor dari pihak tertentu dan dlm kepala aju masa tu teringat YB Ashaari. Mamalong close dengan dia dan boleh kut dptkan sedikit sponsor. Sponsor juga boleh dtg dari company2 yang lain, contohnya Maybank Ayah Ki, Kedai Runcit kat Tanah Merah atau mana2 individu mcm Ayah Teh dan lain2 yang kita boleh cari. Untuk dptkan sponsor, kita kene buat beberapa perkara.
a - Pendaftaran MCC sebagai satu badan organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kelab rekreasi B-) cool
b - Proposal sebagai dokumen rasmi untuk mohon sponsor. Kita boleh masukkan details penubuhan MCC FD, founder, Presiden, jumlah ahli, akaun semasa, gamba-gambar setiap tahun. dan seterusnya
c - Dengan dokumen rasmi mcm ni, kita boleh keluarkan resit atau surat penghargaan kepada si sponsor dan mereka dpt gunakan ini sebagai bukti derma utk claim tax nanti tahun berikutnya. Kita sebagai individu pon boleh cuma calculation kiraan pengurangan tax tu aju tatau la..kene tana akauntan bertauliah Kak Long n Abg Shaman.

4) MEDIA COVERAGE :
Aju ada ckp dengan Shahril yang kita boleh jemput media untuk cover event FD 2013 nnt sebagai hebahan media kpd public. Tp ini kene dpt persetujuan ahli MCC takut2 ada yang x setuju untuk dptkan hebahan media. Kita juga boleh dptkan media untuk masukkan cerita-cerita MCC FD yang 1- 9 sebagai tarikan kpd fam yang lain untuk turut serta nnt.

5) LOKASI
Lokasi sebenarnya memainkan peranan penting untuk pengumpulan ahli-ahli yang lain. Kalau kita berjaya dptkan confirmation kehadiran ahli MCC untuk FD 2013, kita analisa jumlah ahli dan mula survey lokasi yang lebih sesuai dengan jumlah ahli. Melawi mmg sesuai dengan jumlah yg ada sekarang tapi tak pasti kalau jumlah yang dtg besar, Melawi mampu tampung atau tak. Camp site juga properly setup. mana tempat khemah, mana tpt makan, mana tpt bersuka ria dan sebagainya.
Secara jujurnya, Uncle Man adalah org yg terbaik sebagai organizer. Pengalaman dia sgt luas dan idea dia sgt byk. Aju banyak ikut aktiviti luar dan hasil tangan anjuran yg Uncle Man menyamai aktiviti-aktiviti anjuran profesional yg lain. :) happy

Regards,
Aju

Friday, June 15, 2012

Akan Datang...



Tungguuu........ :)

Monday, May 28, 2012

Design Sticker Kereta MCC - AHLI EKSKLUSIF


Cadangan design sticker kereta MCC sempena dengan Hari Keluarga 2012 (5" X 5"). edisi terhad- cuma 100 unit sahaja!!


Untuk tempahan, sila berurusan dengan Sue Dah/Cik Uly/Kak Ngah. Siapa cepat dia dapat!!

Terima kasih.

Kawe@MCC
MODERATOR 

TERKINI : Info Hari Keluarga MCC 2012

Salam dan selamat pagi semua,

Dimaklumkan, tema pakaian bagi MALAM SERIBU BINTANG adalah sama sepertimana yang telah dipersetujui pada mesyuarat yang lalu iaitu "Orang Kampung Miskin/Daif (Tapi BERIMAN)" sesuai dengan konsep/tema hari keluarga tahun ini, SIREH PULANG KE GAGANG : TERKENANG SEMASA DULU....

Diharapkan semua warga MCC bersedia dengan pakaian mengikut tema/acara. Konsep/kreativiti pakaian adalah bebas mengikut tema (asal tidak menjolok mata).

Bagi yang ingin menyumbangkan idea/kreativiti untuk segmen persembahan MALAM SERIBU BINTANG, bolehlah menghantar cadangan masing-masing kepada AJK terlibat. Idea/konsep adalah bebas dan terbuka samada dalam bentuk nyanyian/drama/lawak asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

MCC yang ingin berkaraoke pula diminta membawa CD minus one masing-masing dan menyerahkan kepada urusetia/AJK pada hari pendaftaran atau sepanjang hari keluarga berlangsung.

Yuran boleh dibayar pada hari pendaftaran. Bagi peserta yang ingin mengetahui jumlah bayaran tertunggak masing-masing yang perlu dijelaskan, boleh menghubungi Sue Dah/Cik Uly dengan kadar segera.

AJK DEWAN/SIARAYA/HADIAH/TEKNIKAL & PERALATAN sila pastikan keadaan dewan dan persiapan berjalan lancar untuk acara MALAM SERIBU BINTANG. Minta lakukan 'soundcheck' lebih awal sebaik-baiknya selepas waktu Asar.

Terima kasih.

Tuesday, May 08, 2012

Design Kertas Atur Acara (Program) Hari Keluarga MCC 2012


ni lah design kertas atur acara (program) yg dah siap.... harap suko la belako.... :)

Wednesday, May 02, 2012

Senarai Saiz Baju MCC

Salam MCC! Selamat pagi.... :)

Berikut dilampirkan senarai lengkap nama-nama ahli MCC berserta saiz baju yang dipesan untuk kegunaan Hari Keluarga MCC 2012. Minta email atau hubungi Kawe@MCC dengan segera untuk saiz kanak-kanak (lihat lampiran). 

Sebarang perubahan saiz selepas tarikh 5 Mei 2012 tidak akan dilayan HEHE..... 

Satu lagi, baju-baju adalah di bawah tajaan Ayah Teh. Thank you Ayah Teh! :) 

*Saiz bagi kanak-kanak :-

28 : 5-7 tahun (saiz bahu - 11")
30 : 7-10 tahun  (saiz bahu - 12")
32 : 10-12 tahun  (saiz bahu - 13")



Wednesday, April 25, 2012

Pengenalan Baru/Cadangan Hari Keluarga MCC 2012

Berikut dilampirkan hasil keputusan mesyuarat rasmi MCC di Putrajaya berkaitan dengan beberapa cadangan baru untuk Hari Keluarga pada 2 April 2012 :

1. Ucapan “Selamat Datang” oleh Pengerusi Hari Keluarga - SETUJU
- Diadakan pada malam pertama pendaftaran sebaik selesai pembahagian kumpulan
- Hanya ucapan ringkasan sebagai kata alu-aluan dan pengharapan Pengerusi mewakili semua AJK terlibat

2. Wayang Pacak MCC - SETUJU (pilihan movie)
- filem pilihan berklasifikasi "U" untuk tontonan warga MCC secara beramai-ramai (boleh pilih malam mana yang sesuai jika mempunyai slot kosong
- make sure semua boleh tonton dan bersantai ramai2
- boleh cadangkan judul2 filem yang sesuai dan menarik

3. Eksklusif design pelekat kereta khas Hari Keluarga MCC 2012 edisi terhad - SETUJU ( tempah 100 keping, juat kat F.Day)
- tengok permintaan. Kalau ada yg setuju nak buat kita print but very limited. At least ada deposit untuk tempahan awal, ambil nama yang berminat. Anggaran harga sekeping "car stick" ialah antara RM5-RM6 sekeping
- Design oleh Shah

4.  Petua Medik oleh Cik Nah & Cik Ngah - 10 minit - SETUJU
- Petua2 dalam bidang perubatan serta pengalaman mereka berdepan dengan saat-saat kecemasa sewaktu berkhidmat di dalam bidang perubatan
- Lebih kepada perkongsian tips2 kesihatan dan pengalaman keduanya

5. Nyanyian Lagu Negeri “Selamat Sultan” - SETUJU
- Julung2 kali diadakan, dinyanyikan secara beramai2 sebaik selesai lagu NEGARAKU

6. Nyanyian lagu rasmi MCC, “Generasi MCC” - koir oleh barisan wanita MCC - SETUJU
- Pertama kali dicadangkan, selain nyanyian asal oleh Shah, dirasakan nyanyian dan penglibatan ahli wanita secara koir dan beramai2 ini boleh lebih
mewarnai dan memberi kelainan kepada hari acara perasmian.

7.  Foto Hari Raya Keluarga Tok Wan & Mok - SETUJU (tetapi tidak khusus kepada ahli keluarga Tok Wan & Mok shj)
- Cadangan memandangkan ramai ahli MCC yang tidak dapat pulang beraya saban tahun, diadakan acara bergambar beramai2 (melibatkan ahli keluarga Tok Wan Mahmud dan Che Halimah sahaja.
- Kod pemakaian : baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok bagi lelaki dan baju kurung Raya bagi wanita.

8. Sesi bergambar kenangan AJK/MCC/ahli keluarga - SETUJU
- Pernah dilakukan di hari Keluarga yang lalu, fotografi AJK dan anggota keluarga masing-masing. Hari dilakukan dengan cepat dan teratur agar masa dijimatkan. Setiap keluarga haruslah bersedia untuk diambil fotonya.
- Tindakan : Aju & Abg Shaman

9. Persiapan awal untuk Malam Seribu Bintang (MSB) bagi AJK dan mereka terlibat - SETUJU
- khusus bagi mereka yang terlibat dengan persiapan dewan dan alatan siaraya, diminta membuat persiapan awal dan soundcheck lebih awal bagi mengelakkan sebarang
- bagi yang berminat untuk menyertai acara karaoke (selingan MSB) diminta mendaftar lebih awal (beri nama pada AJK terlibat) sekurang-kurangnya sebelum jam 4 petang beserta minus one/cd lagu nyanyian masing2.

10. Acara selingan : Siapa Saya? (gerak kerja kumpulan). - 50/50
- pengenalan secara rawak bagi ahli di dalam setiap kumpulan tentang diri masing-masing dan pekerjaan dilakukan.
- setelah itu, Ketua Kumpulan haruslah membuat pembentangan memperkenalkan ahli masing2 kepada semua, siapa dan apa pekerjaan mereka
- boleh dilakukan pada malam pertama sebaik selesai pendaftaran dan pembahagian kumpulan
- membuat kita lebih kenal lagi diri masing-masing dan anggota keluarga/ahli MCC


TERKINI ! AJK FAMILY DAY MCC 2012

Salam MCC!

Berikut dilampirkan senarai rasmi AJK Hari Keluarga Membunga Clan Club untuk tahun 2012. Sila ambil perhatian dan diharapkan setiap AJK faham dan tahu akan peranan dan tugas masing-masing. Kerjasam semua amatlah dihargai. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih.



AJK FAMILY DAY MCC 2012
PENGERUSI : Kak Long
NAIB PENGERUSI : Fadzli
SETIAUSAHA : Kak Ngah
BENDAHARI : Suedah/Cik Uly
KOORDINATOR : Eme/Suedah
TEKNIKAL & PERALATAN : Pokcik Yie/Epi
PENGINAPAN : Cik Wan/Ataq
SIARAYA : Ayah Sue/Alan
MAKANAN : KakTeh/Angah/Nanik
HADIAH : Mimi/Shasha/K.Long Noyi
DOKUMENTASI/"SURVEY" : Shah/Abe Sham
BBQ : Imi/Iwan/Shakir/Iq/Zafir
KESIHATAN : Cik Nah/Nana/Fifi
BINA IHSAN : Yoe/Nuyu/Umi
DEWAN : Qayyum/Farah/Atin
PENGANGKUTAN : Aju
KESELAMATAN : Okie/Adam
PENDAFTARAN/DOORGIFT  : Adina/Irah/Ina



Tuesday, March 27, 2012

Berjaya Got Talent Staff Party 2010/11 "Suratan Atau Kebetulan"


Salam semua! Lagu ni Kawe bawa masa pertandingan Berjaya Got Talent di annual dinner Berjaya Hotel Langkawi @ Staff Party 2010/11 malam Sabtu lalu bertempat di ballroom hotel Berjaya sendiri. 

Berjaya memenangi tempat pertama (syukur, alhamdulillah!), antara lagu kegemaran yang selalu Kawe bawa, rasanya ramai MCC dah tahu dan pernah tengok gaya/cara Kawe nyanyi lagu ni. Hik.

Enjoy!! :)

Sunday, March 18, 2012

Gulai Daging Siam Ala Fatiha


Bahan-bahan :

500g daging lembu, potong nipis
10g cili kering, rendam dlm air, buang biji dan kisar
9 ulas bawang merah, tumbuk halus
5cm halia, kupas dan tumbuk halus-halus
3.5cm kunyit hidup, kupas, tumbuk halus-halus
2cm belacan, bakar dan tumbuk halus-halus
2 batang serai hiris halus
100g minyak masak
250ml santan
5 helai daun limau purut
20g terung pipit (tomatillo/pea aubergine)
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara :

- Gaulkan daging dgn cili kisar, halia, kunyit, bawang merah, belacan tumbuk, serai perap 1jam
- Panaskan minyak, masukkan daging
- Tambah santan 100ml, masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan baki santan.
- Masukkan daun limau purut, terung pipit, dan didihkan
- Perasakan dgn garam dan gula.
- Kecilkan api, dan renihkan samapi daging empuk.
- SIAP DAN HIDANGKAN!! AROYMAK!!!














Terima kasih kepada Fatiha (kini menetap di Fulham, United Kingdom) yang telah sudi berkongsi resepi ni bersama MCC. Add Fatiha di Facebook http://facebook.com/lilysatrina

Untu berkongsi resepi/tips anda bersama MCC di sini, e-mel kepada mail2mcc@yahoo.com.my

Moderator