Appointment time was @ 8am. It was supposed to be scheduled on the 18th, but rearranged to 21st..I've been having fantasies on being hospitalised since kecik2 and im approaching this operation with high spirits. You see im stressed or tired too much to be afraid of needles this time. Good thing aight? Alan, Baba and Mak accompanied me there. It's good to have family supporting you all the way. Had some light breakfast and drank water cos i heard in an operation you'll be very dehydrated. I wondered how much im going to pay cos this is the first time im going to be operated UPON.
There are only 2 male patients, the rest are females..Budak kecik, aunty suma ada...We were given a wrist tag each, and was chaperoned to the Operating Theater. Kat sana we have to wear the green gown and shower cap. Serious nampak macam ER or House punya patients hehehhe...Alhamdulillah i din feel any gelabah ke apa cos i just want to get rid of this cyst. Lately the thing throbs mildly. A dr said the cyst could lead to something worse (cancer?). I just donno on HOW im going to be operated upon, i mean how am i supposed to sit, or lie down? Or the fact that i have to strip and wear this gown, rasa macam a very sesat Roman.
So after waiting for about half an hour, i was called. Jeng jeng jeng...Terdengar bunyi Braveheart soundtrack plak. Ingat nak tangkap gambar tapi segan plak...Nanti orang ingat mcm artis la plak nak bergambar..But i felt this is an important event la kan? Kena kerat sambil mata segar bugar...While waiting outside a student doctor came to me, greeted me and asked on how i was doing...Heheh this guy Azri must've watched Patch Adams pasal he practices on being a good, communicating doctor. Ada setengah student doctor kecoh ngan derang punya text books. My advice is, to become a good doctor u need to have good hambluminannas (relation with humans), you know not being too rigid and end up not treating the patient emotionally. Good job. Later in the OT i saw a table...Mak aii kena baring macam dalam Medik TV? Siap ramai orang.
The best thing was, masa atas table i asked the doctor, "Operation ni kacau optical nerves tak?".Gotcha. She then asked her students yg dah start tunduk2 takmo jawab soalan tu. Lama2 she answered herself, so tak kacau la optic nerves..Selamat gue..Then the doctor asked me, "Are u a medical student?". Ek eleh, tanya soalan tu pun dah gabra? No doctor, i researched a bit..And then i was covered in garbs taht look similar in Medik TV...Ish...they left just a hole for the doctor to operate on...Macam kena kafan la...even my feet is wrapped..She mintak izin, baca Bismillah and then jabbed me with anaesthetic (local, mind you)..Tingling pain, just a bit..After a while, she used some burning method to cut open. Tak pakai pisau dah ke lately? Lepas tu bau HANGIT + cecair termasuk my left eyes...I said,"Masuk mata!!" then the doctor wiped the liquid.Pelik tul bau hangit kat dalam OT ni...
I positioned my hands on me chest, sambil tu doctor was having conversation with student..."Asal mana?" Student said Kelantan...Then Dr said, "ha, saya study kat USM Kubang Kerian...I menyampuk, "Ha!!! Saya study kat USM Penang la doctor!!"..(haha boleh nyibuk plak time kena kerat kepala)...Jadi jejak kasih la plak...Sometimes i felt the doctor is tugging to hard on the cyst...Sheeesh...apa apa je lah...
Finally she settled jahit (ke pakai paste?) i dunno, she gave me MC and i felt relieved it's all over...
www.mohdfadzli.blogspot.com
Tuesday, April 25, 2006
Fadzli's Cyst Operation Report
Tuesday, April 18, 2006
Cerite PD oleh Sue "The Mak Cik"
Bermula dari canang-canang babalong untuk menghadiri perbarisan tamat latihan pok cik anas kita di PD pada 15 April 2006 sambil sambil makan angin dan minta tokddy/sue tinjau-tinjau tempat nak duduk di PD. Sue tepon Kak Long sebab dia kan Bank Negara mesti ada rumah bank di sana. Setuju dengan cadangan terus booking Ancasa Appartment. Nampaknya sambutan menggalakkan. Tapi sayang tokddy, uncle man, epi n angah tak dapat pegi..tapi tak pa next time.
14 April 2006 – 4.25 pm
Yeaaaaaa…nak tutup pc, nak gi main pantai seronoknya……Pukul 4.30 punch card di ketik. Sue dan Kak Ngah drive ke PD dan janji ngan Shah ambil kat komuter Serdang. Hujan uhhh… lebat sungguh.
Sebelum pergi apartment kami minum dulu maklumlah sejuk beku rasanya. Ne…ne…no..ne…ne…no…ne bunyi deringan tepon. Kak Long call tanya kat mana kerana dia orang lapar gogok sebab puyok nasi ngan kami..hahaha cian dia orang. Kami pun cepat-cepat ke apartment. Wahh cantik n besar gak apartment ni..yelah harganya pun boleh tahan..Waktu tu ada babalong, Mamalong, opah, kak long nini dan tentunya cucuku yang kiut miut tu. Malam tu kami lepak-lepak sambil tunggu Cik Nah skuarga. Pukul 10.30 mereka tiba, tapi Fadzli n Alan belum sebab dia orang pergi tengok konsert bapak-bapak dari Indonesia, pukul 3 pagi baru sampai situ.
Tentunya kami terkam Nabil lah kerana sudah sekian lama memendam perasaan rindu dendam kat dia. Dia sporting abis…cucu makcik lah katakan..ZZZZZZZZZZZZZ….berdengkurlah kami malam tu lepas layan nabil yang tak nak tidor… puaslah ibunya ulit dia, yang tido ibunya..hahaha.
15 April 2006 – 7.00 am – 12.00 am
Pepagi lagi dah bangun sebab nak gi tempat anas, yang pergi sana babalong, mamalong, babacik, cik nah, shah n sue…. Kami ambil tempat duduk sebelah vvip..kelesss gitu..maklumlah babalong kan xxxxxxx file (gurau je EX MEJAR) Waktu kami pergi dah ramai orang ingat kami yang awal,ghupenye diorang awal lagi… tu pun kul 7.00 pg.
Tetiba ….kiri kanan kiri kanan kiri kanan …barissssssss sdiak……praaaaap. Sendeng dirik……praaaaaap taaak jatok…..praaaaaaap. apa yang dikata sue pun tak faham. Yang tentu paham babalong n mamalong….terkenang semasa dulu. Memang sue kagum ngan perbarisan diorang. Babalong mesti terkenang bila tengok junior dia naik pentas sebagai Brig. Jeneral – org kelate pulak tuh, sempat mamalong kata ke sue.. kalau babalong tunggu lagi mesti boleh naik pentas cam tu… betul gak kata mamalong. Takpalah babalong sekarang ok gak lagi banyak masyuk…… hehehe. Gamba gi begambar mari tamatlah kisah anas. Sempat kami makan nasi beriani kawah lagi. Balik apartment rombongan sham, aju n imi dah sampai.
Inilah waktu yg ditunggu-tunggu …..main pantai, lepas asar apa lagi banana boat-lah. Bila sebut banana teringat papa nabil, kan ari kuarga dia nama banana, jadi boat tu dia punyalah….. kami berlapan naik banana boat – mak cik (sue), sham, kak long, aju, shah, kak ngah, imi n atin. “Nak berapa kali jatuh…. 2 kali kata mak cik, aju kata 4 kali tak syok jatuh sket… semua owait. Maka naiklah mak cik ngan kuncu-kuncu yg besar dan panjang, penuh satu banana tu. Rasa diri mak cik muda pula bila kawan ngan anak sedara yang sporting morting. “Laju banana ku laju, aku nak jatuh 4 kali’ (nyanyi ikut lagu dlm citer bawang putih bawang merah).
Sampai tempat dalam pe lagi ceburrrrr… cekrebunm…. ceghouk…. macam2 bunyinye, maklumlah masing2 badan besar dan panjang, tapi ada gak bunyi..... khhhecek….. mungkin itu kak long atau imi sebab badan dia kan kurus. Semuanya abis jatuh ke dalam laut, dalamnya kami tak tahu lah.. airnya itam lagi… masa tu tertelan air masin dua tiga cupak, tapi seronok yang lebih.. bila semua dah melapong sebab pakai jaket kami diangkat sorang-sorang ke boat.
“Nak tarik saper dulu nih...". mak cik! mak cik dulu! sebab dlm ati 'mak cik' tika tu...
"matilah aku lemas air ni...". tapi buat berani konon, sebab tu la lekat nama 'mak cik'.
Jalan lagi... jatuh kali kedua makin seronok, tapi yg syok bila jatuh kali ketiga... "Ya Allah aku jatuh atah batae ggapo ni blekuk.. mana ada bate ddale ni.." kkejuk jugok, dahi kena benda keras, bila dah dapat tengok permukaan air, baru lah sue tahu jatuh atah blake kak long dahi kena tule kipah dia. yang si imi ke saper jatuh atah blake sham…. Ooohhh ini baru real gathering. Jatuh keempat tak dalam dah, tepi pantai….
harga boat RM10/kepala tapi dapat diskaun Jadi RM 60.00. Esok janji nak naik lagi (tak serik nih!! HEHEHE...)
Next time kita suruh veteran naik pula, sue tak boleh naik dah sebab dah join kumpulan remaja,jadi sue remaja lah.. minta maap tumpang lalu yea…. pah kita pakat gelak ko dio orang, mesti jatuh kaki alah katah belako… hahahahaha.
Lepas puas main pantai…kononnya nak rasa mandi kolam, berduyun duyunlah ke kolam wak macam pro je siap mandi sebelum masuk kolam, tapi skodeng juga cari mana tempat tohor. Masuk lah kami 4 perempuan, 4 lelaki tapi jauh-jauh. Alkisah kita kan anak cucu arwah tok wan mesti warok….. perempuan siap pakai tudung turun kolam. Kejap tu datang budak kolam tak bagi kami masuk pakai tudung. Dengan selamba naiklah kami, malu gak… tapi yang lucu, lelaki mulanya imi turun dulu dengan bajunya…. dok sekejap datanglah jugak budak tu larang diorang mandi pakai baju, apa lgi semua tak jadi turun sebab kena buka baju, aju kata tak nak tunjuk prut boroi, masing masing malu lah, warokkkk…. dengan hampa naik lah kami.
Malam puaslah main ngan nabil tapi dia moody sket sebab idung dia sumbat tak boleh tido.. kak ngah yg nak selalu curi nabil bila ibu dia titun. seronok tengok dia kekoh buah kedondong… aik nabil mengidam ke… biar ibu je lah yg mengidam. Macam biasa zzzzzzzzzzzzzzzz titun lah, bangun-bangun pali n alan dok tido… cik nak tido ngan terkilan sebab tak dapat pergi karaoke lagu seroja…… gurau guri je bak kata angah..
16 April 2006
Lepas minum pagi kami reramai pi pantai lagi, nak naik banana lagi kali 6 jejaka 1 dara (atin). Sham, Pali, Shah, Aju, Imi, Alan n Atin. Kali ni dia bagi diskaun RM 50.00. Sue tak leh nak citer yg ni sebab mak cik tak naik, yang tahu atin tercedera kat bibir sebab belaga ngan abang pali dia. Berdargah lagi bibir dia. Cian…atin. Kami bawa nabil yg tengah moody tu ke laut nampak cam dia gerun sebab dahinya berkerut, tapi lama-lama ok sket. Tapi lentuk lah letih gaknya. Pukul 12.00 kami pun bersiap-siap nak balik tamatlah kisah di PD….Seronoknya tak terkata sebab semua sporting termasuk babalong n babacik tapi mamalong tak main air… lain kali boleh buat lagi. Tapi kali ni harap mcc tanah merah dpt join. Untuk pengetahuan nama je gathering mcc tapi belanja sendirian berhad tak usik duit kelab tau…..Sebelum bertolak balik sempat bergambo depan apartment lagi ….isk..isk..isk.. cun abis kuarga kita ye, sehati sejiwa. Harap-harap beginilah hingga akhir hayat. On the way singgah kat pak cik anas, dia dok cuci senjata…..eeeeeehhhh tok lawe kawe maing ngan senjato jah ni….bla-bla.bla.bla ngan anas kami balik…good bye my luv good bye…..
Sue ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir kerana betul-betul buat kita seronok dan rasa betapa ikatan kekeluargaan kita begitu erat, hendaknya berpanjangan.
Sekian
Salam sayang dari sue (mak cik kau orang yang muda remaja..)
Monday, April 17, 2006
MCC@Port Dickson
alhamdulillah, berkat perancangan berminggu-minggu ahli-ahli MCC di blog ini, maka 'misi' ke port dickson yg diwar-warkan berjaya mencapai matlmatnya. tahniah buat semua yg terlibat.
meskipun ada di antara ahli MCC khususnya yg berada di tanah merah tak dapat nak join & menghadirkan diri, takpe... jgn risau. ada masa kita buat trip ke tempat lain pula. tunggu aje gambar2 menarik serta cerita2 sepanjang 3 hari di PD. hanya di blog MCC!
kawe@MCC
Wednesday, April 12, 2006
Eksklusif! Cuba Teka?
aik, mace kenal jah background tanggo nih. ermmm... raso-raso demolah, siapakah *model produk sabun basuh cap ayam yg tgh pose maut tak ingat nih? nak tau jawapannya?? HEHEHE... tunggu kawe bagi kat PD nanti ya... sementara tuh pakat-pakat teko lah deh... jeng.. jengg... jengg...
*telah mendapat kelulusan tuan empunya body
kawe@MCC
Kisah Subuh
Oleh Sue Dah
Untuk Renungan Bersama.....
Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan
tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Ku tanya khabar
Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu
tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi
satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun
berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh
rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku
dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling
ku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat
menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti
Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.
"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata
Tangisan", pinta Subuh.
Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air
Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuh! ya. Dan aku berdetik
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan
yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku
memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya, wahai
Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti
mimpimu".
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat
Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Waalaikumsalam", jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap
langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
Terlintas difikiran ini apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Maghrib dan Isyak?
Namun Jawapannya? tersirat dalam diri kita sendiri.
"sesungguhnya, apa yang baik itu datangNya dari Allah.. dan yang tak baik
itu adalah kelemahan diri kita sendiri.."
"Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Menyukai Kelembutan Di seluruh
Permasalahan" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Monday, April 10, 2006
PD : Demo Dah Sedia?
tinggal lagi kira-kira 5 hari rombongan MCC dr kuala lumpur akan mengadakan gathering trip ke PD. semalam kawe sempat follow beberapa org teman ke sana. memula ingat nak ke bagan lalang sebab ada pesta air kat sana. tapi last minute teman kawe ubah plan pulok. kami ke PD. saja jalan2 and singgah dinner di kelana lodge, gerai milik bekas seorang tukang masak diraja (katanyalah). gerainya biasa-biasa saja. tak jauh dr petronas simpang tiga. malah, kalau tak cari betul2 mmg tak perasan disebabkan ianya tersorok kat tepi pantai.
so far PD masih cantik cam dedulu. ada lah upgrade sana-sini especially tempat riadah dan kawasan perkelahan. sempat juga kawe tinjau ancasa apt. yg terletak tak jauh dr teluk kemang tuh. ok sangat tempatnya. jadi pada sesiapa yg masih belum confirmkan nama dengan sue dah or kak long atau masih tak tau pasal trip ke PD nih... boleh la hubungi kedua-dua mereka mulai hari ini untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut. pada ahli MCC yg berada di tanah merah pun dialu-alukan untuk join (sempat lagi nih). lagi ramai, lagi meriah. boleh la kita posing reramai kat sana then taruk cerita kat blog nanti. ok la. jumpa di PD 14hb ni ya!
kawe@MCC
Sunday, April 09, 2006
E-Mail WTC : Suatu kebetulan?
akum,
nie kawe nak share email yang kawe dapat dari sorang teman. actually e-mail nie dah lama kawe dapat cuma lupa nak post. cuba buat n tgk...
1. Bukak Microsoft Word korang.
2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah number pesawat yang melanggar WtC tu..
3. tukar saiz font tu kepada saiz 48.
4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS.
Apa yang korang nampak? Allahuakbar.. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye... Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu).. kemudian ade lambang tengkorak dan lambang yahudi...
suatu kebetulan bukan?
kawe@MCC
Wednesday, April 05, 2006
Sembahyang Akhir Waktu
oleh Kak Long
Rupa-rupanya ada cerita
kalau kita
lewatkan sembahyang kita yea
Jika berpuasa
Amalan kita
direct terus padaNya
Tapi
Jika bersembahyang
Ada posmen pula
Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan
Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Isha'.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti
Ya Allah
Ampunkan kami
Kerana lalai
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami
Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi
Di hari akhirat kelak.
Amin.