Tuesday, April 18, 2006

Cerite PD oleh Sue "The Mak Cik"

Nih..mai nak citer pasal PD sket…

Bermula dari canang-canang babalong untuk menghadiri perbarisan tamat latihan pok cik anas kita di PD pada 15 April 2006 sambil sambil makan angin dan minta tokddy/sue tinjau-tinjau tempat nak duduk di PD. Sue tepon Kak Long sebab dia kan Bank Negara mesti ada rumah bank di sana. Setuju dengan cadangan terus booking Ancasa Appartment. Nampaknya sambutan menggalakkan. Tapi sayang tokddy, uncle man, epi n angah tak dapat pegi..tapi tak pa next time.

14 April 2006 – 4.25 pm

Yeaaaaaa…nak tutup pc, nak gi main pantai seronoknya……Pukul 4.30 punch card di ketik. Sue dan Kak Ngah drive ke PD dan janji ngan Shah ambil kat komuter Serdang. Hujan uhhh… lebat sungguh.

Pada mulanya janji ngan Kak Long gi sama, tunggu kat memanalah. Tapi sebab jalan jem kami suruh rombongan babalong pergi dulu. Masuk Highway lepas tol Sg Besi bermulalah episode makan buah langsat, dan juga dua tiga kilo sebelum ambil Shah. Lepas ambil pun ada gak dua kilo, maklumlah hujan lebat tak nampak apa, salah masuk jalan….tapi dalam-dalam sesat barat sampai gak kami di PD dengan enjoynya lebih kurang pukul 8.00 mlm.. huiii dekat 3 jam setengah drive ke PD.

Sebelum pergi apartment kami minum dulu maklumlah sejuk beku rasanya. Ne…ne…no..ne…ne…no…ne bunyi deringan tepon. Kak Long call tanya kat mana kerana dia orang lapar gogok sebab puyok nasi ngan kami..hahaha cian dia orang. Kami pun cepat-cepat ke apartment. Wahh cantik n besar gak apartment ni..yelah harganya pun boleh tahan..Waktu tu ada babalong, Mamalong, opah, kak long nini dan tentunya cucuku yang kiut miut tu. Malam tu kami lepak-lepak sambil tunggu Cik Nah skuarga. Pukul 10.30 mereka tiba, tapi Fadzli n Alan belum sebab dia orang pergi tengok konsert bapak-bapak dari Indonesia, pukul 3 pagi baru sampai situ.

Tentunya kami terkam Nabil lah kerana sudah sekian lama memendam perasaan rindu dendam kat dia. Dia sporting abis…cucu makcik lah katakan..ZZZZZZZZZZZZZ….berdengkurlah kami malam tu lepas layan nabil yang tak nak tidor… puaslah ibunya ulit dia, yang tido ibunya..hahaha.

15 April 2006 – 7.00 am – 12.00 am

Pepagi lagi dah bangun sebab nak gi tempat anas, yang pergi sana babalong, mamalong, babacik, cik nah, shah n sue…. Kami ambil tempat duduk sebelah vvip..kelesss gitu..maklumlah babalong kan xxxxxxx file (gurau je EX MEJAR) Waktu kami pergi dah ramai orang ingat kami yang awal,ghupenye diorang awal lagi… tu pun kul 7.00 pg.

Sebelum perbarisan bermula kami jumpa anas dulu, segak gak dia ngan pakaian tentera… Alhamdulillah tamat juga anas, dalam-dalam nak berenti dok pondok, lebih bangga lagi dia dapat sambung diploma. (Diploma Teknologi Persenjataan). Hebat tul bunyinye..lepas ni bolehlah dia join Osama Laden.

Tetiba ….kiri kanan kiri kanan kiri kanan …barissssssss sdiak……praaaaap. Sendeng dirik……praaaaaap taaak jatok…..praaaaaaap. apa yang dikata sue pun tak faham. Yang tentu paham babalong n mamalong….terkenang semasa dulu. Memang sue kagum ngan perbarisan diorang. Babalong mesti terkenang bila tengok junior dia naik pentas sebagai Brig. Jeneralorg kelate pulak tuh, sempat mamalong kata ke sue.. kalau babalong tunggu lagi mesti boleh naik pentas cam tu… betul gak kata mamalong. Takpalah babalong sekarang ok gak lagi banyak masyuk…… hehehe. Gamba gi begambar mari tamatlah kisah anas. Sempat kami makan nasi beriani kawah lagi. Balik apartment rombongan sham, aju n imi dah sampai.

Inilah waktu yg ditunggu-tunggu …..main pantai, lepas asar apa lagi banana boat-lah. Bila sebut banana teringat papa nabil, kan ari kuarga dia nama banana, jadi boat tu dia punyalah….. kami berlapan naik banana boat – mak cik (sue), sham, kak long, aju, shah, kak ngah, imi n atin. “Nak berapa kali jatuh…. 2 kali kata mak cik, aju kata 4 kali tak syok jatuh sket… semua owait. Maka naiklah mak cik ngan kuncu-kuncu yg besar dan panjang, penuh satu banana tu. Rasa diri mak cik muda pula bila kawan ngan anak sedara yang sporting morting. “Laju banana ku laju, aku nak jatuh 4 kali’ (nyanyi ikut lagu dlm citer bawang putih bawang merah).

Sampai tempat dalam pe lagi ceburrrrr… cekrebunm…. ceghouk…. macam2 bunyinye, maklumlah masing2 badan besar dan panjang, tapi ada gak bunyi..... khhhecek….. mungkin itu kak long atau imi sebab badan dia kan kurus. Semuanya abis jatuh ke dalam laut, dalamnya kami tak tahu lah.. airnya itam lagi… masa tu tertelan air masin dua tiga cupak, tapi seronok yang lebih.. bila semua dah melapong sebab pakai jaket kami diangkat sorang-sorang ke boat.

“Nak tarik saper dulu nih...". mak cik! mak cik dulu! sebab dlm ati 'mak cik' tika tu...

"matilah aku lemas air ni...". tapi buat berani konon, sebab tu la lekat nama 'mak cik'.

Jalan lagi... jatuh kali kedua makin seronok, tapi yg syok bila jatuh kali ketiga... "Ya Allah aku jatuh atah batae ggapo ni blekuk.. mana ada bate ddale ni.." kkejuk jugok, dahi kena benda keras, bila dah dapat tengok permukaan air, baru lah sue tahu jatuh atah blake kak long dahi kena tule kipah dia. yang si imi ke saper jatuh atah blake sham…. Ooohhh ini baru real gathering. Jatuh keempat tak dalam dah, tepi pantai….

harga boat RM10/kepala tapi dapat diskaun Jadi RM 60.00. Esok janji nak naik lagi (tak serik nih!! HEHEHE...)

Next time kita suruh veteran naik pula, sue tak boleh naik dah sebab dah join kumpulan remaja,jadi sue remaja lah.. minta maap tumpang lalu yea…. pah kita pakat gelak ko dio orang, mesti jatuh kaki alah katah belako… hahahahaha.

Lepas puas main pantai…kononnya nak rasa mandi kolam, berduyun duyunlah ke kolam wak macam pro je siap mandi sebelum masuk kolam, tapi skodeng juga cari mana tempat tohor. Masuk lah kami 4 perempuan, 4 lelaki tapi jauh-jauh. Alkisah kita kan anak cucu arwah tok wan mesti warok….. perempuan siap pakai tudung turun kolam. Kejap tu datang budak kolam tak bagi kami masuk pakai tudung. Dengan selamba naiklah kami, malu gak… tapi yang lucu, lelaki mulanya imi turun dulu dengan bajunya…. dok sekejap datanglah jugak budak tu larang diorang mandi pakai baju, apa lgi semua tak jadi turun sebab kena buka baju, aju kata tak nak tunjuk prut boroi, masing masing malu lah, warokkkk…. dengan hampa naik lah kami.

Malam puaslah main ngan nabil tapi dia moody sket sebab idung dia sumbat tak boleh tido.. kak ngah yg nak selalu curi nabil bila ibu dia titun. seronok tengok dia kekoh buah kedondong… aik nabil mengidam ke… biar ibu je lah yg mengidam. Macam biasa zzzzzzzzzzzzzzzz titun lah, bangun-bangun pali n alan dok tido… cik nak tido ngan terkilan sebab tak dapat pergi karaoke lagu seroja…… gurau guri je bak kata angah..

16 April 2006

Lepas minum pagi kami reramai pi pantai lagi, nak naik banana lagi kali 6 jejaka 1 dara (atin). Sham, Pali, Shah, Aju, Imi, Alan n Atin. Kali ni dia bagi diskaun RM 50.00. Sue tak leh nak citer yg ni sebab mak cik tak naik, yang tahu atin tercedera kat bibir sebab belaga ngan abang pali dia. Berdargah lagi bibir dia. Cian…atin. Kami bawa nabil yg tengah moody tu ke laut nampak cam dia gerun sebab dahinya berkerut, tapi lama-lama ok sket. Tapi lentuk lah letih gaknya. Pukul 12.00 kami pun bersiap-siap nak balik tamatlah kisah di PD….Seronoknya tak terkata sebab semua sporting termasuk babalong n babacik tapi mamalong tak main air… lain kali boleh buat lagi. Tapi kali ni harap mcc tanah merah dpt join. Untuk pengetahuan nama je gathering mcc tapi belanja sendirian berhad tak usik duit kelab tau…..Sebelum bertolak balik sempat bergambo depan apartment lagi ….isk..isk..isk.. cun abis kuarga kita ye, sehati sejiwa. Harap-harap beginilah hingga akhir hayat. On the way singgah kat pak cik anas, dia dok cuci senjata…..eeeeeehhhh tok lawe kawe maing ngan senjato jah ni….bla-bla.bla.bla ngan anas kami balik…good bye my luv good bye…..

Sue ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir kerana betul-betul buat kita seronok dan rasa betapa ikatan kekeluargaan kita begitu erat, hendaknya berpanjangan.

Sekian

Salam sayang dari sue (mak cik kau orang yang muda remaja..)

0 comments: