alahaiii... comel lote pic si bil bil sama sama adlan tuh... cam pinang dibelah dua... kui kui kui... anak2 dara kat atas tu apa kurangnyaa... single lagi ya.. tak lama tuh... marii... marii... sapa mahuuu... huuhuhuhu...
++ mencari jurufoto rasmi untuk majlis/persembahan/perkahwinan anda? hubungi Zul untuk tempahan dan pertanyaan
++ e-mel : zoel_ph [at] yahoo.com
++ website : KLIK!
*punya barangan/servis/produk untuk diiklankan? PERCUMA! hubungi kawe@MCC atau e-mel terus kepada mail2mcc [at] yahoo.com.my
ni lah design kertas atur acara (program) yg dah siap.... harap suko la belako.... :)
Masa@MCC
Berita Membunga
Pena Presiden
Selasa, 24 April 2007 6.21 petang
Assalamualaikum.. ahli MCC,
“Luangkan sedikit masa emasmu, kerana mereka memerlukanmu”
“Tanyalah pada diri kita pada hari ini, apakah kebaikan yang telah kita lakukan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara”
Jawatan yang dipegang bukanlah sesuatu yang dipinta kerana ia akan bertukar menjadi suatu bebanan berat yang perlu dijunjung, dipikul dan dibimbit agar misi terus meniti di atas landasan yang sebenar. Misi dan wawasan yang telah didokong oleh setiap ahli menjadi arah tuju MCC bagi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan. Amanah yang dipegang menjadi satu komitmen untuk dilaksanakan melalui pengorbanan masa, tenaga, minda dan kadangkala wang ringgit.
Ruangan kecil yang sebelum ini pernah dihiasi dengan kata kata hikmat dan pesanan yang bernas dari Allahyarham bekas Presiden kita kini telah lama kekosongan bagaikan sebuah bendang yang tandus. Ruangan ini perlu disuburkankan kembali agar terus menghijau sebagai tempat naungan burung-burung pipit. Sekarang menjadi tanggungjawab ayahngah selaku Presiden untuk memegang pena dan kertas, memeras minda bagi menghidupkan kembali ruangan ini walaupun memang menyedari tidak setangkas coretan dimasa masa lampau.
Ruangan ini akan Ayahngah penuhi dengan coretan yang bercorak inspirasi, motivasi dan santapan rohani yang diharapkan dapat dikongsi bersama dengan semua ahli MCC.
Wassalam...
Ayah Ngah
Presiden MCC
Kenangan
Rabu, 14 Jun 2006 11.08 malam
Setiap kali kulihat, terpancar jelas kegembiraan diair mukanya setiap hari semasa beberapa hari sebelum majlis perkahwinan
diadakan.Melihat telatah anak cucunya lelaki dan perempuan, kebanyakan nya perempuan, yang rioh rendah dan berpeloh pelai
semasa menjalaknan kerja-kerja gotong royong persiapan.Cucu lelakinya kebanyakannya berada diluar, berkerja atau
belajar.
Ini adalah musim kali kedua kulihat terpancar kegembiraannya.. Pertamanya Julai 2004,rioh rendah anak cucunya berkerja sama
membuat kerja tanpa arahan.Masing-masing tahu kerja apa yang perlu dibuat. Pada kali ini lebih meriah kerana masing-masing
lebih tahu apa yang perlu dibuat. Tangan berkerja tetapi masing-masing dengan mulut berbunyi gelak ketawa dan hilai kerana
menyambut jenaka-jenaka yang dibuat.Kesemuanya berpeloh palai.
Setiap hari beliau pagi-pagi lagi bersila diberanda tangganya untuk melihat anak cucunya berkerja.Sekali sekala menyamput dan
menegor seumpa memberi arahan.
Apa tidak gembiranya kalau seseorang ibu telah melahirkan jenerasinya, dan diperingkat umur yang lanjut sebegini masih segar
penglihatan dan pendengaran pula, masih dapat melihat anak cucu yang telah besar-besar dan telah mencapai kejayaan dan sekali
sekala balik kerumahnya dengan riang gembira untuk bergotong royong menjayakan majlis kenduri pula.
Tambahan anak cucunya nakal-nakal dan penoh dengan lawak jenaka. Tambahan ada menantunya yang sentiasa penoh dengan lawak
jenaka dan tidak segan silu bergurau senda membuatkan sekeluarga sekelilingnya tidak kering gusi.
Dihari persandingan cukup meriah.Banyak terdengar dari orang ramai" wah keluarga you semuanya satu hati, tengok pakaian
semuanya sama colour, ada thema". Memang betul yang puteri dayang dan yang putera dayong semuanya berpakaian sama, berkerja
membantu menyempurnakan majlis.Tidak ada orang luar keluarga yang membantu. Semuanya keluarga, anak cucunya sendiri.
Disebelah petang dihari persandingan, kelihatan begitu ramai sanak saudara yang berada diluar Tanah Merah datang kemajlis
kenduri.Sungguh ramai. Yang seronoknya melihat sanak saudara itu kesemuanya berkunjung keberanda tangga dimana ibu berada,
berpelok-pelokan antara satu sama lain. Maklumlah dihari kenduri sebeginilah sanak saudara dapat mengunjung sanak saudara
mereka setelah lama tidak berjumpa.
Itulah yang dibayangkan oleh seorang ibu yang telah melahirkan jenerasinya sendiri dan setelah beberapa puloh tahun kemudian
masih dapat melihat keriangan, kegembiraan dan kejayaan dengan jelas dihadapan matanya sendiri, persandingan.
Ibu mana yang tidak merasa gembira sekarang melihat telatah anak cucunya.. Ibu mana yang tidak merasa sedeh diatas kedaifan
hidup semasa mudanya.Dalam hatinya membuat perbandingan. Penulis masih ingat, beliau pernah memakan nasi tengah hari dengan
nasi dalam pinggan dan mencicahkan air garam kedalam pinggan nasinya untuk memberi selera makan.Bapa tidak dapat balik tengah
hari untuk membawa balik lauk untuk dimasak. Hidupnya dahulu "kais pagi makan pagi".Masa itu malam pula memakai pelita
minyak gas (kerosin), bangun pagi korek hidung hitam jari, asap pelita semalaman.
Semasa diberanda tu, barang kali dalam fikiranya,cucu manalah pula yang beliau dapat melihat sendiri semacam ini. "Masih kah
aku dapat melihatnya".Sudah dua cucu dapat dilihat bersanding. Sudah seorang cicit dapat ditimangnya.Mungkinkah tahun hadapan
dapat menimang yang baru.Semoga Tuhan perkenankannya melihat cicitnya yang kedua dan persandingan cucunya yang ketiga. Insya
Allah.
Itulah dapat digambarkan keriangan dan kegembiraan seorang ibu dimusim kenduri Azihanim dan Taqrish pada 29 Mei 2006. Seorang
ibu, Hajjah Chik Halimah Binti Mohamad Yusof, 78 tahun, ibu kepada 9 orang anak kesemuanya yang masih ada dihadapannya. Kami
bersembilan masih gembira dan tetap gembira kerana ibu kami masih dapat bersama-sama kami dan bersama-sama cucu-cucunya dan
the only cicitnya.
Kita, sebagai anak dan sebagai cucu, (cicit belum faham) semua perlulah berdoa semoga kesihatan ibu sentiasa menggembirakan
kita semua. ALLAH sahaja yang mengetahuinya.
rintitan hati,
bblong
sabtu, 8 april 2006 9.04 pagi
Ayat 60:Al Mu'min
Dan Tuhan kamu berfirma: "Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang
sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada KU, akan masuk neraka jahanan dalam keadaan hina."
Ayat 55:Al-A'raaf
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
Ayat 152 : Al-Baqarah:
Maka hendaklah kamu ingat kepada Ku, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan kamu
kufur (ingkar akan nikmat -Ku)
Ayat 103: An-Nisaa
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri
atau duduk dan semasa kamu berbaring.
------------
Ya Allah ya Tuhan Ku berikanlah aku ilham supaya ku sentiasa dapat berfikir bagaimana untuk aku mencari jalan supaya aku
sentiasa mengingati kepada Mu dan mengerjakan amal ibadat sebagaimana suruhan MU tanpa bertolak ansur.
Sekian terima kasih.Jumpa lagi.
babalong.
rabu, 15 mac 2006 12.11 t/hari
"Genuine wisdon is usually conspicuous through modesty and silence"
Wish all MCC members at all time to talk about good, to think about good, to plan with Vision and prepare for the good of
your future, our family and our generations in future to come.Be pleasant, harmornious, family es pirit de corps,
comradeships, and not least the most important is ALLAH is always in your mind and Jangan Cuai PerintahNYA...
see u later.
rabu, 8 mac 2006 10.10 pagi
Tok cek soh suami MCC, tok jantan kita. dia pandai speaking tau, sebb dia keja dgn ketoapi dulu. dia sellu ajar bbalong
kecik2 dulu cakap org puteh dan baca buku "this is a man, this is a pan, a man and a pan" sampai lebu buku tu. pagi2
dah cakap "good morning and how are u". dia sellu cakap U n I dgn mak u. jadi bbalong tak pandai la panggil mak su
sebagaimana diajar oleh MCC, panggil la U juga. tak reti panggil mak su. jadi habis adik2, sepupu2 dan keluarga yg lain
panggil U juga ke mak U ni, sampai la ka la ni panggil U, mak U dan Tok U.
Kita dah ingat ka tok u yg telah tinggal kita, elok lah sesiapa yg baca ni, baca la Al-Fatihah kepada sema saudara
kita yg telah meninggal, semoga roh mereka di rahmati Allah s.w.t. AMIN.
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.
ahad, 21 febuari 2006 6.47 petang
begitulah bbalong semasa kecil. selalu tidor berepek dengan tok nga mcc. semasa kcil lagi bbalong dipelihara oleh tok nga di
temangan bersama tok yu, tok da hasan dan tok teh hamzah - kerana tok (hjh halimah) dan tok wan berpisah kejap (kemudian
balik kembali sebelom lahir wan long).
bbalong ada ingat pernah nangis dalam homa tempat tok nga mcc tanam padi, nangis sambil minta "mak weh, pek dulu la, me lapar
ni...". lalu tok nga pon berhenti tugal padi dan dok bawah pokok pisang, dan beri pek susunya.
begitulah cito dulu2.
jumpa lagi.
ahad, 19 febuari 2006 9.07 pagi
Asslmkom ahli2 MCC semua. Bblong mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Shah kerana telah begitu berjaya membina
satu laman web Mcc sendiri. Ini cukup bagus bagi memberi peluang ahli2 Mcc bercit-cat terutama anak2 kita, bertanya kabar dan
bertukar2 fikiran dimasa lapang. Bagi bblong berbanyak terima ksih kepada Shah kerana memberi satu ruang khas kepada bblong
untuk berceloteh dalam blog Mcc ini. Apa yg bblong nak berceloteh?, tak ada idea. Tapi tak apalah, sebagai yg tertua, bblong
cuba cetuskan sedikit2 agar ianya menjadi ada lives.
Keblakngan ini nampaknya dah ada yg masuk blog ini tapi masih ramai lagi yg belum. Yg itu aje sellunya. Cuba pakat2
sampaikan kepada yg belum. Mungkin belum tau adanya blog ini.
Yg sellu masuk tu bblong ucapkan syabas, sellulah buka blog ini, walaupon satu ayat satu hari pon dah bagus tu. Sekurang2nya,
orang kata ada juga jengok muka.
Sekian dulu untuk kali ini. jumpa lagi.
jumaat, 17 febuari 2006 8.26 malam
2 ari dah x masuk mcc deme, sema batuk2. nak gi kl 24 nih, nak join camping ada msyuarat 25.
Certa MCC. bblong kecik2 dulu slalu teingat dok pek dgn Tok Nga (MCC) siang de male. male2 tido dgn dia, dok degar cito pak
pandir cari tok ime. ore beri tau dia, tok ime tu ada janggut. tiba2 dia herek klek kmbing jjanggut panje. herek masuk rumah,
apa lagi kambeng tu mngembekla dale umah.bercelidar lari ore ttino. ha,ha,ha.
Ulangtahun
Sudut Agama
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S. dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)
*Ingin berkongsi firman, nasihat serta tips-tips agama dengan kami? Hantar segera ke mail2mcc [at] yahoo.com.my sekarang!
Mutiara Kata
"Melangkah itu mudah, namun mencari arah itu yang terkadang payah. Mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. Menyusuri susur itu mudah, namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah. Oleh itu, bersabarlah."
*Ingin berkongsi kata-kata azimat dengan kami? Hantar segera ke mail2mcc [at] yahoo.com.my sekarang!
Petua & Tips
*anda ada sebarang petua/tips untuk dikongsi bersama? e-mel segera kepada mail2mcc [at] yahoo.com.my
Geletek
Teka-teki
A. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. Har! Har!
B. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
*anda mempunyai bahan atau teka-teki lawak untuk dikongsi? hantar segera ke mail2mcc [at] yahoo.com.my sekarang!
1 comments:
alahaiii... comel lote pic si bil bil sama sama adlan tuh... cam pinang dibelah dua... kui kui kui... anak2 dara kat atas tu apa kurangnyaa... single lagi ya.. tak lama tuh... marii... marii... sapa mahuuu... huuhuhuhu...
Post a Comment