Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Sunday, December 23, 2007

Gambar-Gambar Majlis Pertunangan Fadzli (",)



maaf atas kelewatan. nie pic-pic kiriman ajue (http://wan-zul.fotopages.com). enjoy! buat fadzli dan maria, tahniah sekali lagi dari MCC... :)

Terkini : Jalan Gua Musang-Jeli pula ditutup

GUA MUSANG 22 Dis. - Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 45 dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, dekat sini, pagi ini.

Ia sekali gus menyebabkan hubungan jalan raya antara Kota Bharu dan Gua Musang terputus sama sekali.

Jalan berkenaan merupakan laluan alternatif sejak seminggu lalu bagi perjalanan ke Kota Bharu dan Gua Musang selepas jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditutup juga akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 65.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, buat masa ini belum dapat dipastikan bila laluan itu dapat dibuka semula memandangkan keadaan tanah runtuh itu agak serius.

Katanya, kejadian itu juga merupakan yang kedua berlaku di jalan alternatif itu dengan yang pertama di Kilometer M 36 dekat Kampung Kuala Lah menjelang Aidiladha lalu yang masih dibuka selorong.

"Tetapi kejadian pagi ini membuatkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup. Alternatif sekarang dari Gua Musang ke Kota Bharu dan sebaliknya ialah melalui Lojing dan ke Ipoh sebelum memasuki Jalan Raya Timur Barat atau melalui Pahang dan Terengganu," katanya.

Sementara itu, Ahmad Termizi meminta kerjasama orang ramai supaya mematuhi arahan penutupan jalan bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah selain merugikan masa perjalanan apabila terpaksa berpatah balik.

Beliau berkata, selain itu, pengangkutan kereta api adalah pilihan terbaik untuk ke Kota Bharu atau sebaliknya.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya ingin mendapat perkembangan terkini sebelum mereka memulakan perjalanan.

"Mengenai Jalan Gua Musang-Kuala Krai yang runtuh sejak lebih seminggu lalu juga masih belum dibuka kepada orang ramai dan kerja-kerja membina jalan lencongan masih dijalankan," katanya. - Utusan

Monday, December 10, 2007

Renungan : 12 barisan di Akhirat

Renungan Khas buat warga MCC yang tersayang,

Semoga kita tergolong di dalam barisan ke 12..... aminn.....

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masin dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

WASSALAM.
Salam Sayang dari Sue

Wednesday, November 28, 2007

MMS Pilihan : Aisy (Versi "Jom Pi PD!")


kiriman : Shasha

terima kasih, sha!

nampaknya request kawe minggu lalu mula mendapat sambutan. teruskan menghantar mms atau foto-foto anda (berkaitan dengan MCC sahaja) dan pastikan disertai dengan caption (penerangan ringkas) yang menarik.

kawe : masih lagi menunggu kiriman foto-foto sg. congkak & PD... huhuhu...

Friday, November 23, 2007

MMS Pilihan - Nabil & Aisy

kiriman : Shasha

*kepada anda yang mempunyai mms atau gambar menarik untuk dikongsi sila hantar/e-mail segera moderator!

mms : +6016 369 01 04
e-mail : mail2mcc@yahoo.com.my

pihak moderator juga turut mengalu-alukan kiriman berita semasa serta perkembangan aktiviti ahli MCC.

e.g. aktiviti camping/berkelah, masuk tv/majalah, konvo/terima award pekerja paling rajin, timang anak/cucu atau apa sahaja. diulang... apa sahaja!!

anda juga bisa menghantar pantun/puisi (2 kerat pun takpe), apa jenis tips - memasak, jaga anak, petua jaga kecantikan serta karya lukisan etc kepada moderator.

jangan segan2, hantarkan sahaja apa sahaja tentang anda- yang menarik dan tertarik... sekaranggg!

sama-sama lah menyokong BLOG MCC!

kalau tak kita, siapa lagi?

hantarkan sekarang... (",)

Wednesday, September 26, 2007

Jamu Mata : Aigner's Handbag

Gembira, teruja.


Hati berbaur. Tak sabar sebenarnya.

Tinggal beberapa hari lagi kawe akan kembali ke Malaysia. Selama beberapa bulan di sini, belum cukup sebenarnya untuk kawe simpulkan keseluruhan dan rentak hidup di negara orang.

Pepatah hujan batu di negara sendiri (mungkin) ada benarnya. Kawe akui. Di tempat sendiri, segala-galanya senang dan mudah didapati. Kita manja dan ralit dengan budaya dan keselesaan di tempat sendiri. Kawe pun tak terkecuali.

Sini apa ada, nak makan ikan kicap hari-hari pun payah. Sebagai contoh. Bukan merungut, sekadar berkongsi apa yang Kawe rasa. So far semua okay, German ok, orang pun bebaik.

Tapi kalau dah tekak dan lidah Melayu kan.

Kalau di Kuala Lumpur, terasa nak makan aje, terus call Sue Dah, ok set dan pandu aja ke Semenyih. Nikmat bukan?

Okay la, tak mahu cerita panjang, semalam kecoh dok cerita pasal handbag kan? To Along, Kawe dah pi survey few kedai kat serata kawasan Oldenburg nie, rata-rata beg Aigner sama harga. Rasanya boleh pengsan atau terduduk setengah jam kat luar kedai bila tengok price tag dia. Hahahaha!

*Jujur Kawe cakap, sebelum nie tak tahu pun nama or jenama beg-beg ni. Very the Cik Kiah sangat. Hahahaha!

Apa pun untuk tidak mengecewakan "hati dan perasaang" yang membuak-buak (ala mengidam katanya) so Kawe letakla jugak few pics yang sempat Kawe snap masa berkunjung ke salah sebuah kedai handbag (glamer ok kedai nie) di bandar pagi tadi.

Hah, amacam, puas hati? Or makan hati?? Opss!

Thanks to adik yang jaga kedai (lupa nama dia) sebab sudi pose-pose ala model untuk tayang beg-beg yang ada.

Jalan-jalan tu, sempat la jugak masuk Esprit dan Zara, kerling2 barang yang ada. Ikut harga kat sini murah lah, tapi yang tak bestnya bila convert duit Malaysia, sekali lagi (kali ni terbaring terussss) kat luar kedai. T-shirt selai dah 30EUR. Itu biasa (kalau kat sini). Tapi bila convert... huhuhuhu, tepuk dahi. :)

Apa pun sempat juga beli 'sedikit' cenderahati untuk Bil-Bil, Aisy dan Sarah. Hah, bebudak aje lah yer. Mak budak or abang budak-budak tahun depan pulak (insyaallah ada rezeki).

Maybe Kawe kasi duit raya aje lah tahun ni (untuk adik2 sepupu). Hari tuh ada buat projek untuk Bank Negara (Logo Universiti INCEIF) ngan sikit keje-keje freelance kat sini, dapatla cover kos sara hidup.

Maybe balik nanti kena beli kamera juga satu cam Aju and buat bussiness photography plak kat sini. Laku! Kui kui kui....

Okay la. Itu aje untuk kali ni. Dah jam 5 petang ni, nak siap-siap pi buka dan terawih kat Masjid Turki.

Salam dari Kawe kat sini. Insyallah dari Oldenburg, Kawe akan ke Bremen (airport terdekat) untuk ke Frankfurt Isnin ni, dan sampai Malaysia pada 2hb. Oktober.

Jumpa di Malaysia!

p/s : doakan selamat sampai dan selamat tiba... Amin!

Kawe@MCC
Oldenburg,
Germany

Thursday, September 20, 2007

Aisy datanggggggg.....

Hi.... apa khabar? cun tak saya?! Selamat berpuasa semua....

kawe@MCC - alahaiii.. windunya kat budak sorang ni... masa datang dulu kecik aje, ni dah pandai melaramm.... mesti dah tak kenal kawe dah ni... huhuhuu.........

Tuesday, September 11, 2007

Ramadhan Oh! Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

Ramadhan tiba lagi. Sedar tak sedar setahun berlalu. Dikesempatan ini kawe selaku moderator ingin mengucapkan Selamat Datang Ramadhan. syukur, syukur, syukur... dapat lagi kita merasa dan bernafas di bulan yang mulia ini sekali lagi. Di harapkan kita sama-sama beroleh keberkatan dan kebaikan di sepanjang Ramadhan Al-Mubarak ini.

Bermula Ramadhan ini juga kawe akan membuka kembali blog MCC ini sebagaimana sebelumnya. kawe faham ramai yang menghantar e-mail dan meminta kawe untuk berbuat demikian. jujurnya, kawe juga tak berniat nak susahkan anda semua, lebih-lebih lagi blog ini adalah hak keluarga, dibangunkan untuk kemudahan anda semua, berkongsi dan bertukar-tukar cerita.

pernah kawe merasa putus asa dan macam nak 'lepas tangan' sahaja. namun semangat Babalong (biarpun dia dah takde) seolah tidak merestui kawe untuk berbuat demikian. kawe sayang blog ini, segala-galanya tentang MCC tersemadi di sini.

suka duka, hari keluarga, kejayaan dan sebagainya-

namun adakalanya 'sesuatu yang bersifat terbuka' itu mungkin tidak disenangi dan bisa memberi impak negatif kepada kehidupan kita. kawe dah rasa semua ni. memang dari mata kasarnya, ah, ini hanyalah blog, sebuah medan maya yang tak memberikan apa-apa makna. sekadar berchatting, tulis-tulis pendapat- apa salahnya?

pandangan masing-masing la kan.

berat mata memandang tapi takpe lah, demi MCC dan kemudahan bersama, kawe sanggup menanggung risiko.

kawe harap sempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini, minta dijauhkan segala sifat dengki dan dendam sesama kita bukan sahaja di kalangan ahli keluarga MCC sendiri, malahan umat Islam keseluruhannya. sama-samalah kita baiki kekurangan diri masing-masing. kawe sedar, sebagai manusia, kawe jga tak lari dari segala sifat-sifat lemah.

apa yang kawe dapat cakap, kita sama-sama "ukur baju di badan sendiri".

titik.

baiklah, sempena dengan kedatangan Ramadhan ini juga, kawe ingin menyelitkan beberapa posting berguna untuk anda, serta tak lupa Perutusan Presiden MCC iaitu Ayah Ngah yang kawe terima dar e-mail yang dihantar oleh Sue Dah.

buat sekalian MCC, Selamat Menyambut Ramadhan A-Mubarak!

Perutusan Dari Presiden MCC

"Ayahngah minta maaf banyak2 kepada semua ahli MCC kalau ada segala salah dan silap.Sama-samalah kita saling maaf memaaf antara satu sama lain agar ibadat puasa kita tahun ini lebih bermakna dan diterima Allah sepenuhnya....." - Ayah Ngah, Presiden MCC

dan ini pula dari Sue Dah...

Assalamualaikum,

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah penghulu segala Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah penghulu segala Rasul dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu Sue terlebih dahulu memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

ini pula pesanan dari Umi, dr e-mail yang di hantar melalui Sue...

Sesungguhnya dikatakan Allah itu meletakkan 5 perkara dalam 5 tempat:

1. Kemuliaan Dalam Ketaatan

2. Kehinaan Dalam Kemaksiatan

3. Kehebatan Dalam Qiamullai

4. Sifat Hikmah Dalam Perut Kosong

5. Kekenyangan Dalam Qanaah (berpada-pada)

Terima kasih semua...

salam dari kejauhan,
kawe@MCC
Germany

Thursday, August 30, 2007

Khabar Dari Germany


seorang teman menyampaikan link ini kepada kawe. jutaan terima kasih kawe ucapkan kepada hamba Allah ini. memang kawe leka. namun entah mengapa, terdengar sahaja suara azan bergema dari corong komputer riba, membuat hati kawe menjadi sayu dan hiba. betapa kawe akui kekuasaan Allah S.W.T.

"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!".

dalam hati, berkali-kali kawe mengucap syukur kepada teman kawe itu kerana memberikan link panduan ini kepada kawe. rasa-rasanya mudah sekali selepas ini untuk kawe memulakan Ramadhan pertama di sini. jauh dari perantaun, jauh dari segala kemudahan untuk bersolat dan sebagainya. tanpa alasan!

apa yang menarik?

- boleh disetkan kedudukan/lokasi tempat tinggal/negara/bandar/bahasa
- mendengar suara azan setiap kali masuk waktu
- mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap masa
- panduan untuk menunaikan solat serta penerangan (lengkap dengan cara-cara berwudhu' dsbg.
- banyak lagi!

pada anda yang tercari-cari kemudahan ini di internet, segeralah log on ke IslamicFinder.com. segalanya terdapat di sini, dari kemudahan mendengar suara azan, waktu solat dan berbuka dan segala yang berkaitan. menarik sekali anda bisa memuat turun perisian ini secara percuma dari laman yang kawe nyatakan di atas.

dan, ok. pada yang sering bertanya, bila kawe nak balik, ini kawe sertakan susunan jadual lengkap yang telah kawe ekjas sedikit-sebanyak untuk dikongsi dengan semua.

jumpa di Tanah Merah!


1hb okt 2007
6.20 petang
- bertolak dr Bremen, Germany
(transit di Amsterdam)

2hb okt 2007
2.40 petang
- tiba di Malaysia

2-7hb okt 2007
- puasa di Kuala Lumpur

7-8hb okt 2007
- puasa di Penang
- 8hb, flight ke Kota Bharu (dr Penang)

9-16 hb okt 2007
- puasa & raya di Kelantan
- 16hb petang, flight ke KL

23-26hb okt 2007
- Kuala Lumpur

26hb okt 2007
11.15 malam
- flight balik ke Germany

Salam dari Kawe@MCC,
Germany

Thursday, July 12, 2007

Chat Sungguh-Sungguh!


a'kum!

apa khabar MCC?

lama tak tulis apa-apa kat sini. just nak war-warkan sikit aje, tentang tagboard baru ni- menggantikan tagboard lama (yg mula dikenakan yuran secara online).

"shah, apa yg cool?"

"beza ngan tagboard lama?"

okay ni nak citer.

satu dari yg best ttg tagboard ni, kita bleh chat secara 'real-time' atau masa-nyata. means tak perlu lagi dah nak refresh. kalau ada new chatters yg online dan taip msg pada waktu yg sama, text tu akan terus masuk ke dlm tagboard (tanpa direfresh cam selalu). cool kan?

so, apa lagi jom kita penuhi ruangan tagboard sekarang tanpa kena tunggu lama-lama dah!

p/s : kawe masih tak terima apa-apa artikel/sumbangan tulisan (even tentang family day) dr kalangan ahli MCC. sila hantarkan sumbangan anda sekarang untuk dimasukkan sebagai posting. hantarkan ke mail2mcc@yahoo.com.my. sumbangan boleh dibuat dlm bentuk karangan ringkas, gambar, puisi, lawak jenaka, pantun, resepi, pengalaman atau apa sahaja. penyertaan adalah dialu-alukan. terima kasih.

kawe - ingin minta maaf tentang 'kekalutan' minggu lepas, to cik nah, along, sue, terima kasih kerana menelefon.

Thursday, June 28, 2007

Dari Dapur MCC : Rendang Wae Long

minggu lalu, kawe sempat meminta wae long berkongsi resepi rendang istimewa beliau sewaktu balik ke tanah merah. ye lah, kalau selama ni tau sedap makan je, dah nak pi jejauh ni nak juga belajar2 yer tak.

ok, khas bagi mengisi ruangan 'Dari Dapur MCC' buat pertama kali ini, jom kita sama-sama lihat bagaimana cara-cara untuk menyediakan masakan istimewa ini (yang menjadi hidangan wajib-habis-licin keluarga MCC tiap kali menjelang hari lebaran).


*berdasarkan penyediaan untuk sekilo daging - tips : gandakan bahan untuk setiap tambahan kilo daging :)

Bahan2 :-

1. 5 batang serai
2. cili boh
3. 7 ulas bawang putih
4. sebiji lengkuas (sebesar ibu jari)
5. sebiji halia (sebesar ibu jari)
6. kerisik
7. gula/manisan (1 keping)
8. asam jawa
9. 1/2 kilo santan

Cara2 membuat :-

1. campur dan kisarkan bahan2 seperti halia, serai, lengkuas dan bawang putih, dan asingkan.
2. panas dan tumiskan (sedikit) minyak.
3. masukkan cili boh (biarkan sedikit garing).
3. masukkan dan tumis bahan2 yang telah dikisar tadi - kacau hingga naik bau.
4. masukkan daging, kacau hingga sehingga air (hampir/sedikit) kering.

5. masukkan santan - kacau hingga kering (part ni bergantung pada kesukaan - kalau larat tunggu la sampai rendang kering, kalau tak basah/berkuah pun okay.)

tips tambahan : nanti make sure kena buang minyak lebihan santan kalau takut obess! hehehe...

peacee!! hah, dah siappp! mudah bukan? mati2 selama ni kawe ingatkan susah bebeno nak membuatnya, tapi bila tengok live buat pertama kali wae long buat ni, rasa cam senang pula. ni antara resepi yang mesti kawe bawak and wajib-try bila dah sampai germany nanti... hehehe...

buat wae long, tengkiuu bebanyak kerana sudi bersama MCC untuk ruangan 'Dari Dapur MCC' kali ini.

selamat mencuba!

p/s : takut2 tak dapat balik raya, rendang wae long dan biskut cik wae jadi pengganti...

Nota kaki - bagi sesiapa yang mempunyai lain-lain resepi untuk dikongsi bersama ahli MCC yang lain, boleh lah menghantar kepada mail2mcc@yahoo.com.my. terima kasih.

Friday, June 15, 2007

MCC@Melawi Bhg. 2 : Warna-Warni MCC

salam MCC!

maaf lama 'menghilang'. kawe tak ke mana-mana. sibuk dengan kerja-kerja harian yang bertambah-tambah dua tiga minggu ini. kejar ke sana-sini. hanya sempat memerhati dan menjeling chatbox sesekali. maklum sahaja persiapan ke tuuttt.... opss... hehehe.... nanti-nanti lah. tak lama. tinggal 15 hari je lagi. hmm... bukan saja nak berahsia, tapi ada beberapa perkara yang kawe perlu pastikan. kena sabarrr... insyallah sampai masa kawe umumkan juga... :)

pada MCC yang masih rindukan suasana kemeriahan dan bahang kehangatan hari keluarga baru-baru ini, nah sekali lagi... khas buat anda semua... terimalah, himpunan gambar-gambar MCC@Melawi... kali ni kawe persembahkan dalam versi yang berwarna-warni pula (oh, dan ada yg hitam-putih juga!). saja - kelainan. dan seperti biasa, kredit buat abg shaman dan aju ya!

cik uly & baby aisy... hai, dok pegang2 ni, takde plan ke nak tambah sorang lagi...


nabil : tok kira... kawe nok jugok mandi, buat bodo aje la...

sarah : eeeiii... nyesal tok letak signage ladies tadik!

nabil : haiyaahh.... haiyaaahhh.... ni diaaa... 'pendek' kar kundur sudah mai...

kirii... kanannn... kirriii... kanannnn.... barisan calon-calon 'membunga next top model'

imi : angah, control ngah... ngontroll... tarik nafas dalam-dalam... abe shaman amik pic kito tuh...

angah : settt.... nanti kito suruh abe shah touch up post lawa2 kat blog... ngeh ngeh ngeh


hai kedai basikalku.... mudah-mudahan murah rezeki nanti aku nak bukak satu showroom, pastu bleh la ehem.. ehemmm.... lagi.... aminn!

sian cucu-cicit aku dok peluh-pelai semuanya...

subhanallah!

opocott makkk... ingat tripod tadi, kaki orang rupanya...

ni takde keje la ni, nak cari glamer gak cam bil bil... takpe, i pun kira bongsu gak apa so bleh la pose-pose camni... you bleh? tak boleh kan... hahaha!

epi : imi, tu abe fadzli doh wat kelik ehem ehem dio tuh, next year giliran imi la pulok kot...

imi : (malu-malu) aishh... ingatkan nak wat balik tahun nih, saja je dulu kasi can... hehehe...

*dialog hanyalah rekaan dan tujuan hiburan semata-mata. harap maklum.

cuma ini yang dapat kawe siarkan. nak tulis citer pepanjang memang tak sempat (tunggu citer dr sue, along or sesapa kalau sudi...).

semangat MCC, terus abadi...

moga terhibur...

kawe@MCC : berat rasa nak pergi... hmm....

Thursday, May 31, 2007

MCC@Melawi












Kredit foto : Aju & Abang Shaman