a'kum, mcc!
apa khabar semuanya... harap sihat2 belaka. duh, lamanya tak menulis dan update apa-apa cerita kat sini. banyak yg berlaku lately.
oh, ya- baru2 ni kawe ke semenyih. saja singgah bermalam ke sana (dah lama tak pegi). sambil2 tu jenguk kak ngah juga. ada wae long dan mok. terima kasih for the nasi air ya wae long- sedapp!
masa kat semenyih juga, kawe sempat 'mesyuarat' sama uncle man, sue, abang taq dan lelain. sempat jugak update pasal hari keluarga dll.
banyak untuk diceritakan sebenarnya. takpe, tunggu je. tak lama dah ni, rasa kawe penghujung mei nanti kita ramai2 pakat berkumpul ahli-keluarga (sekali lagi) di pantai melawi, bachok.
untuk maklumat seterusnya akan kawe war-warkan selepas ini ya. tunggu aja perkembangannya nanti.
oh, ya. kawe baru aje menelefon abang taq tadi- kak ngah sekarang berada di hospital HUKM, cheras. menurut abang taq, maybe besok kak ngah dijangka bersalin. so kepada sesiapa yg nak gi melawat tu dialu-alukan la. kawe pun mungkin singgah ke sana malam ni. abang taq cakap ada sewa rumah (apt) di belakang hospital, so senang la jugak pada sedara-mara yg nak pi melawat nanti.
sama-sama la kita doakan yg terbaik untuk kak ngah ya. moga melahirkan bayi yg comel...!
sayang juga aju takde kat sini. beliau telah pun selamat berangkat ke korea. 'cuti-cuti berfoto' katanya. tu la kata orang, kalau setakat minat aje baik tak payah. tapi nasib baik aju serius dalam apa yg dia buat. mmg dia tak main-main. ada rezeki lebih, buat aje. sampai ke korea dia mengambil gambar. bagus la. pilihan masing-masing. harap2 aju berjaya dlm cita-citanya.
dan kawe pula? hehehe- pasti ramai yg tertanya-tanya. kawe okay. tak kisah apa org nak cakap. buat masa ini kawe pun sibuk dengan kerja2 freelance dan tanggungjawab di ofis selaku pereka grafik. tak menang tangan. department kawe buat masa ni cuma ada dua orang designer (termasuk kawe) so pepaham aje la- busy ya amat!
ok la kawe rasa elok kawe gerak sekarang. mahu ke cheras lagi pas ni. pada ahli keluarga semua, ramai-ramai la kita pakat meriahkan lagi MCC nih. tak rugi. malah apat mengeratkan lagi pertalian sesama sendiri.
akhir kata, dr kawe... majulah MCC untuk MCC!
yeazzaaaa....
kawe@MCC
Thursday, April 05, 2007
Khabar Dari Kawe
4:14 PM
No comments
0 comments:
Post a Comment