salam MCC, selamat pagi semua... harap sihat-sihat hendaknya. bagaimana hujung minggu anda? kawe macam biasa, kalau tak sibuk dengan AF, kerja-kerja dari tayangan unggul, cybersecurity malaysia - huh, tak menang tangan. apa pun kawe curi juga sedikit masa, untuk menulis sesuatu di sini. bukan apa, selain dari memeriahkan blog, at least ada juga update untuk bacaan dan tatapan anda sehari-hari.
sedar tak sedar, sudah hampir setahu empat bulan blog ini beroperasi. dari januari 2006 (posting pertama - cerita hari raya. anda masih ingat? klik!) hinggalah ke april 2007. pelbagai cerita dikongsi, suka-duka MCC, kelahiran nabil, sarah dan terbaru, aisy thaqifah, bual-bual di tagboard, luahan rasa dan sebagainya, syabas buat anda semua di atas sokongan dan sikap sporting selama ini.
sebetulnya orang paling layak menerima ucapan tahniah adalah arwah babalong sendiri. jika tidak kerana beliau, "shah, wujudkan website... pandai buat?".
boleh tu boleh. tapi rumit sedikit. makan masa dan tak mungkin kawe bisa mengendalikannya sendirian. lalu kawe memilih untuk membangunkan blog. sesuatu yang baru (waktu itu) namun bisa diterima kawe kira.
kawe lihat wajah babalong gembira. tak putus beliau mengucapkan terima kasih kepada kawe. ah, sumbangan kecil sahaja. tak seberapa, getus hati kawe.
apa yang penting, MCC bisa berhubung sesama sendiri - jauh di mata, dekat di blog.
dengan blog, pelbagai berita, informasi, cerita-cerita peribadi dapat kita kongsi secara meluas dan tanpa batasan. lebih cepat dan berkesan lebih-lebih lagi bagi 'orang yang selalu hilang' seperti kawe (busy exam kata uncle man) memang sesuai menjadikan blog sebagai wadah untuk komunikasi.
sebetulnya, tak mungkin kawe dapat melakukan semua ini sendiri. jika dulu, kawe mendapat sokongan penuh babalong, kawe tetap berharap semangat dan keinginan yang sama tetap wujud dikalangan kita. anda mahu blog ini ditutup? tentu tidak bukan. sayang.
jujurnya, blog ini merupakan salah satu hasil dari idea dan kehendak arwah. kawe hanya menjalankan misinya sahaja. lalu, kawe perlukan kerjasama kalian untuk turut sama memeriahkan blog ini, hantarkanlah segala cerita anda, gambar-gambar atau apa sahaja untuk kita berkongsi di sini. uh, ya jangan lupa petua, tips... sila rujuk kolum-kolum atau ruangan yang telah kawe sediakan di kiri dan kanan blog. masih kosong bukan? (e-mail kepada mail2mcc@yahoo.com) kerana kawe tak mampu menjalankan semua ini sendirian, tanpa bantuan kalian. jika dulu kawe bersemangat bila babalong sering sms atau mengemail kawe, "shah bagus shah... wujudkan tips dan petua... buat ruangan panduan solat... itu, ini...". sue juga pernah bersuara..."shah, letakkan link-link ke jabatan kerajaan... maybank2u... senang nak akses...".
suara-suara seperti ini lah yang kawe perlukan. tak boleh buat takpe, janji suara tu penting. insyallah perlahan-lahan akan kawe usahakan.
sebut pasal usaha ni, untuk pengetahuan semua, set penuh vcd "rakaman rasa... hari keluarga 2005" telah pun selamat kawe edarkan melalui sue dah dan cik wae (edisi terhad). maaf atas kelewatan. rancangnya mahu diedarkan sahaja pada hari keluarga mei nanti tapi kawe rasa setiap MCC perlukan feel hari keluarga itu sendiri, (tambah pula barangkali ada dikalangan kita yang dah lupa suasana hari keluarga itu sendiri- mana tahu), so untuk mengembalikan mood (masing-masing) ada baiknya kita edarkan sahaja sebelum hari keluarga. jadi kepada yang belum mendapatkannya, boleh lah menghubungi sue dah ataupun cik wae ya. harga vcd ni cuma rm21 sahaja (2 cd) lengkap dengan sampul vcd yang kawe buat sendiri. dengan durasi selama kira-kira hampir satu jam, kawe kira ianya adalah sesuatu yang berbaloi dan harus anda miliki.
usaha. itu yang termampu kawe buat untuk kalian. maaf jika ada ketidaksempuranaan dalam penghasilan vcd itu ya. semoga terhibur!
info : ruangan baru - warkah presiden (akan datang!)
*aktifkan speaker anda untuk mendengar siaran radio LIVE hot.fm - 24 jam sehari!
p/s : tgh usaha siapkan bunting untuk hari keluarga...
shah a.k.a. kawe@MCC
moderator
mail2mcc@yahoo.com.my
0 comments:
Post a Comment