Ulangtahun Nek Nah@Putrajaya

Nek Nah yang kelihatan gembira dikelilingi cucu-cucu pada sambutan hari ulangtahun beliau di rumah Mamasue di Putrajaya baru-baru ini.

Hari Keluarga MCC 2012 Kali Ke-8

Sekitar perkemahan Hari Keluarga MCC Kali Ke-8 di Pantai Melawi, Bachok, Kelantan 2 - 5 Jun 2012.

Malam Seribu Bintang Yang Penuh Nostalgia!

Malam Seribu Bintang - Hari Keluarga MCC kembali dengan tema "Orang Kampung Yang Beriman"!

Imi Dah Tunang!

Tahniah diucapkan buat Imi dan Yaya di atas pertunangan mereka. Nantikan perkahwinan mereka September ini!

Srikandi MCC!

Barisan srikandi MCC sedia untuk menyumbang bakti sepanjang Hari Keluarga MCC 2012 baru-baru ini.

Thursday, January 26, 2006

Suatu Hari Di Hari Raya

hari raya. aidilfitri tentunya. shah... nape lambat posting gambar? maaf sesangat. kawe baru jah jumpa gambar2 neh kat dlm file komputer. HEHEHE...

sesekali dok belek2 balik gambar2 lama nie seronok juga. erm. sama juga cam tahun2 lepas, masing2 tak nak lepaskan peluang untuk balik kampung. sayangnya, raya kat tanah merah kali nie kurang meriah sikit. ada beberapa 'orang kenamaan' yg tak dpt pulang beraya. nok buak cemano, kena la gilir2 yer tak? HEHEHE...


btway, balik pada cerita raya puasa kali nie, sekali lagi rumah mok/tok (our beloved nenek) menjadi "center" atau pun tempat anak2 serta cucu2 berkumpul di pagi raya (as usual). balik aje dr semayang aidilfitri di madrasah berhampiran, para jemaah di jemput menikmati jamuan hari raya di dalam khemah yg telah disediakan.

habis jamuan dan makan2, diadakan pula sesi memberi "duit raya" dan salam-salam. time nie la kita dapat lihat ada mata yg bengkak2 dan penuh emosi. kawe pasti semua tu ikhlas dan kemaafan yang lahir dr hati yg suci. mudah-mudahan.

paling seronok - sudah tentu - budak2!

"duit raya simpan tau... jgn bazir!," pesan si untie.

"hah, kalau tak nak bagi je uncle!," sahut pak cik kat sebelah.

"teringat pula zaman sanding dolu-dolu..."

keluarga bahagia ayah chik & cik ngah

uncle man : "HEHEHE..."

sue : control... control... (dalam hati)

hero-hero MCC...

ahli wanita... tok seh kaloh...


selesai beraya di rumah mok/tok, masing2 beralih ke rumah ayah ngah - menu tahun nih kira special la sikit sebab dah ada umie (pa... ehem.. ehemm!). rajin umie masak. eh, kek pun ada (duh, makan lagi!).

dr umah ayah ngah, beralih lagi ke rumah cik ngah pula yg terletak di tmn kenanga. tak jauh la agak2 sepelaung. jalan je. semangat raya la katakan. yg bestnyer, boleh kata tiap tahun our family je yg buat camnie (jalan2 raya dlm kumpulan). sambil tuh sempat gak buat lawak kureng bernas (leader - uncle man). kira ok la tak la bosan jalan.

kat umah cik ngah, makan lagi... lagi byk food. macam2 ada kata pak cik MAA (astro). masing2 lepas geram sebab tak makan sebulan (puasa katanya!). kira puas hati juga la lepas jalan, dapat pula makan free. umah cik ngah pun makin cantik sekarang. konsep ala-ala bali lagi.

itu aje la catatan yg dapat kawe tulis sikit2 ttg raya hari tuh. selain tuh bleh la ushar2 (lihat) gambar yg kawe posting nih. oh, yer jgn lupa gathering raya cina nanti. kita buat BBQ kay!

salam.

kawe@MCC

Monday, January 23, 2006

Futsal Fiesta Membunga Clan Club

Assalamualaikum w.b.t.

agak lama rasanya saya tidak mengupdate apa-apa info atau catatan di sini. maaf! bukan kering idea cuma saya masih menunggu update terbaru ttg fiesta futsal yg diwar-warkan oleh ayah su di malam raya haji yg lalu (masih ingat gathering di rumah cik nah?).

seterusnya, saya harus berterima kasih kepada alan yg menjadi org pertama (ahli MCC) yg mengirimkan gambar2 fiesta futsal melalui e-mail kepada saya. namun sayang saya masih menantikan catatan bertulis sebenarnya untuk tatapan semua (angah, mana janjimu?).

silap juga sepatutnya saya menghadirkan diri namun atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan, saya terpaksa membatalkan sahaja niat untuk turut serta. bukan exam, bukan... uh, uncle man dah senyum panjang (duh, ampun!).

apa pun, saya kira gambar2 di bawah ini cukup untuk sama2 kita tatap. jika ada lagi antara ahli MCC yg lain yg sudi menghantar gambar2 fiesta futsal yg lalu, saya alu-alukan. seperti biasa, e-melkan kepada mail2mcc@yahoo.com.my. jangan lupa!

tarikh : 14 januari 2006
hari : sabtu
perkara : futsal fiesta membunga clan club
tempat : -


sebelum acara... betul ke tempat neh? mace lain jah!


autograf ? aik, baru 1st time main dah ada peminat... glamer... glamerr...


pose sengih dr su - HEHEHE... berfutsal juga aku akhirnya!


Pom Pom girls (mana air oren?)


Balik makan roti canai


duh, gatal palo kawe!


nok main kena ado strategi baru bulih mene! - petua diva


kok sampai darah-darah lututnya... lenkali hati-hati ya eman!


Futsal MCC - ada berani mau lawan?

(gambar2 kredit to alan & http://wagrunge.fotopages.com/)

Friday, January 13, 2006

Makan-Makan Raya Haji @ Melawati



hujan renyai2 petang jumaat. saya tidak punya pilihan hanya melepak di rumah. kawan2 ramai yg dah balik kampung. teringat cik nah di melawati. hati terpanggil. pantas tangan gatal mendail.

"shah jemput, makan2 di melawati!", garau suara baba chik mempelawa.

mati2 saya ingatkan semuanya raya di kelantan. seterusnya, saya cuba menghubungi su dah, kak long, kak ngah dan ayah su. confirm! masing2 raya di kl. hati saya lega.



"apolah dok gege-gege tuh, tido lagi best!"

agak lama juga tidak bertentang mata dengan mereka. teringat nabil, baby sulung kak long. sudah besar agaknya. hmm...

kira-kira hampir ke lapan malam, saya tiba di melawati. masing2 sudah sampai. kecoh seketika. seperti biasa, telinga saya 'pedas' seketika. al maklumlah jarang menjengahkan diri. alah bisa tegal biasa kata orang. saya tahu mereka bergurau.



aik, time bakar sore jah, nok amik gambar ramai pulok enterprem..."

"ish, angah pun nak enterprem gak? cian atin tuh..."

BBQ sudah ready. tinggal menyiapkan hidangan aje. masing2 mengambil kesempatan berbual2 dan bertukar cerita. seronok!



antara lauk-pauk 'spesel' yg ada pada malam tu ialah soto sri semenyih (sumbangan su, dr dapur semenyih), mee hun goreng selain hidangan ala-BBQ. best! mmg bestt..!! sesiapa yg takder malam tuh rugiii... (orang tanah merah, apa khabar? HEHEHE...)



"diva, mung tahu dok aku masok pakai perencah maggi jah soto tuh, baktuh sedak!"


"sok.. sekk... sok.. sekk... examm... sok... artiss..."


"oh, peminatku..."

pendek kata walaupun majlis malam tu simple aje, tapi meriah dan bermakna. apa yg penting ikatan kekeluargaan tuh. yerlah, masing2 tak balik raya so merasalah raya sama sendiri kat KL kali nie. terima kasih daun keladi buat cik nah sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah untuk gathering kali nie. maybe lain kali kita wat kat tempat lain pula.


salam aidil-adha!

Monday, January 09, 2006

Hari Keluarga 2005

ok, kali nie saya akan cuba mengulas ttg hari keluarga 2005 pula. meskipun telah hampir setahun berlalu, namun saya pasti masih ada antara kita yg terbayang-bayang betapa meriahnya suasana dan detik suka-duka sepanjang tiga hari berkampung di pantai melawi, bachok, mei lalu.

tak banyak yg akan saya perkatakan. perjalanannya sama cuma tahun dan corak aktivitinya barangkali ada sedikit perubahan.

untuk kali ini, saya diletakkan di dalam grup rose. lain-lain kumpulan masih sama - jasmin, dahlia dan seroja. empat grup bertanding semuanya. masing2 bersemangat - untuk menang pastinya.

saya mengikuti kak ngah & abg taqriz pulang ke kelantan. kami menghala terus ke pantai melawi (tapak perkemahan keluarga).

kami tiba agak lewat di melawi. terpancar riak lega di wajah masing2. suasana mulai kecoh dengan ketibaan kami bertiga. orang jauh katanya...

penat. saya menyertai ahli keluarga yg lain dinner bersama. fuuhh... terpandang saja ikan kering dan... opss! budu pun ada. terasa laju selera.

macam2 aktiviti yg dijalankan pada malam itu yg lebih kepada acara santai dan beramah mesra. saya disuruh karaoke oleh ayah su. duh, terus-terang saya tidak prepare apa-apa malam itu.

lagunya?

oh, seperti biasa - suratan atau kebetulan & kau pergi jua (sekadar mencuba..!)

segan juga tambah lagi ada beberapa ahli keluarga yg saya belum kenal dan biasa. apa pun masing2 kelihatan enjoy dan gembira.

malam semakin larut. beberapa anggota 016 mula menjalankan tugas - ramai yg tido sebenarnya!

besoknya beberapa aktiviti dan game yg telah dirancang awal oleh ajk MCC bermula. memakai 'uniform rasmi' baru hari keluarga tahun ini - kuning merah, masing-masing kelihatan tidak sabar. hati saya juga teruja sebenarnya.

acara dimulai dengan taklimat dan perbarisan sebelum disusuli dengan upacara perasmian ringkas oleh baba long.

jka diperhatikan, jarang benar kita dapati ada keluarga yg bisa menguruskan sebuah perkumpulan keluarga yg sebengini besar apalagi dengan segala persiapan dan perancangan rapi. sebagai warga MCC seharusnya, kita berbangga kerana sekurang-kurangnya ada dikalangan kita yg mempunyai daya inisiatif untuk mengumpul dan menganjurkan aktiviti sebegini. ia bukan sahaja berjaya merapatkan ahli keluarga malahan memupuk semangat saling hormat-menghormati sesama sendiri.

erm, ok lah. rasanya itu sahaja catatan saya buat kali ini. saya kira pasti kalangan anda ada yg dah tersenyum lebar menatap gambar2 sekitar hari keluarga di bawah. nostalgia, bukan?





jumpa lagi!

Foto Hari Keluarga 2004

Ini merupakan tahun pertama saya menyertai Hari Keluarga MCC - meriah dan teruja sekali! kami dibahagikan kepada beberapa grup/kumpulan spt. seroja, dahlia, rose dan jasmin (saya harapkan nama yg lebih tough sebenarnya).

dan ini adalah foto-foto menarik sekitar Hari Keluarga MCC 2004 :



tok halimah & si cilik adlan



dari bahagian 'dapur' - masak2 ep.1



dari bahagian 'dapur' - masak2 ep.2



sesi taklimat dr para AJK bertugas



para peserta (dahlia) me'nyumbang'kan lagu tema kumpulan



game time!



"demo cabar kawe?"



give up dah yer bang...



mandi-manda @ pantai melawi



duet dua diva - teh & cik uly



yang pasti, Hari Keluarga 2004 ini bukan sahaja telah berjaya menyatukan hati seluruh anggota keluarga malahan telah berjaya mengeratkan lagi hubungan pasangan merpati sejoli (kak long & abg sham) - SELAMAT PENGANTIN BARU TO THEM!!

Edisi Pengenalan : Catatan Shah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya dengan berkat izinnya dapat juga idea/cadangan untuk mewujudkan weblog keluarga @ MCC ini direalisasikan. sebetulnya, idea ini tercetus sejak penganjuran hari keluarga yang lalu (sekitar mei saya kira) namun disebabkan mempunyai beberapa masalah dr segi teknikal (dan faktor ketiadaan masa), terpaksa saya tangguhkan dahulu bagi mencari waktu dan tika yg sesuai.

mohon maaf pada yg sering bertanya (sering juga cik wan dan baba long - serta beberapa org kuat MCC sendiri) .

"sudah siapkan website mcc?"

"alamatnya?"

itulah dua soalan rasmi yg sering diajukan kepada saya.

kelu saya untuk menjawabnya. saya kira, pembinaan blog adalah jalan terbaik (dan paling singkat).

barangkali tak semua kalangan kita yang mempunyai kemudahan internet atau berpengetahuan untuk menggunakannya. jangan risau, penerangan akan diberikan dr semasa ke semasa. so buat emak-emak, pak cik-mak cik semua... don't worry ok? HEHEHE...

untuk makluman, pembangunan blog ini adalah sebagai wadah bagi warga MCC khususnya untuk menatap, membaca dan mengetahui berita-berita atau paparan terkini segala aktiviti MCC. ianya lebih mudah, terkini dan cepat!

harapan saya, dapatlah sama-sama kita menjadikan blog ini sebagai pemangkin untuk kita beralih kepada sesuatu yg segar dan global. sesungguhnya hanya ini usaha kecil saya yg dapat disumbangkan buat tatapan sekalian warga MCC.

p/s : untuk menghantar sebarang bentuk cerita, paparan, gambar aktiviti atau apa sahaja sila e-mel kepada mail2mcc@yahoo.com.my. tapi ingat ya, pastikan cerita anda adalah berkaitan dengan keluarga serta aktiviti MCC sahaja - mohon kerjasama!

blog kita, wajah kita!

Wassallam.